Sesiapa yang teringin mengikuti training ESQ 165 lebih lanjut dari saya. Training ini boleh diikuti oleh kelas Profesional, dewasa, mahasiswa, remaja dan juga kanak2..

SHAHRIEN SHAHAR
014-7194165
(PUBLIC PROGRAM EXECUTIVE)

ESQ LEADERSHIP CENTER SDN BHD,
ACT CONSULTING & EDUCATION SDN BHD
E-602, EAST WING BLOCK, METROPOLITAN SQ,
NO. 2, JALAN PJU 8/1, DAMANSARA PERDANA,
47820 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
03 - 77251651 / 03 - 77281650
Saya juga seorang Perawat Rawatan Islam Benteng mukmin Sg.Buloh & Jurubekam Profesional
014-2399365 / 014-7194165

Thursday, January 29, 2015

Misi Bantuan Bajir Ke Kelantan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Subhanallah Walhamdulilah Walailaha Ilallah Wallahu Akbar
Allahumma Solli ‘Ala Saidina Muhammad Wa’ala Alihi Saidina Muhammad

Semoga di beri kesihatan yang baik dan di sayangi ALLAH SWT selalu


Banjir sudahpun surut. Ya. Namun apa kesan selepas banjir itu lebih memerlukan perhatian kita sekarang ini. 

Dan ia meruntun hati kami. 

Masih terngiang di telinga kami, apabila kami datang memberikan sumbangan, mereka bertanya,

"Toto ada? Bantal? Kami sejuk." 

*nangis* 

Setelah perbincangan demi perbincangan dibuat, team M165 yang juga kami panggil Team Toto Bantal telah membuat keputusan untuk kembali ke Kelantan buat kali keempat (kali ketiga buat saya) dalam satu misi untuk memberi sumbangan kepada mereka, terutamanya toto bantal dan selimut. 



Misi akan dijalankan pada ketetapan berikut

Tarikh : 13-15 Februari 2015
Hari : Jumaat - Ahad
Pusat pengumpulan barang sumbangan : Klinik M165 di Merbau Indah, Sungai Buloh

Ingin memberi sumbangan? Kami amat alu-alukan dalam bentuk wang atau barangan keperluan. Tolong jangan bagi baju. Banyak sangat sampai jadi sampah di sana.

Anda boleh hubungi wakil kami untuk sebarang pertanyaan
Baizura 017-3377438
Nora 014-2600197
Iyda 017-2766941

Bantu kami bantu mereka, bantu kami tolong anda dapat pahala. Bantulah mereka, kerana mereka juga saudara kita. 

Tuesday, January 27, 2015

Tarbiyah


Kadang2. Kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain. Sampai kita lupa nak tarbiyah diri sendiri.

Waktu mula2 disentuh sweet portion of tarbiyah, kita rasa happy sangat. Dan rasa cam nak sebarkan portion happiness tu.

Tapi bila dah lama dan asyik mentarbiyah orang lain, kita lupa yang diri kita sendiri sedang perlukan tarbiyah.

Tarbiyah? Kalau nak hurai panjang lebar dan nak cerita kemanisan dia tu. Memang jenuh tangan nak taip.

But yes. Tarbiyah ni, kuasa yang berupaya tuk mengubah. Mengubah seseorang tu jadi yang lebih baik. Dari sebelumnya.

Kerana tarbiyah lah,
Orang yang suka tidur lepas subuh. Makin kerap baca AlQuran lepas subuh and usaha bangun awal.

Kerana tarbiyah lah,
Orang yang dulunya suka cakap sembang kosong. Sekarang, dia makin kerap cakap dan buat. Beramal lillahitaala.

Kerana tarbiyah lah,
Orang yang dulunya rasa dia lebih mulia dari orang lain. Banyak muhasabah diri dan sentiasa beristighfar kembali pada Allah setelah lama lalai dlm fantasi ciptaan sendiri.

