Sesiapa yang teringin mengikuti training ESQ 165 lebih lanjut dari saya. Training ini boleh diikuti oleh kelas Profesional, dewasa, mahasiswa, remaja dan juga kanak2..

SHAHRIEN SHAHAR
014-7194165
(PUBLIC PROGRAM EXECUTIVE)

ESQ LEADERSHIP CENTER SDN BHD,
ACT CONSULTING & EDUCATION SDN BHD
E-602, EAST WING BLOCK, METROPOLITAN SQ,
NO. 2, JALAN PJU 8/1, DAMANSARA PERDANA,
47820 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
03 - 77251651 / 03 - 77281650
Saya juga seorang Perawat Rawatan Islam Benteng mukmin Sg.Buloh & Jurubekam Profesional
014-2399365 / 014-7194165

Wednesday, January 29, 2014

KETAHUILAH...

KETAHUILAH... BAHAWA HATI KITA ADA MASALAH SEKIRANYA.......

1.TIDAK SENANG MELIHAT MUSUH KITA BERJAYA DAN BERBAHAGIA...
RASA SUKA DAN SENANG HATI MELIHAT MUSUH KITA GAGAL DAN MENDERITA.

2.RASA BERBANGGA DAN BESAR HATI ATAS NIKMAT KURNIAAN ALLAH..
RASA TERHINA DAN KECEWA APA BILA SUSAH DAN GAGAL DALAM MENGATUR KEHIDUPAN.

3.RASA MALU UNTUK MEMOHON MAAF APABILA BERSALAH..
SANGAT SUSAH UNTUK MEMAAFKAN ORANG LAIN..

4.TIDAK RASA BERSALAH MENGAMBIIL HAK ORANG LAIN.
TIDAK MAHU MENUNAIKAN HAK ORANG YG SEPATUTNYA.

5.SERING TERASA DIRI DI ANINAYA OLEH ORANG LAIN
TERLALU BERKIRA2 SERTA KEDEKUT KEPADA MANUSIA LAIN.

6.RAJIN MENGHITUNG AKAN KEBAIKAN DIRI SENDIRI.
SETIASA MENGIRA2 TENTANG KEBURUKAN ORANG LAIN.

7.SENTIASA MENGHARAPKAN PUJIAN DAN SANJUNGAN ATAS KEBAIKAN YG DILAKUKAN.RASA SANGAT TERHINA APA BILA DI BURUK KAN OLEH MANUSIA LAIN.

8.SENANTIASA TIDAK PUAS DENGAN APA YG ADA DAN YG DITAKDIRKAN.
TIDAK REDHO DAN TIDAK BERSYUKUR ATAS APA YG ADA.

9.SUKA MENGUNGKIT ATAS KEBAIKAN YG DILAKUKAN..
TIDAK MAHU MENGHARGAI KEBAIKAN ORANG LAIN.

10.SANGAT MEMENTINGKAN KESELESAAN DIRI SENDIRI..
TANPA MEMIKIRKAN HATI DAN PERASAAN ORANG LAIN.

11.MELAKUKAN SESUATU UNTUK DINILAI OLEH MANUSIA LAIN..
DAN MENGHARAPKAN GANJARAN BALASAN DI DUNIA SEMATA2.

12.IKHLAS HANYA SEBUTAN DI BIBIR SAHAJA..
TIADA KEIKHLASAN YG SEBENAR2 KERANA ALLAH.

KETAHUILAH BAHAWA SAKIT ANGOTA TUBUH HANYA AKAN BERMASALAH DI DUNIA SAHAJA.
TETAPI SEKIRANYA HATI2 KITA YG SAKIT... AKAN BERMASALAH DI DUNIA DAN JAUH LEBIH PARAH KETIKA DI AKHIRAT NANTI.

JAGA HATI... PELIHARA HATI.... RAWATLAH HATI2 KITA..
AGAR BERBAHAGIA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT KELAK.

KITA SEMUA PASTI AKAN SAMPAI KE SANA.....

Monday, January 27, 2014

BELAJARLAH DARI ALAM HAKIKAT KEIKHLASAN KERANA ALLAH.



Kelapa tua. Semua orang pasti kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup seharian manusia. Namun begitu, kewujudannya langsung tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topic sesebuah perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah nasib si kelapa tua.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.

Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam
tu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Allahuakbar! Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai.

