Sesiapa yang teringin mengikuti training ESQ 165 lebih lanjut dari saya. Training ini boleh diikuti oleh kelas Profesional, dewasa, mahasiswa, remaja dan juga kanak2..
SHAHRIEN SHAHAR
014-7194165
(PUBLIC PROGRAM EXECUTIVE)
ESQ LEADERSHIP CENTER SDN BHD,
ACT CONSULTING & EDUCATION SDN BHD
E-602, EAST WING BLOCK, METROPOLITAN SQ,
NO. 2, JALAN PJU 8/1, DAMANSARA PERDANA,
47820 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
03 - 77251651 / 03 - 77281650
Saya juga seorang Perawat Rawatan Islam Benteng mukmin Sg.Buloh & Jurubekam Profesional
014-2399365 / 014-7194165
Sunday, December 28, 2014
CARI LAH SALAH DALAM DIRI......
CARI LAH SALAH DALAM DIRI......
JANGAN MASUK PERANGKAP IBLIS......
Marilah kita bersama2 agar sentiasa muhasabah diri kita, supaya kita tidak termasuk di dalam perangkap iblis yg begitu halus.
Yg mana, kita sentiasa merasakan diri kita pandai serta senantiasa merasakan diri kita betul...
dan suka meletak kan satu2 kesalahan hanya kepada orang lain.
Apa pun juga perkara yg kita hadapi, serta yg sampai dan dihidangkan kan dihadapan kita.......
Sudah pastilah Allah swt telah mengizinkan, ianya berlaku kepada kita,
sama ada perkara yg menyenangkan atau pun perkara yg kita tidak menyukainya.
Kesemua perkara, sama ada perkara baik mahupun perkara buruk,
merupakan satu ujian keimanan untuk kita semua.
Sejauh mana kita yakin dengan qada dan qadar atau ketentuan dari Allah swt untuk kita.
Juga... sejauh mana kita diuji dengan kesabaran, ujian redho, ujian keikhlasan, ujian amanah serta ujian tangung jawab yg di berikan, serta yg di amanahkan kepada kita.
Yg mana.... kesemuanya pasti akan di hisab dan di sediakan pembalasanya di akhirat kelak.
Pasti tidak ada yg akan terlepas walau pun sebesar zarah.
Apa pun yg berlaku kepada kita, sudah pasti ianya merupakan ujian yg sudah semestinya ada hikmah besar disebalik satu2 kejadian.
Kita semua pasti akan berjumpa dengan jawapannya,
sekiranya kita mencari semula di dalam diri kita masing2.
Sekiranya kita sentiasa meletakan kepada orang lain,
dan sentiasa menunding jari kepada orang lain....
Sudah Pasti, kita akan lebih jauh memasuki perangkap yg telah di pasang oleh iblis.
Yg mana... iblis sentiasa mengintai peluang untuk menyesatkan manusia dan menghasut kita agar sentiasa merasakan diri kita betul dan terbaik.
Ingat betul2....
Kesemua yg kita rasa kita punya hari ini,
adalah milik Allah swt sepenuhnya.
Ianya merupakan satu amanah yg di berikan kepada kita untuk di pertangungjawabkan di akhirat kelak.
Dan juga, ianya berupa pinjaman sementara sahaja, untuk kita gunakan semasa hidup di dunia ini dan pasti akan diambil semula oleh penciptanya dengan berbagai2 cara,
sebagai asbab untuk satu2 kejadian.
Kesemuanya adalah ujian iman serta ujian ketaatan, yg di berikan oleh Allah swt untuk kita menghadapinya.
Untuk membuktikan keimanan kita kepada Allah swt.
Oleh itu... tidak perlulah kita bersikap tamak, Rakus, kedekut, terlampau berkira2, penting diri dan sebagainya, didalam kita menjalani penghidupan sementara ini.
Perlukan banyak bersabar... redho atas apa sahaja yg berlaku...
tidak mengeluh dan mencari2 alasan untuk letak kan kepada orang lain....
serta sentiasa ikhlas dalam setiap tindakan yg di lakukan.
Setiap dari kita, pasti akan mendapat hasil, atas setiap apa sahaja yg kita usehakan. Dan Allah swt itu maha adil.
Mudah2an... Allah swt sentiasa memelihara dan membimbing kita semua kejalan yg di redhoinya dan selamatkan kita dari termasuk didalam perangkap serta tipu daya iblis yg sangat halus.....
Lembutkan hati...
Rendah kan diri...
pasti tak akan rugi....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Terima Kasih atas peringatan ini.. Kita manusia memang perlu sentiasa bermuhasabah diri..
Post a Comment