Kerana tarbiyah lah,
Orang yang dulu nya suka bercakap perkara sia sia yakni lagha mula menyebarkan cinta bahagia. Bahagia? Dakwah.

Kerana tarbiyah lah,
Orang yang dulunya berakhlak sangatlah buruk sampai kadang buat orang geleng kepala sambil mengutuk. Sekarang, jadinya persis kain putih. Suci tanpa dosa. Kerana sudah mula kembali pada Tuhan.

"Baru je berubah. Masih teruk."

"At least. Baik dari sebelumnya kan? A step closer. Allah tengok usaha. Jangan pernah berhenti sebelum kaki menjejak Syurga. Melangkah lah sampai hati dah penat untuk berkata penat."

Siapa yang pernah lalui zaman gelap jahiliah, akan lebih terasa dan menghargai manisnya tarbiyah. I write this cause i learnt it the hard way.

Jom berubah. Dan tarbiyah diri sendiri.

"Sometimes. Kita kena stay away dari certain people utk get closer to Allah." Saling mendoakan untuk sahabat kita. Insha Allah. Doa yang baik2. Cakap yang baik2. Buat yang baik2. Niat lillahitaala. Allah akan bagi pengakhiran yang baik2...

Monday, January 26, 2015

M165 : Pengumuman


Assalamualaikum Jemaah M165 dan jemaah Bathamim semua. 

InsyaAllah esok klinik M165 akan buat kelas Rawatan Islam siri 2 di klinik M165 pada jam 9 malam. 
Yuran seperti biasa Rm10 sahaja utk makan minum dan alatan lain.. 
Diharap para jemaah dpt dtg memberi sokongan disamping mempelajari segala ilmu manfaat yang akan disampaikan nanti. 
Utk pendaftaran berikan Nama penuh dan no hp. 
Bukan ahli juga boleh sertai.

Raja Along
Pengarah Urusan M165
0142399365

Silakan share

Follow Blog Klinik M165 dan Like Fan Page Klinik M165 untuk segala update mengenai kegiatan kami.

Hanya CintaMu


Aku masih mencari 
Sinar hidayahMu Tuhan

Aku masih menanti 
Cahaya kasihMu Tuhan 

Aku masih mengharap 
Ampun redhaMu Tuhan 

Aku tidak layak ke syurgaMu 
Namun aku tak sanggup... 
aku tak sanggup...
aku tak sanggup...
...
...
...

Aku tak sanggup ke nerakaMu...

Sedang api dunia saja sudah aku menggelupur kesakitan
Apatah lagi api neraka yang tiada tolok bandingan? 

Aku sang pendosa
Namun aku juga hamba
Aku ingin menjadi sang pencinta 
Yang mendambakanMu sebagai yang utama

Setiap langkah kakiku 
Di kiri dan kananku
Aku melihat sesuatu 
Yang mengingatkanku padaMu 

Allahu
Jangan Kau palingkan wajahMu 
Setelah Kau curahkan kasihMu 
Pada siapa lagi ingin aku mengadu 
Kalau bukan padaMu? 

Dengarkanlah Yaa Allah rintihan hati ini
Aku cuma ingin mengejar cinta abadi
Hanya cintaMu dalam sanubari

Sunday, January 25, 2015

Hujung Minggu Di M165








Pencerahan amalan, tazkirah serta membina semangat kepada semua ahli tentang nikmatnya berjuang Dan berdakwah utk Allah S.W.T.



Srikandi-srikandi di M165 sgt hebat dengan kepelbagaian aktiviti kebajikan. Menjadikan setiap ahli Jemaah dpt menzakatkan potensinya, kudrat dan ideanya disamping masa dan wang ringgitnya utk saling bantu sesama umat manusia yg didalam kesusahan.



