Sesiapa yang teringin mengikuti training ESQ 165 lebih lanjut dari saya. Training ini boleh diikuti oleh kelas Profesional, dewasa, mahasiswa, remaja dan juga kanak2..

SHAHRIEN SHAHAR
014-7194165
(PUBLIC PROGRAM EXECUTIVE)

ESQ LEADERSHIP CENTER SDN BHD,
ACT CONSULTING & EDUCATION SDN BHD
E-602, EAST WING BLOCK, METROPOLITAN SQ,
NO. 2, JALAN PJU 8/1, DAMANSARA PERDANA,
47820 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
03 - 77251651 / 03 - 77281650
Saya juga seorang Perawat Rawatan Islam Benteng mukmin Sg.Buloh & Jurubekam Profesional
014-2399365 / 014-7194165

Tuesday, December 30, 2014

Had problem?


See??? 

Suka Mengeluh???


Cuba mengeluh sekali.... 
Reaksi wajah akan berubah keruh. 

Perasan tak??? 

Cuba bersyukur seketika... 
Spontan kita akan tersenyum 
Dan wajah kita akan berubah cerah. 

Perasan tak?? 



Monday, December 29, 2014

Suka Menangguh?


Bertangguh itu pencuri masa. Kenapa? Kerana bila bertangguh, kerja di kemudian hari akan bertimbun. Dan kita tak akan ada masa untuk berehat walau sedetik pun. 

Jangan ego sangat. Siapkan kerja ikut waktunya. 

Sunday, December 28, 2014

Alkisah Sebuah Rumah...


*gambar sekadar hiasan* 


Alkisah sebuah rumah... renungan untuk semua...

Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi . Dia terus berleter.

“Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “

Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara.
"Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”

Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara.
“Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.”

Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab.
“Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna.“

Wahai anakku,

Aku ceritakan ini untuk mengingatkan engkau bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki pada orang lain. Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya sahaja.

Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di minda. Jadilah diri sendiri, jangan cuba jadi orang lain.

Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangka baik
Ada sangka buruk
▶Orang beribadah disangka riak
▶Orang rileks disangka malas
▶Orang berpakaian baru disangka menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
▶Orang makan banyak disangka pelahap
▶Orang makan sedikit disangka diet
▶Orang yang senyum disangka mengejek
▶Orang yang masam disangka merajuk
▶Orang berbincang disangka mengumpat
▶Orang yang diam disangka menyendiri
▶Orang yang menawan disangka menggoda
▶Orang yang ceria disangka mengada
▶Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya...

✅Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
✅Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
✅Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
✅Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
✅Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
✅Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
✅Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya

Justeru itu….

Sesuatu perkara yang kita lihat
Jangan suka sangka-sangka
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
Kerap sangka-sangka mengundang celaka
Jangan terlalu bersangka-sangka
Jauhi sikap sangka-sangka...

Cicak tak pernah komplen pada Allah kenapa makanan dia semua binatang yang terbang, kerana cicak tau Allah bagi dia lidah yang panjang untuk memudahkan dia makan...

Burung juga tak pernah komplen pada Allah bila pagi-pagi kena terbang keluar tak tau nak makan apa, tapi burung pulang dengan kenyang dan mampu bagi makanan pada anak-anaknya. Takda lagi kita dengar cerita burung bunuh diri malah pagi-pagi yang kita dengar burung tetap berkicauan...

Cacing lagilah, tanpa tangan tanpa kaki, tak pernah komplen pada Allah susahnya nak cari makanan, kenapa Allah tak jadikan dia macam ni macam tu. juga belum ada sejarah ada cacing bunuh diri...

Moral of the story, apabila Allah mencipta kita, Allah tau kemampuan kita, Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang kita takkan mampu tanggung, malah tiada satu ujian pun untuk melemahkan
‪#‎bersyukurlah‬ apa yang kita perolehi .

CARI LAH SALAH DALAM DIRI......



CARI LAH SALAH DALAM DIRI......

JANGAN MASUK PERANGKAP IBLIS......

Marilah kita bersama2 agar sentiasa muhasabah diri kita, supaya kita tidak termasuk di dalam perangkap iblis yg begitu halus.

Yg mana, kita sentiasa merasakan diri kita pandai serta senantiasa merasakan diri kita betul...
dan suka meletak kan satu2 kesalahan hanya kepada orang lain.