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang. Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang itu menusuk ke dalam kulit sabutnya.Seksanya tak boleh nak diceritakan. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih lagi bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan bersemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih lagi bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah
isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis airnya menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:

Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?

Orang di dapur hanya menjawab, Gulai ikan bawal.
Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.

Orang kata, Oh! Sedap gulai ni.
Oh! Sedap ikan bawal ni.

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli.

Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk taabbud kepada Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian ALLAH!

Sunday, January 26, 2014

Kadang-kadang Kita Tak Sedar...

Kadang kadang x perasan kita ni sebenarnya riak sgt. nk tau tanda kita riak..?antara benda benda riak yg kita pamerkn kpd org ramai.
1.Bangga bergambar dgn org ternama.
2.Bangga dgn kereta dan hartanya.
3.Bangga dgn restoran mewah yg disinggahnya.
4.Bangga dgn shoppingmall yg dilewatinya.
5.Bangga dgn pencapaiannya.
6.Bangga dgn kroni kroni yg ramai.
7.Bangga dgn ilmu yg tinggi.
8.Bangga dgn kecantikannya.
9.Bangga dgn Perubahan dirinya.
10.Bangga dgn pangkat dan kuasanya dan pelbagai lagi.
Semuanya ditunjukkn dgn cara tersendiri.
Istighfarlah sepenuh hati. yg mana satukah milik kita sebenarnya.Harta, rupa paras atau Taqwa yg harus dijaga. Maka Nikmat Tuhan Yang Manakah Yang Kamu Hendak Dustakan.

Kisah Pakcik Dengan Laksa Beras


Kisah Pakcik Jual Laksa Beras

Suatu hari sedang saya membersihkan halaman, lalu seorang penjual laksa beras, menaiki motorsikal mengelilingi kampung. Oleh kerana matahari telah makin merendah selepas asar,saya pun berhenti rehat. Apabila nampak penjual laksa beras lalu, saya pun memanggil untuk merasa laksa berasnya. Baru kira-kira satu bulan saya dan keluarga berpindah ke kampung ini, bertugas sebagai inspektor menjaga parit dan saliran.

Saya melaung bertanya kepada isteri dan anak-anak, adakah mereka juga turut ingin makan laksa beras. Isteri dan anak-anak 4 orang juga inginkan laksa beras. Bermakna saya pesan 6 pinggan laksa beras. Dengan menggunakan ukuran mangkuk standardnya laksa dihidang dalam mangkuknya dahulu sebelum dituang ke pinggan yang pelanggan sediakan.

Zaman ini, kebanyakkan penjual laksa beras bermotorsikal tidak perlu bawa banyak mangkuk atau plastik bungkus. Cukup sebuah mangkuk yang dibawanya untuk jadi ukuran yang sama setiap pinggan yang dipesan pelanggan. Semua yang membeli laksa beras perlu membawa pinggan atau mangkuk sendiri ke motor pakcik jual laksa itu berhenti.

Setelah membeli laksa beras,pelanggan akan makan di dalam rumah masing-masing bersama keluarga. Cara ini telah menyelamatkan alam sekitar, tidak ada pelupusan bahan plastik atau pembaziran bekas.

Setelah membayar harga bagi 6 pinggan laksa beras, saya melihat penjual itu membahagikan duit yang saya bayar kepada 3 tempat. Duit itu di bahagi 3, 1/3 ke dalam dompet, 1/3 ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas seperti tabung.
Melihat keadaan itu, menjadikan saya teruja ingin tahu kenapa duit-duit itu diasingkan. Maka terus saya bertanya, “pak cik kenapa pakcik asing-asingkan duit tersebut?”

Pakcik itu pun menajwap, duit yang masuk dompet digunakan untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga, duit yang masuk tabung untuk simpanan penyempurnaan agama dan duit yang masuk laci untuk infak.

Dalam setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak orang lain juga. Walaupun sikit, kita wajar berbagi sama. Saya mengilirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid. Atau untuk rumah anak yatim juga. Selama lebih 20 tahun saya berniaga laksa beras, dari berbasikal, sekarang sudah bermotorsikal, setiap tahun saya dapat melaksanakan ibadah korban walaupun cuma 1 ekor kambing yang sederhana besar. Alhamdullilah, saranan agama, walaupun sunat, ia dapat dilakukan. Setiap hari saya mula berniaga dari pukul 11.00 pagi. Apabila tiba dimana-mana kampung, menjelang waktu solat samada zohor atau asar, saya akan berhenti untuk solat berjemaah di mana –mana surau kampung berkenaan. Saya tidak akan lupa memasukkan sedikit hasil jualan laksa beras ini walaupun sedikit.