Tidak kurang hebat juga dengan biro-biro yang lain seperti biro agama, sukan, biro keselamatan dan disiplin, pengurus klinik Dan gelanggang. Masing-masing melakukan yg terbaik untuk mengekalkan semangat perjuangan ahli Jemaah supaya terus sebarkan kebajikan dan mendekatkan umat yang lari dari landasan Allah utk kembali mendekati penciptanya semula.



Doakan Klinik M165 - Pusat Rawatan Islam Bathamim Sg Buloh terus berkembang Maju atas perjuangan dakwah dan menjadi asbab perpaduan Ummah yg menjadi kunci kekuatan Islam yg sebenar.

Kami adalah ahli persatuan Rawatan Islam bathamim 114 Malayisa yg disokong penuh oleh Gappima Malaysia. Kami juga adalah sukarelawan kebajikan masyarakat Serta usahawan Dgn pelbagai jenis perniagaan.

Nak belajar seni pertahanan diri juga boleh dtg ke sini.sekian Dari saya

Raja Along
Pengarah Urusan / Pengarah Projek kebajikan
Klinik M165 Bathamim Sungai Buloh

Follow Blog Klinik M165 dan Like Fan Page Klinik M165 untuk segala update mengenai kegiatan kami.

Tuesday, January 20, 2015

Suka Duka Di Manik Urai...



Kenangan suka duka tawa nangis kami di manek urài , Kuala Krai, Kg.sg Nàl.. latarek kelantan.pada Jumaat hiñgga ahad 16-18/1/2015. 

Kami bahagi team kpd dua bahagian.. Satu bahagian cuci masjid kg sg nal bersama team warisan ummah.. astro, TV3 dan Team CMC Johor.dan satu lg team beri sumbangan masuk ke pendalaman kg. 

Gambar gambar yg kami pamerkan bukanlah utk dibanggakan.Tapi kami nak tarik minat anda utk sertai kami merasakan kebahagiaan seperti kami apabila tiba di kelantan..kita dpt muhasabah diri dgn melihat keAgungan Allah S.W.T.. 

Melihat ade yg lagi susah dari kita.melihat ketabahan mangsa banjir menghadapi Ujian dariNYA.. 
Melihat ibadat mereka yg x pernah kurang.. 
Melihat kerjasama seluruh ummah membantu mangsa..
melihat kaum agama lain yg turut membantu.dari situ kita dpt menilai diri kita dan org lain dgn mata kepala kita sendiri.. 

Sejujurnya ramai kalangan team saya selepas balik dr kelantan menjadi seorang yg berjiwa tabah dan kental dalàm ujian hidup..kerana adanya MADRASAH BESAR yg turun direct dari Allah di banjir kelantan.. 

Ada masa sertailah konvoi kami kesana.. Kita buat kerja apa saja kemampuan kita adaJOM niàtkan buat kerana Allah..buat kerana membantu org susah dan Buatlàh dgn jiwa dan ragà serta keikhlasan hati..

Jom ke Kelantan.

Next trip kami adalah bulan Februari 2015

Sebarang sumbangan kecuali baju boleh hubungi kami..

Raja Along 0142399365
Pengarah Urusan / Pengarah Projek Kebajikan
Klinik M165

Ketua Biro Kebajikan Klinik M165
Norazawati 0142600197

Biro Kebajikan Klinik M165
Adinda Baizura Mazlan 0173377438
Rabiyatul Adawiyah 0196671165

Tuesday, January 6, 2015

Assalamualaikum..tolong share!

Assalamualaikum..tolong share!