Apa pun juga perkara yg kita hadapi, serta yg sampai dan dihidangkan kan dihadapan kita.......

Sudah pastilah Allah swt telah mengizinkan, ianya berlaku kepada kita,
sama ada perkara yg menyenangkan atau pun perkara yg kita tidak menyukainya.

Kesemua perkara, sama ada perkara baik mahupun perkara buruk,
merupakan satu ujian keimanan untuk kita semua.

Sejauh mana kita yakin dengan qada dan qadar atau ketentuan dari Allah swt untuk kita.

Juga... sejauh mana kita diuji dengan kesabaran, ujian redho, ujian keikhlasan, ujian amanah serta ujian tangung jawab yg di berikan, serta yg di amanahkan kepada kita.

Yg mana.... kesemuanya pasti akan di hisab dan di sediakan pembalasanya di akhirat kelak.

Pasti tidak ada yg akan terlepas walau pun sebesar zarah.

Apa pun yg berlaku kepada kita, sudah pasti ianya merupakan ujian yg sudah semestinya ada hikmah besar disebalik satu2 kejadian.

Kita semua pasti akan berjumpa dengan jawapannya,
sekiranya kita mencari semula di dalam diri kita masing2.

Sekiranya kita sentiasa meletakan kepada orang lain,
dan sentiasa menunding jari kepada orang lain....

Sudah Pasti, kita akan lebih jauh memasuki perangkap yg telah di pasang oleh iblis.

Yg mana... iblis sentiasa mengintai peluang untuk menyesatkan manusia dan menghasut kita agar sentiasa merasakan diri kita betul dan terbaik.

Ingat betul2....

Kesemua yg kita rasa kita punya hari ini,
adalah milik Allah swt sepenuhnya.

Ianya merupakan satu amanah yg di berikan kepada kita untuk di pertangungjawabkan di akhirat kelak.

Dan juga, ianya berupa pinjaman sementara sahaja, untuk kita gunakan semasa hidup di dunia ini dan pasti akan diambil semula oleh penciptanya dengan berbagai2 cara,
sebagai asbab untuk satu2 kejadian.

Kesemuanya adalah ujian iman serta ujian ketaatan, yg di berikan oleh Allah swt untuk kita menghadapinya.

Untuk membuktikan keimanan kita kepada Allah swt.

Oleh itu... tidak perlulah kita bersikap tamak, Rakus, kedekut, terlampau berkira2, penting diri dan sebagainya, didalam kita menjalani penghidupan sementara ini.

Perlukan banyak bersabar... redho atas apa sahaja yg berlaku...
tidak mengeluh dan mencari2 alasan untuk letak kan kepada orang lain....
serta sentiasa ikhlas dalam setiap tindakan yg di lakukan.

Setiap dari kita, pasti akan mendapat hasil, atas setiap apa sahaja yg kita usehakan. Dan Allah swt itu maha adil.

Mudah2an... Allah swt sentiasa memelihara dan membimbing kita semua kejalan yg di redhoinya dan selamatkan kita dari termasuk didalam perangkap serta tipu daya iblis yg sangat halus.....

Lembutkan hati...
Rendah kan diri...
pasti tak akan rugi....

Friday, December 26, 2014

Satu Kisah Di Perhentian Bas


Gambar sekadar hiasan


Di hentian bas dalam universiti.

Ada gadis tengah menunggu bas. Ada seorang jejaka bukan membernya sedang cuba mengurat. ㅤ
Jejaka: "Assalamualaikum awak. Tak jawab dosa, masuk neraka." ㅤ
Gadis: "Kalau saya masuk neraka, awak berani tak ikut sama?" ㅤ

Jejaka: "Gulp! Subhanallah cantiknya awak ni." ㅤ
Gadis: "Lepas solat tak zikir pula, 'Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar', terus cabut doa pun tidak, bagi alasan bid'ah doa berjemaah. Tapi tapi tapi! Berani pula sebut Allah mengurat wanita dan puji gambar wanita. Ibarat nak hisap rokok baca bismillah dulu." ㅤ

Jejaka: "Gulp gulp! Cantik pakaian awak ni, dari tudung sampai ke kasut matching. Pandai awak bergaya." ㅤ
Gadis: "Ustaz kata, lelaki beriman itu jaga pandangan. Bukan memandang atas sampai ke bawah bertubi-tubi." ㅤ