Walaupun cuma menjual laksa beras, saya tetap dapat mengerjakan solat di awal waktu secara berjemaah . Dapat menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi dengan orang lain. Saya suka berniaga menggelilingi kampung dan berhenti solat di mana-mana surau atau masjid yang ditemui menjelang waktu solat.Saya pernah dengar tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat, bumi dan hari akan menjadi saksi. Maka nanti bumi akan berkata, si polan pernah solat di sini, disini, di sini. Hari Isnin sipolan solat di masjid ini, hari Selasa kata si polan solat di surau ini.Dan seterusnya. Saya tidak kaya, tidak punya harta yang banyak untuk melaksanakan zakat atau wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut rezeki yang Allah berikan kepada saya setiap hari.

Duit dalam tabung pula sebagai simpanan untuk menyempurnakan rukun Islam. Islam terdiri dari 5 rukun, mengerjakan haji adalah rukun ke 5. Adakah solat itu sempurna jika rukunnya tidak sempurna? Saya merasakan islam saya tidak akan sempurna jika rukunnya saya tidak sempurnakan. Oleh itu saya mahu berusaha menyempurnakan rukun Islam ke 5 iaiatu mengerjakan haji. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin saya dapat mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya yang besar.

Terpegun saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang penjual laksa beras ini. Seorang penjual laksa beras, mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang islam.

“Pakcik, bukankah mengerjakan haji bagi yang mampu saja, jika tidak mampu kita tidak dituntut untuk mengerjakannya.”

“Bagaimana boleh mampu jika kita tidak usaha menuju ke arah mampu. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan haji suatu hari nanti? Mampu itu kita sendiri yang tentukan. Adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi meluaskan perniagaan?”

MasyaAllah, begitu jelas sekali fikirannya tentang maksud mampu. Tersentap hingga hujung hati bila membanding diri ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa beras bermotosikal menggelilingi kampung. Muka saya bagai ditampar-tampar kerana berilmu tetapi tidak beramal.

Siapa yang sangka dan ambil peduli akan kejernihan fikiran pakcik dalam melaksanakan syariat agama Islam ini.

Kisah ini saya abadikan bagi mengingatkan keenakkan laksa beras yang selalu saya beli dari seorang penjual laksa beras yang bermotosikal menggelilingi kampung. Tidak pasti adakah pakcik ini masih hidup atau telah meninggal dunia. Laksa berasnya memang enak.

Thursday, January 23, 2014

Kisah Seorang Hamba Allah

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata ya.

Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apakat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan.

Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas. Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya. Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir camner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni, tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.

Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah3x...

Wednesday, January 22, 2014

Ibrah Dari Seekor Kucing

Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah. ..

Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezeki yang Allah beri pada kita. ....

Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita. ....

Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing. ..🐈

Kadang-kadang kucing bawa lari seekor ikan kembong yang kita beli di pasar. Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu. Tak payahlah kejar kucing tu keliling kampung! ......

Dia bukan ambil semua, seekor saja. ! ..

Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal. ..

Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit. Muhasabahlah diri kita. ..

Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki, panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita kene bersedekah dgn ikhlas dan memberi makan kpd yang memerlukan....🐈

Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah. ..🐈

Tuesday, January 21, 2014

Alam Ghaib Menurut Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Subhanallah Walhamdulilah Walailaha Ilallah Wallahu Akbar
Allahumma Solli ‘Ala Saidina Muhammad Wa’a’a Alihi Saidina Muhammad

Semoga di beri kesihatan yang baik dan di sayangi ALLAH SWT selalu.



Alam dibedakan atas alam ghaib (seperti ALLAH, malaikat, jin, surga, dan neraka) dan alam tampak. Ghaib menurut bahasa berarti yang tidak tampak. ALLAH-lah yang paling mengetahui kedua alam tersebut.

“Dialah ALLAH yang tidak ada ilah kecuali Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang tampak (QS Al-Hasyr : 22)”.

“Sesungguhnya Aku mengetahui segala yang ghaib di langit dan di bumi dan Aku mengetahui apa yang kalian tampakkan dan apa yang kalian sembunyikan (QS Al-Baqarah : 33)”.