Jejaka: "Gulp gulp gulp! Suara awak sedaplah." ㅤ
Gadis: "Wahahahahhahahahahahhahahahah hahahahah" ( mengilai macam org gila, kucing pun lari sambil menutup telinga, kura-kura sampai pinjam beskal dgn jiran utk speed up dari tempat kejadian ) ㅤ

Jejaka: "Gulp gulp gulp gulp (menakutkan betul awek ketawa camni)! Awak, jadikan malamku lebih indah, siangku lebih terang pls. Saya berkenanlah dengan awak." ㅤ
Gadis: "Malam tahajjud. Siang baca Quran. Berkenalanlah dengan Allah di malam hari, bertaaruf (baca buku dan sirah Nabi) dengan Rasululllah di siang hari." ㅤ

Jejaka:"Gulp 5x!" Awak ni kan menjawab! Menjawab! Tensyen saya!" ㅤ
Gadis: "Sabar itu iman. Orang yang tewas di dunia ini adalah yang gagal menahan amarah."

Jejaka: "Gulp 6x! I love you!" ㅤ
Gadis: "Andai lafaz cinta diluah semudah itu, pasti hati itu jua mudah beralih arah sepantas itu." ㅤ

Jejaka: "Gulp 7x! Awak, tulang rusuk saya bergetar gila-gila ni." ㅤ
Gadis: "Tanda azab kuburlah tu. Tulang rusuk bakal diapit sampai berselisih dalam tu." ㅤ

Jejaka: "Gulp 8x! Oh kiranya awak nak cara yang islamiklah ni!" ㅤ
Gadis: "La, baru terasa orang Islam ke? Tadi orang kapir ke org munafik?" ㅤ

Jejaka: "Gulp 9x! Awak ni lancang betul mulut. Awak tahu tak, kalau awak terus menjawab macam ni, orang lain dah tampar or bawa lari awak kena rogol baru tau!" ㅤ
Gadis: "Allah Maha Melihat apa yang anda lakukan. Segala kezaliman yang dilakukan hari ini demi nafsu, tak ada satu pun yang tidak akan dibalas kembali. Saya doakan orang yang menzalimi saya sedemikian rupa mati digilis lori." ㅤ

Jejaka: "Gulp 10x! Ala, awak kalau betul Islamik, awak takkan layan saya mengurat." ㅤ
Gadis: "Janganlah tersalah antara menjawab dan melayan. Jangan tertukar antara timun cina dan timun batang." ㅤ

Jejaka: "Gulp 11x! Oklah, bagi saya no.telefon abah awak, saya nak masuk meminang." ㅤ
Gadis: "Seorang yang matang, tidak akan membuat keputusan dengan terburu-buru hanya dengan berlandaskan penilaian rupa luaran seseorang semata-mata. Terburu-buru itu sifat syaitan yang dibenci Nabi s.a.w." ㅤ

Jejaka: "Arghhhhhhhhhhhhhhhh! Itu tak boleh, ini tak boleh, itu tak kena, ini tak kena! Saya nak awak, nak awak, nak awak gak!" ( menggelupur di lantai kaki lima macam nak sawan sebab terlalu stress ) ㅤ

Bas datang, gadis itu cepat-cepat naik bas. Membiarkan saja lelaki itu berbuih-buih mulut seorang diri terbaring di hentian bas. Gadis itu gelak sendiri, hihihi .

Wednesday, December 24, 2014

Promosi Rawatan Bekam Sunnah


Sila layari blog Benteng Mukmin Resources untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan lain yang disediakan. Klik SINI

Monday, December 22, 2014

Demi Matahari


"Demi Matahari Dan Sinarnya DiPagi Hari..
Demi Bulan Apabila ia Mengiringi..
Demi Siang Apabila ia Menampakkan Diri...
Demi Malam Apabila ia Menutupi..
Demi Langit Dan Seluruh BinaanNya..
Demi Bumi Dan Seluruh HamparanNya..
Demi Jiwa Dan PenyempurnaanNya."

#KlinikM165
#Unity165
#ESQ165


Wednesday, December 17, 2014

SEGMEN: Kapas Putih January 15 Bloglist


Klik banner untuk join :) 

TOLONG AKU YE SAHABAT!

Assalamualaikum !



Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di dunia. Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah: 

"Ya Rabb. Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami." 

Maka Allah berfirman: 

"Pergilah kamu ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabat mu yang dihatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarah." 

(Hadis riwayat Imam Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd " ). 

Imam Al-Hasan Al-Basri berkata: 

" Perbanyaklah sahabat-sahabat mukmin mu, kerana mereka memiliki syafa'at pada hari kiamat nanti." 

Imam Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis: 

" Jika kalian tidak menemukan ku nanti di syurga bersama kalian,maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku: 

" Wahai Rabb Kami. Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau. Maka masukkanlah dia bersama kami di syurga Mu." 

Sahabat-sahabatku. Mudah-mudahan dengan ini, aku telah mengingatkan mu tentang Allah. Agar aku dapat berserta mu kelak di syurga dan redha-Nya. Memohon kepada Mu.

Kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajak ku untuk tunduk patuh dan taat kepada syariat Mu. 

Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak. Oleh itu, carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan-jalan ke syurga dan jalan -jalan kebaikan.

WAHAI SAHABATKU JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI JIKA AKU TIADA DI SYURGA.

Tuesday, December 16, 2014

Test Dulu... Ada bran???


Test dulu api dunia. 

Tak tahan? 

Apatah lagi api akhirat. 

*nangis* 

NASIHAT KEPADA PARA PENDAKWAH.



Jangan buang masa bermain dgn emosi.

Kerana emosi adalah permainan nafsu dan hati.

Yg sentiasa sibuk mencari kelebihan serta kebaikan diri.

Dan akhirnya akan memusnahkan diri sendiri.

Perbetulkan niat serta matlamat.

Lakukan dgn benar2 ikhlas dan hanya mencari redho serta kasih sayang Allah swt.

Tanpa menghiraukan apa kata manusia lain.

Serta tanpa mengharapkàn, sebarang sanjunggan atau apa2 balasan serta penghargaan dari mana2 makhluk.

Hatta ucapan terima kasih sekali pun.

Perbanyakan muhasabah diri serta perbetulkan lah..

Kita akan dapat atas apa yg kita usehakan.

Apa pun juga keadaan yg kita lalui sekarang ini...

Adalah hasil dari pada useha yg kita lakukan dimasa lampau.

Allah swt itu sangat adil.

Tidak mungkin tanam pohon durian, dan akan menghasilkan buah nenas.

Dan takkan mungkin kebun yg berjaga rapi akan semak samun dengan sendirinya.

Untuk itu... 

Lakukanlah serta rancanglah dgn sebaik2nya sekarang ini..

bagi memastikan hasil yg bakal kita perolehi di masa akan datang,..

p/s : 

Jom jenguk blog Benteng Mukmin Resources ya. Klik SINI


Monday, December 15, 2014

NASIHAT UNTUK SEMUA PEMBACA YANG SANGAT DISAYANGI...


*gambar sekadar hiasan*


Tak akan rugi apa2....
Jika sentiasa bersangka baik.
Kerana setiap sangkaan itu adalah doa.
Mudah2an perkara yg buruk akan menjadi baik

Tak akan rugi apa2...
Jika sentiasa redho dan banyak bersabar.
Kerana setiap perkara yg berlaku semestinya Allah swt telah izinkan ianya berlaku dan pasti ada hikmah besar yg tersembunyi di sebalik kejadian

Tak akan rugi apa2..
Jika sentiasa mengalah.
Kerana tidak semestinya orang yg mengalah itu dipihak yg salah.
Dan sudah semestinya orang yg banyak mengalah pasti akan menang akhirnya.

Tak akan rugi apa2..
Jika bersifat rendah diri.
Kerana orang yg boleh merendahkan diri pasti akan terlepas dari sifat sombong.
Kerana sifat sombong pasti akan mengheret diri ke neraka

Ini bukan bererti membawa diri untuk kecewa..
Merajuk...
Atau merasa diri tidak diadili oleh manusia lain

Kerana sifat ini adalah dorongan dari nafsu jahat untuk membela diri.
dan akan megakibatkan kesombongan berlaku secara tersembunyi,
yg mana akan memusnahkan diri sendiri

Musuh utama diri adalah nafsu...
Yg mana ada di dalam diri.
Jika cuba mencari keadilan untuk diri...
Atau berusaha untuk mencari jalan membela diri...
Ini bermakna telah memenangkan pihak musuh.
Musuh yg mana akan memusnahkan diri sendiri serta mengheret diri ke neraka.