Kita harus beriman kepada yang ghaib. “Kitab ini tidak ada keraguan didalamnya sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. Yaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib … (QS Al-Baqarah : 2-3)”.

Tetapi kita hanya bisa mengetahui yang ghaib secara benar dengan cara ikhbari, yakni sejauh apa yang dikemukakan oleh Allah dan Rasul-Nya (Al-Qur’an dan As-Sunnah).

Alam ghaib yang diciptakan oleh Allah merupakan ujian bagi manusia selama dia hidup di dunia. Manusia diuji apakah ketika di dunia dia beriman kepada Allah, Hari Akhir, surga, neraka, pahala akhirat dan sebagainya – yang mana semuanya itu tidak tampak – ataukah dia mengingkarinya.

Malaikat

Malaikat merupakan tentara-tentara Allah yang ditugaskan untuk urusan-urusan tertentu. Diantara malaikat-malaikat Allah kita mengenal antara lain malaikat yang sepuluh, delapan malaikat yang mengusung Arsy Allah (QS Al-Haaqqah : 17), dan malaikat-malaikat yang ditugaskan untuk menolong orang-orang mukmin yang sedang berjihad (QS Al-Anfal : 9).

Sifat-sifat malaikat :

1)Memiliki dua, tiga, atau empat sayap (QS Faathir : 1), kecuali Jibril - yang merupakan malaikat yang paling besar - memiliki 600 atau 700 sayap (Shahih Al-Bukhari).

2)Suka berkumpul di majelis-majelis dzikir / ilmu sembari memohonkan ampun bagi yang ada disitu dan mengepak-ngepakkan sayap mereka sebagai tanda ridha.

3)Merupakan tentara-tentara Allah yang tidak pernah bermaksiat (membangkang) atas perintah Allah kepada mereka dan senantiasa mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah kepada mereka.

4)Tidak menikah, tidak makan, dan tidak minum.

5)Tidak memasuki rumah yang didalamnya terdapat patung-patung atau gambar-gambar yang diharamkan.

6)Menyukai tempat-tempat yang bersih.

Jin

Jin dan manusia yang dua makhluk Allah yang dibebani dengan syariat agama, sehingga dikenai pahala dan siksa. Semua jin bisa meninggal dunia kecuali Iblis dan keturunannya yang ditangguhkan kematiannya sampai Hari Kiamat.

Iblis dahulunya juga jin tetapi setelah menolak sujud kepada Adam atas perintah Allah, ia beserta keturunannya dilaknat oleh Allah. Jadi Iblis dan keturunannya kafir seluruhnya, berbeda dengan jin yang terdiri atas mukmin dan kafir.

Jin yang kafir ini sering juga disebut sebagai syaithan karena memiliki sifat yang serupa. Disamping itu, istilah syaithan juga dipakai untuk manusia yang memiliki sifat-sifat syaithan. Adapun jin yang muslim, sebagaimana manusia, ada yang benar-benar taat dan ada pula yang suka berbuat maksiat.

Syaitan dan jin menikah, makan, dan juga minum. Keduanya tinggal di alam yang tidak terlihat oleh manusia, tetapi mereka bisa melihat manusia. Tetapi jika mereka menampakkan diri di alam tampak dalam wujud alam tampak maka manusia bisa melihat mereka.

Syaitan dan jin yang ingkar menyukai tempat-tempat yang kotor dan juga rumah-rumah yang tidak dibacakan Al-Qur’an didalamnya dan rumah-rumah yang penghuninya tidak pernah berzikir kepada Allah.

Qarin (Pendamping) Manusia

Allah telah menetapkan bahwa setiap manusia didampingi oleh seorang malaikat (yang senantiasa mengajak kepada kebaikan) dan seorang jin kafir (yang senantiasa mengajak kepada keburukan). Semua jin yang menjadi qarin manusia adalah kafir kecuali jin qarin Rasulullah yang telah diislamkan oleh Allah.

Interaksi antara Jin dan Manusia

1)Dari sisi penciptaan, manusia lebih baik dan lebih mulia daripada jin. “Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik penciptaan (QS At-Tiin)”. “Dan sungguh Kami telah memuliakan keturunan Adam (manusia) … (QS Al-Isra’)”.

2)Rasul-rasul Allah adalah dari kalangan manusia. Tetapi jin tetap bisa mendengarkan dakwah mereka kerana jin bisa melihat dan mendengarkan mereka dari alam mereka.

3)Dalam syariat Nabi Muhammad saw, kita dilarang untuk meminta perlindungan dan meminta pertolongan kepada jin, meskipun dalam perkara kebaikan. “Dan terdapat sekelompok manusia yang meminta perlindungan kepada sekelompok jin sehingga para jin itu menjadi semakin bongkak (QS Al-Jin-6)”.

4)Islam mengharamkan pernikahan antara jin dan manusia.


Tentang Peramalan

Syaitan senantiasa berusaha untuk mencuri berita langit dengan cara saling berpikul-pikulan diantara mereka sehingga yang diatas menyampaikan kepada yang dibawahnya. Jika telah sampai pada syaitan yang paling bawah maka syaitan tersebut akan menyampaikannya pada tukang ramal (dukun). Tetapi setiap kali mereka berusaha mencuri berita langit itu, Allah menjadikan petir dan kilat yang menyambar mereka. Sebahagian besar usaha pencurian mereka senantiasa gagal tetapi jika sekali saja mereka berhasil mencuri maka satu berita benar itu akan dibungkus dengan 99 kedustaan dan kebatilan.


Tentang Sihir

Sihir merupakan salah satu dosa besar. Dalam hukum Islam, pelaku sihir harus dihukum mati. Sihir ada yang berupa tipuan pandangan mata dan ada pula yang menyakiti orang lain.

Pintu-Pintu Penyebab Campur Tangan Jin di Alam Manusia

Faktor-faktor penyebab campur tangan dan gangguan jin di alam manusia melalui berbagai pintu, antara lain:

a. Pintu kelemahan kondisi psikologis (kejiwaan) seperti : Perasaan takut sekali, sedih sekali, marah sekali, kelalaian hati dari zikrudllah dan semacamnya

b. Pintu memperturutkan hawa nafsu di tengah maraknya berbagai kemaksiatan.

c. Pintu bid'ah dengan segala macam dan tingkatannya yang tersebar di tengah - tengah masyarakat.

d. Pintu dunia perdukunan, peramalan dan sejenisnya.

e. Pintu dunia beladiri dan olah kanoragan dengan menggunakan tenaga dalam yg bukan sumber dari Al Quran.

f. Pintu dunia oleh pernafasan, meditasi dan semacamnya.

g. Pintu dunia pengubatan alternatif sparatual.

h. Kencederungan umum masyarakat kepada dunia klenik, mistik dan misteri.

i. Dan lain - lain.

Tentang Ruqyah Syar’iyah

Definisi: Ruqyah Syar'iyah adalah sebuah terapi syar'i dengan cara pembacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an dan do'a-do'a perlindungan yang bersumber dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, yang dilakukan seorang muslim, baik dengan tujuan untuk penjagaan dan perlindungan diri sendiri atau orang lain dari pengaruh jahat pandangan mata (al-'ain) manusia dan jin, kerasukan, pengaruh sihir, gangguan kejiwaan, berbagai penyakit fisik dan lain-lain; Maupun dengan tujuan untuk pengobatan dan penyembuhan bagi orang yang terkena salah satu diantara jenis-jenis gangguan dan penyakit tersebut.

Penting: Istilah Ruqyah disertai kata Syar'iyah dimaksudkan bahwa, terapi ini dalam pelaksanaannya harus murni semurni-murninya sesuai dengan batasan-batasan Syari'ah Islam yang berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Dan hal itu baik dalam kemurnian Aqidah, niat dan tujuan, muatan dan isi, maupun tata cara pelaksanaan. Jadi harus bersih sebersih-bersihnya dari unsur-unsur campuran yang tidak berdasar (bid'ah) dan yang melanggar hukum Syara'.


Urgensi Ruqyah Syar'iyah

1. Menghidupkan sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam dalam hal penjagaan dan perlindungan diri serta terapi pengobatan penyakit jiwa maupun fisik.

2. Minimanya pembentengan diri dengan wirid - wirid dan dzikir- dzikir syar'i, sehingga banyak kalangan yang berpeluang terkena pengaruh buruk pandangan mata kedengkian manusia dan jin. Disamping banyaknya korban kejahatan dunia sihir dan perdukunan.


Perisai Diri

1. Secara umum, jagalah ketaatan dan jauhi kemaksiatan.

2. Peliharalah sholat fardhu dan juga sholat-sholat nafilah, khususnya sholat rawatib, qiyamul lail (minimal witir) dan sholat dhuha.