Sama2 kita renungkan bersama.

Thursday, December 11, 2014

Ciri Ciri anak yg benci mak bapak..


*Gambar sekadar hiasan* 



Ciri Ciri anak yg benci mak bapak..

1. Tidak solat
2. Tidak tutup aurat sepenuhnya.
3. Bermaksiat di Hadapan Allah S.W.T
4. Tidak Bertaubat.
5. Melakukan Syirik
6. Derhaka Pada Ibu Bapa.
7. Murtad
8. Tidak Membaca Al Quran
9. Mencuri
10. Melanggar Segala Perintah Allah S.W T.

~ Jika Melakukan Semua Perkara Di Atas memudahkan Ibu Bapa Kita Dicampakkan ke Dalam Neraka dengan Mudah kerana Dosa yg Dilakukan oleh anak Kandungnya sendiri... Nauzubillah..


Tuesday, December 9, 2014

Aku Takut

Aku takut

apabila merasakan hanya diriku sahaja yang bekerja keras untuk agama, lalu memandang orang di sekelilingku seperti tidak melakukan apa-apa untuk agama.

Aku takut

apabila hadirnya perasaan ingin orang melihat aku bekerja, sehingga mana mereka melihat dan memujiku, baru aku bekerja bersungguh-sungguh.
Aku takut

jika aku hanya bekerja apabila disuruh dan diarah, tanpa aku memahami tujuan tugasku yang sebenar.

Aku takut

setiap pengorbanan yang aku lakukan perlu diceritakan untuk membuktikan yang aku sudah berkorban.

Aku takut

aku terlalu banyak mempersoalkan urusan hidup orang lain, sedangkan diriku sendiri masih kurang amal dan terkial-terkial dalam mengerjakannya.

Aku takut

lidah selalu mencuri tumpuan kerana banyaknya aku berkata-kata tetapi sangat sedikit perlakuanku terhadap apa yang aku ucapkan.

Aku takut

hanya keletihan dan kepenatan menjadi titik akhir perjalananku, tanpa terisi dengan bekalan perjalanan untuk menghadap yang Esa.

Aku takut

menjadi manusia paling rugi di dunia ini, walhal siang malam bekerja keras untuk agama tetapi sebenarnya diriku tertipu dengan permainan dunia.

Aku takut

aku tidak dapat mencorak pengakhiranku seperti yang aku idamkan, aku ingin kembali menghadapNya dalam keadaan diriku bersedia dan tenang di sana.

Aku takut

menghadap Allah dalam keadaan dihina, lalu segala amalku tidak diterima kerana kegagalanku menjernihkan niat hanyalah kerana Allah. s.w.t

Sunday, December 7, 2014

Menjadi Sebaik-baik Hamba & Khalifah

Assalamualaikum... 

Bismillahirrohmanirrahim



"Menjadi sebaik-baik hamba & khalifah,
bukan semudah memetik 2 jari..
itupun belum pasti bisa berbunyi..

Hakikat insan memang penuh dengan kekurangan,
namun tidak menjadi suatu kesalahan untuk memperbaiki diri menjadi sebaik-baik hamba Allah..

Teruslah untuk melangkah meski dalam kepayahan..
Kita kan khalifah,
mengapa mesti diuji dengan perkara yang mudah?
Sedang kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba di Jannah..

Lalu,
haruskah mengalah pada takdir yang sering menghadiahi kita dengan kesukaran yang membuatkan kita terduduk menangis hiba..?

Belajarlah untuk tabah duhai hati seorang pejuang!

Tangisan itu pasti tidak sia-sia andai langkahmu terus teguh menuju jalan-Nya."

Tazkiyatunnafs fi sobah

Pengumuman!

Assalamualaikum.

InsyaAllah..gelanggang 165 dan klinik 165 akan dibuka jumaat ini. Antara aktiviti menarik nnti adalah pengijazahan gamin dr jemaah hq seremban ke gelanggang 165..

Seterusnya klinik M165 akan buat byk program kebaikan utk jemaah.antaranya..