3. Perbanyaklah membaca Al-Qur'an setiap hari, khususnya pada malam hari, dan lebih afdhal jika disertai dengan membaca terjemah tafsirnya untuk tadabbur.

4. Sempitkanlah jalan syaitan dalam diri dengan banyak berpuasa, minima tiga hari setiap bulan.

5. Basahi lidah dan bibir dengan banyak berdzikir, baik dzikir secara khusus pada kesempatan-kesempatan tertentu maupun dzikir secara umum seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir, bertahlil, bershalawat, dan lain-lain.

6. Jagalah wirid dzikir pagi dan petang dengan Al-Ma'tsurat atau lainnya yang bersumber dari Al-Qur'an dan As-Sunnah.

7. Bekalkan diri dengan ilmu yang shahih berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah sesuai manhaj as-salaf ash-shalih, dengan banyak membaca, konsultasi, mengikuti kajian-kajian Islam secara manhaji, dan lain-lain; khususnya dalam terma-terma aqidah, tazkiyatunnafs, tafsir Al-Qur'an, dan Al-Hadits.

8. Jauhilah kebiasaan melamun dan mengkhayal, serta hindarkan pikiran dari hal-hal yang membebani sampai membuat gelisah, sedih, takut, tertekan, marah, putus asa, dan lain-lain.

9. Pertahankan diri selalu berada di tengah lingkar pertemanan dan kebersamaan islami yang istiqamah.

10. Sering-seringlah bermuhasabah diri diikuti taubat dan istighfar.

11. Usahakan selalu dalam keadaan suci (berwudhu).

12. Tidurlah secara islami (sesuai Sunnah), dengan cara :

a.Niat (tidur dengan sengaja).

b.Berwudhu.

c.Membersihkan dan merapikan tempat tidur.
d.Membaca tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali.

e.Membaca Ayat Kursi dan dua ayat terakhir Surat Al-Baqarah.

f.Mendekatkan kedua telapak tangan ke mulut, meniup, dan membaca surat-surat: Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas, lalu mengusapkan pada anggota badan semerata mungkin. Dan ini dilakukan tiga kali.

g.Membaca doa tidur.

h.Tidur dengan cara berbaring miring ke kanan.

i.Jika bermimpi buruk hendaklah :

1) Meludah kecil ke sebelah kiri 3 kali.

2) Berta'awwudz.

3) Mengubah posisi tidur.

4) Tidak menceritakannya.

5) Lebih baik jika bangun, berwudhu, lalu sholat.

j. Membaca doa bangun tidur.


### Semoga menjadi panduan kita. (Sharing dari Paduka Ayahanda Guru Panglima Kanan Benteng Mukmin)

Sunday, January 19, 2014

Peringatan!

Yang kata bela Rasulullah S.A.W Sila Cabut cincin yg dijari hantu,jari telunjuk dan ibu jari.
Yang kata bela Rasulullah S.A.W Sila tanggal gelang dan rantai bagi lelaki.
Yang kata bela Rasulullah S.A.W Sila cabut subang / tindik bagi lelaki
Yang kata bela Rasulullah S.A.W Sila simpan janggut bagi lelaki
Yang kata bela Rasulullah S.A.W Sila Selawat dan Salam Pada Baginda Rasulullah S.A.W.

Banyak lagi sebenarnya,Tapi saya listkan yg paling mudah dilakukan.perkara yg senang tp berat bagi anda.. Renung renungkan.. Selamat bertaubat!!!

Wednesday, January 15, 2014

GANGGUAN MAKHLUK HALUS DI RUMAH – AIR TERBUKA SENDIRI, DINDING RUMAH BERBAU BUSUK, BUNYI GULI




Pernah tak anda alami atau rakan anda yang mengalami perkara sebegini. Setiap kali pulang dari bercuti atau biarkan rumah kosong dalam tempoh tertentu, perkara perkara aneh yang berlaku.-Pernah tak juga anda alami di setengah kawasan dalam rumah anda, anak anda jarang ke kekawasan itu, atau kita merasakan ada sesuatu yang asing dalam rumah kita.-Pernah tak anda terdengar bagaikan guli jatuh dari atas bumbung rumah kita sedangkan tiada siapa diatas bumbung tu atau dari atas rumah anda (flat) dan menimbulkan rasa kurang senang dengan perkara ini.Sekiranya ada.. ingin kami bantu? saya nak bg tips untuk pulihkan keadaan rumah yang ada gangguan sebegini. Kami kongsikan tips nya..

1. AzanMelaungkan azan ketika pertama kali masuk ofis/rumah baru. Ia juga baik bg bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa.Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-’Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-BaqarahSebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud;“jgnlah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

3. Banyakkan solat dan membaca Al-QuranDalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud;“Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas.Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar rumah cara Islam.Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimanapun ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam.Dan beberapa tips lain yang diperolehi dari sumber-sumber yang lain….
-1) baca ayat Kursi sebanyak 1 kali dan diniatkan / dibayangkan ada tembok yang tinggi di hadapan rumah kita.
-2) kemudian diniatkan pula ada tembok yang besar dan kuat di belakang rumah kita pula sambil membaca ayat Kursi.
-3) Begitulah seterusnya dibaca ayat kursi itu untuk setiap arah / tempat seperti kiri, kanan, atas dan bawah.Kita hanya berikhtiar dan Allah yang menentukan. Yakinlah dengan ayat Allah.ATAUSebagai Perlindungan tempat kerja, rumah dan tempat peniagaan
-1. Sebaik-baiknya digunakan bersama air yang telah siap diruqyah dengan Ayat Al-Quran dan sebagainya.
-2. Sediakan satu bekas yg telah di isi dgn air, sapu Minyak Wangi yg dibacakan Ayat Al Quran(saya ada jual) pada jari telunjuk
-3. Mulai dgn masukkan jari ke dalam air tersebut dan kemudian pusing air itu tadi dgn jari anda mengikut pusingan tawaf (Anti-Clockwise)
-4. Gemakan niat ketika itu, seperti “Ya Allah jadikanlah usaha ku yg sedikit ini asbab kepada terlindungnya diriku drpd kejahatan manusia dan jin”.
-5. Baca 3 qul pada air kemudian hembus perlahan-lahan.
-6. Masukkan ke dalam botol spray kemudian spray lah didinding rumah atau di ruang pejabat atau di tempat-tempat perniagaan.Insya-Allah..Alhamdullillah.. dengan wangian yang telah dibacakan Ayat Al Quran Terpilih serta doa doa ruqyah ini, Kita jadikan alat tambahan untuk dicampurkan kedalam air dan kita dapat lakukan dengan sendiri. Alhamdulillah saya sudah amalkannya dan membantu melakukannya di Rumah dan pejabat Pelanggan / pesakit saya.Semuanya Atas Keizinan Allah S.W.T.

Sekian Dari saya,
Raja Along / Shahrien
Perawat Rawatan Islam Benteng mukmin Sg.Buloh & Jurubekam Profesional
014-2399365 / 014-7194165

Tuesday, January 14, 2014

Sekadar Untuk Renungan...


¤ Wanita yang tidurnya 'ganas', biasanya dapat lelaki tidurnya 'sopan' je.
¤ Lelaki yang kerap demam, biasanya dapat wanita yang jarang dapat demam tetapi sekali demam memang parah.
¤ Wanita yang agak boros biasanya dapat lelaki yang pandai berjimat. 
¤.Lelaki yang tak reti mengemas, barang sendiri pun tak pernah nak disusun sampai semua barang letak atas meja
biasanya dapat wanita yang kemas, suka keindahan, teratur sahaja barang-barangnya.

NAMPAK? Allah sudah siapkan pasangan itu bukan semuanya macam kita nak dan suka, tetapi
disatukan sesuatu yang tak sempurna untuk disempurnakan bila bersama. Jangan ragu aturan Allah, selagi baik agama dan akhlaknya, JANGAN
PERSIAKAN apa yang anda ada. 

¤ Jika seorang itu banyak ketawa, dia sebenarnya kesepian.
¤ Jika seorang itu banyak tidur, dia sebenarnya kesedihan
¤ Jika seorang itu tak banyak cakap tetapi laju bila brcakap, dia sebenarnya berahsia
¤ Jika seorang itu tidak menangis, dia sebenarnya lemah 
¤ Jika seorang itu makan dengan gelojoh, dia sebenarnya tertekan 
¤ Jika seorang itu menangis kerana perkara kecil, dia sebenarnya lemah lembut 
¤.Jika seorang itu cepat marah walaupun tentang pekara2 kecil,dia sebenarya perlukan kasih sayang^_^