1.Pusat pegajian Al Quran percuma bg jemaah yg tdk tahu membaca Al Quran atau tidak lancar.. C.E.O warisan ummah akan wakafkan Al Quran dan rak juga guru mengaji utk kita secara percuma.secara tidak langsung klinik M165 sentiasa ada di surat khabar sinar dan 27 majalah under Karangkraf..

2. Program kebajikan seperti megumpul dana utk membantu anak yatim fakir miskin..ibu tunggal akan diadakan..

3. Program cuci masjid dan bersih kubur kita bergabung dgn unity 165.

4. Kelas pengajian utk belajar rawatan islam dan pertahanan diri.

5. Akan ada program sukan utk jemaah dan penduduk setempat.

6. Segala pengijazahan akan dibuat dgn lebih profesional dgn adanya admin yg membuat borang berserta gambar dan detail jemaah baru supaya kita dpt memantau dan berkongs kelebihan sesama sendiri.

7. Program keusahawanan utk jemaah yg berminat.

8. Kebajikan jemaah (masih dlm rundingan)

9. Menawarkan kursus seminar jati diri utk merawat jiwa yg kian lemah

10. Membuat program tazkirah pengisian ilmu utk menambahkn lg ilmu Allah yg diberikan..

InsyaAllah akan ada byk lg program yg akan dilakukan.

Jika berminat boleh menghubungi saya
1. KPU Raja Along 0142399365
2. KPU Fitri Jebat 017-6673665
3.Kanda Arif 012-676 7485
4. Kanda Iwan 017-359 6377
5. Kanda Hafiz (Alang) 010-427 5606
6. Srikandi Baizura  017-3377438
7. Srikandi Nora. 014-2600197
8.Srikandi Nesya
9.Srikandi Ida Doktor
10. Hafiz Ijok

Segmen: Blogwalking Bersama Cikgu Farha


Jom join segmen ni jom :) klik link untuk join 

http://cikgufarha.blogspot.com/2014/12/segmen-blogwalking-bersama-cikgu-farha.html


Kisah Si Pendayung Sampan dan Ahli Falsafah

Kisah Si Pendayung Sampan dan Ahli Falsafah mengenai Nilai Hidup yang dimiliki oleh seseorang manusia.

Pada satu ketika, seorang Ahli Falsafah menaiki sebuah sampan kecil untuk ke suatu tempat. Oleh sebab merasa bosan berdiam diri dalam sampan, lalu beliau pun mengucapkan salam pengenalan kepada si pendayung sampan untuk diajak berbicara.

Ahli Falsafah menanyakan kepada Si Pendayung sampan itu, "Adakah saudara memahami Falsafah".

"Saya tidak tahu Apa itu Falsafah, untuk menyebut pun susah sekali" Jawab Si Pendayung sampan.

"Wahh, sungguh rugi! Saudara seperti hilang setengah dari erti kehidupan jika saudara tadak tahu Apa itu Falsafah" ulas Ahli Falsafah dengan ketawa sombongnya.

Bagaimana pula dengan ilmu Matematik" ahli falsafah itu bertanya lagi.

"Maaf! Tidak juga, Tuan. Bermain dengan angka sengat merumitkan" Jawab Si Pendayung Sampan tersebut sambil menundukkan mukanya.

Seraya menggelengkan kepala gaya mengejek, Ahli Falsafah itu berkata "Sayang sekali, Matematik juga saudara tidak tahu. Umpama saudara telah kehilangan lagi setengah dari kehidupan saudara". Sambil ketawa Ahli Falsafah berkata "Saudara sungguh rugi, Hidup Bernilai Kosong. Amat jauh bezanya kita berdua"

Selang beberapa minit, Ombak besar tiba-tiba memukul sampan kecil mereka. Lautan mula bergelora, sampan semakin terumbang-ambing. Si Pendayung Sampan sedaya upaya cuba mengawal sampannya. Keadaan semakin buruk, Ombak besar silih berganti.

Ahli Falsafah mulai ketakutan bila Perahu kecil semakin dipenuhi air. Merasakan perahu itu akan tenggelam, tindakan terbaik ialah terjun dan berenang ke daratan paling hampir.

Lalu Si Pendayung Sampan berkata, "Kita terpaksa terjun untuk selamatkan diri ke daratan terhampir". Adakah Tuan tahu berenang? Tanya Si Pendayung Sampan itu lagi.

Ahli Falsafah dengan cemas dan suara menggigil berkata "Saya langsung tidak tahu berenang, tolonglah saya" Sambil menggelengkan kepala,

Si Pendayung Sampan berkata "Nampaknya Tiada guna lagi Ilmu Falsafah dan Matematik yang berikan Tuan kehidupan penuh. Hanya tidak tahu berenang, Tuan akan hilang seluruh hidup Tuan"



Hidup Siapakah Bernilai Kosong? Si Pendayung Sampan atau Ahli Falsafah?

Inspirasi dari Kisah Motivasi.

Setiap insan di dunia diciptakan Allah dengan kelebihan dan kelemahan tersendiri. Seandainya dihitung kelebihan dan kekurangan yang dimiliki, setiap manusia itu adalah sama sahaja. Apa yang membezakan kita adalah Keimanan dan Usaha masing-masing.

Merasa bangga dengan kejayaan di miliki adalah nikmat usaha dari Allah untuk hambanya. Mungkin sedikit menunjuk-nunjuk boleh dianggap sebagai motivasi diri.

Namun berpada-pada dan beringat-ingatlah sentiasa. Jangan sesekali terbit rasa riak lalu menyombong diri kerana dari situlah manusia akan merasakan diri mereka lebih tinggi dari manusia-manusia lain dengan hal-hal keduniaan. Sehingga sanggup merendahkan dan menghina manusia lain.

Semoga Allah memberi hidayah dan keteguhan iman agar tidak leka dengan perhiasan dunia ini. Wallahu'alam bissawab - and Allah knows the right.

Thursday, December 4, 2014

Akhlak Nabi Muhammad saw (Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyed Muhammad b Alawi Al Maliki)


Akhlak Nabi Muhammad saw (Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyed Muhammad b Alawi Al Maliki)

1. Baginda selalu diam
2. Berbicara ketika perlu
3. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat
4. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dgn Akhlak Nabi Muhammad saw (ruj Biografi Lengkap Rasulul seseorang
5. Hatinya selalu sedih (iginkan umat dlm kebaikan dan terlepas dari azab Allah swt)
6. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu'
7. Berfikir terus menerus
8. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.
9. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.
10. Tidak pernah marah yg ada kaitan dgn urusan dunia.
11. Marah bukan kerana nafsu
12. Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit mempertahankannya
13. Apabila marah Baginda akan memalingkan muka
14. Apabila suka Baginda akan memejamkan mata
15. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas
16. Tidak pernah berteriak2 di pasar
17. Tidak pernah membalas kejahatan dgn kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada
18. Tangan Baginda tidak pernah memukul selain utk berjihad dijalan Allah swt
19. Apabila menghadapi 2 perkara Baginda memilih yg paling mudah selagi ia bukan dlm perkara maksiat
20. Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yg membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.
21. Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir
22. Raut wajahnya selalu ceria, Akhlaknya dapat dicontohi dgn mudah, lemah lembut & peramah.
23. Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak2 , lebih2 lagi mencela org lain.
24. Tiga perkara yg dijauhi; perselisihan, congkak & segala yg tidak diperlukan.
25. Tidak pernah mencela & memaki org lain.
26. Tidak pernah mencungkil rahsia org lain.
27. Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yg menjanjikan pahala.
28. Perbicaraannya memukau ke siapa pun yg mendengarnya lalu tertegun seolah2 ada burung melintas di atas kepala mereka.

TIDAKKAH KITA INGIN MENCONTOHI BAGINDA?

Mereka yang ingin mendapatkan rawatan Islam serta terapi bekam dan resdung boleh hubungi Benteng Mukmin Resources (Sungai Buloh). Sila klik SINI untuk maklumat lanjut. 

KISAH KIPAS BERPUSING...



KISAH KIPAS BERPUSING...

********************
Setiap hari saya melihat kipas berpusing.
Apabila kipas itu saya off, ternyata ia masih berpusing...
Berpusing...berpusing...dan berpusing...
Semakin perlahan...perlahan...dan berhenti.

********************
Ternyata kipas yang berpusing tidak segera berhenti

********************
Begitulah halnya dengan solat. Mengapa perlu duduk di atas sejadah beberapa minit sebelum waktu solat.

Jika tidak....., apa yang sedang dibuat di luar solat tadi, akan berpusing semasa sedang solat.

Ia tidaklah terus berhenti sebaik kita solat.

***************************
Sudah tentu kita tidak sanggup berbisnes, berladang, berpejabat dan berkilang semasa sedang solat

Dan kerana itulah sebab-sebab rezeki perlu di 'off' beberapa minit sebelum solat.

*****************************
Rasaya semakin faham...betul..?

*********************
Allah yang beri faham (hidayah)
Allah yang beri taufik (kekuatan untuk beramal )

*********************
INSYA-ALLAH

Wednesday, December 3, 2014

Kematian dan Manusia...



Manusia zaman ini menganggap kematian perkara yang remeh. Malah ada yang mempermainkan soal mati. Mengelak daripada mengingati mati bermakna menolak kebenaran. Memandangkan kita tidak tahu tarikh ajal akan menjemput, lebih bijak kita mengingati mati agar terpelihara daripada berbuat dosa dan sentiasa berbuat amalan baik.

Ingat mati dapat memantapkan keyakinan di samping meneguhkan semangat. Bahkan dapat menghalang nafsu daripada terjebak ke lembah dosa dan godaan syaitan. Ingat mati juga dapat menyemai keazaman untuk menghindari segala perkara yang dimurkai Allah.

Kita harus mengingati mati untuk sentiasa menambah bekalan amalan. Jika bekalan amalan penuh dengan kebaikan, maka permulaan kehidupan kita di alam barzakh akan menjadi suatu permulaan kehidupan baharu yang baik.

Not Good, Not Bad



Monday, November 17, 2014

Hidup Umpama Mendaki Gunung

"Kenapa yea, ada sebahagian orang banyak sungguh cabaran dan rintangannya dalam hidup? satu demi satu ujian datang. apakah itu tanda Allah tidak redha?"


Tahu tak, bagaimana keadaan orang yang mendaki gunung? 



Orang yang mendaki gunung, semakin jauh dan tinggi pendakiannya semakin nipis udara yang berada di sekelilingnya. Kian sukar juga laluan yang perlu ditempuh, tanah yang tidak rata, curam dan sebagainya. Ketika ini, teknik dan peralatan yang tertentu diperlukan bagi membantunya sampai ke puncak. Walaupun sulit untuk sampai ke tempat paling tinggi, namun apabila berhasil melakukannya, 'rasa' yang hadir ketika itu tidak dapat dialami oleh orang-orang yang tidak mendaki. Di puncak gunung, ada pemandangan yang membuatkan perjalanan yang sukar itu begitu berbaloi sekali.

Begitulah analogi hidup ini dalam mencapai keredhaan Allah... 

Banyaknya ujian bukan tanda Allah tidak redha, tetapi itu adalah laluan bagi seseorang untuk menjadi lebih hampir kepada Allah. Kalau banyaknya rintangan dalam hidup itu menjadi tanda redha atau tidaknya Allah kepada seseorang, nabi-nabi termasuk Rasulullah s.a.w sendiri takkan diuji sebegitu hebat. 

Ujian yang dikenakan kepada para Nabi adalah lebih berat berbanding manusia biasa, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : 

"Sesungguhnya manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka." 
(Al Silsilatul al Sahihah, al Albani) 

Redha Allah pada hakikatnya terletak pada bagaimana kita bersungguh-sungguh untuk tetap mentaatiNya, memelihara suruhan dan menjauhi laranganNya dalam semua ikhtiar yang kita lakukan bagi menghadapi cabaran yang tiba. Sebagaimana orang yang mendaki gunung tadi. Semakin tinggi ke puncak, memang semakin sukar perjalanan yang perlu ditempuhinya, tetapi semakin hampir dia kepada keindahan yang tidak tergambarkan oleh mereka yang tidak mengalami pengalaman serupa, asal sahaja teknik dan peralatan yang diperlukan dimanfaatkan dengan betul. 

Sumber : Majalah I 

Wednesday, November 12, 2014

Thursday, October 16, 2014

Mulai Kebaikan...


Mulakan semuanya dari diri sendiri. Kerana kita akan dapat merasa dahulu sebelum memberi rasa itu kepada orang lain. 



Syukuri Kesulitan


Kita belajar sesuatu yang baru setiap hari. Sama ada dari kesusahan atau dari kesenangan. Sama ada dari diri sendiri atau dari orang lain. Pilihan di tangan kita. Kita yang tentukan.



Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015



Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.

Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com

Thank you for your support!