Harini last days saya mencari sukarelawan utk bersihkan masjid di kelantan.. Jomla kepada insan insan yg berkelapangan atau cuti tahunan yg masih ada lagi kita berkampung selama 5 hari disana.. makan minum penginapan semua disediakan.. Bas pun ada disediakan.. Cuma bawa barangan peribadi utk tampung semasa kita disana.bawa bantal.toto selimut. Ubat ubatan jgn lupa bawa jika ada sakit.Kalau x mampu buat keje berat jd tukang masak pun bole.Destinasi kita adalah Pengkalan Chepa , Tumpat, Kota Bharu, manek Urai dan Kuala Krai. Esok ( khamis) jam 8.30 pagi semua kene ada di karangkraf seksyen 15 shah alam.kita sarapan bersama, naik bas bersama. Bg nama kat whatsapp saya 0142399365 segera. Tq

Kita x mampu Nak ke syria, palestin, bosnia, afganistan utk menjadi sukarelawan nak bantu mereka.Tapi kali ini Allah dah bg peluang kt kita utk membantu umat sesama kita di Negara sendiri.. Tamakkanlah pahala sebanyaknya selagi Bumi belum Hilang Nyawa.

Silakan share sebanyaknya ..semoga anda menjadi asbab segala kemuliaan dan kebaikan utk Allah S.W.T

-Raja Along 0142399365 (whatsapp)

Doaku Hari Ini


Love Story


Hidup ini hanya sebuah kisah cinta 
Antara aku dan Dia.

Sahabat2ku sekalian bacalah sejenak..


Diriwayatkan, bahawa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu Mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.
Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:
"Yaa Rabb..
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia soalat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."
Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").
Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".
Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:
"Wahai Rabb Kami..
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"
SAHABAT Ku..
Mudah2an dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang Allah ..
Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga & Redha-Nya..
آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ
Ya Allah
Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat2 yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu..
Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...
Oleh itu...
Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan2 ke Syurga & jalan2 kebaikan.
WAHAI SAHABATKU
JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI...JIKA AKU TIADA DI SYURGA NANTI

Doaku Hari Ini


Aamiin... 

Monday, January 5, 2015

Pengumuman Untuk Semua

Assalamualaikum..



Kami Klinik M165 (persatuan Rawatan Islam Bathamim menjemput Tuan Tuan dan Puan Puan ke Kelas Rawatan Islam Kami pada Hari Rabu ini (Rutin Setiap hari Rabu ) 7 januari 2015 bermula Jam 9 malam hingga 11 malam di Klinik M165 di Kg Merbau Indah Sg Buloh ( GPS taip petronas Merbau Indah) 50 meter sebelum sampai di petronas adalah klinik kami.Penyertaan Terbuka Kepada semua jemaah Bathamim dan sesiapa yang ingin sertai.Yuran Rm 10 ( Nota, Alat tulis dan makan minum) . Ingin sertai Whatsapp sahabat saya KPU Raja Along 0142399365. Maximum 20 org setiap kelas. Antara Intipati Kelas nanti adalah mengenal dan mengetahui...

1. Ayat Ruqyah
2. Teknik Merawat Sihir
3. Pemagaran Rumah Dan Premis
4. Amalan Benteng diri
5. Cara buat air syifa / Minyak Syifa
6. mengenal pasti Simptom simpton gangguan melalui tanda tanda / temuduga ( bukan scan)

Berminat hantar nama segera .. 0142399365 KPU Raja Along

Untuk maklumat lebih lanjut sila Follow blog Klinik M165 - Pusat Rawatan Islam Bathamim Sg Buloh dan Like Fan Page Klinik M165 - Pusat Rawatan Islam Bathamim Sg Buloh

UJIAN


Satu mlm,4 org pelajar kolej telah brseronok sampai tengah mlm walaupn esoknya mereka ada ujian. Esoknya,mereka berempat memikirkan 1 idea yg bernas untuk mengelak mengambil ujian trsebut.lalu mereka menyapu muka mereka dngan minyak grease dn kotoran2 lain.
Setibanye mereka ke kolej,mereka memberi alasan yg tayar kereta mereka bocor jd mereka tidak sempat untuk hadir mengambil ujian itu. Pensyarah yg mengendalikan ujian itu berkata mereka boleh mengambil ujian itu 2 hari lagi dan selepas berterima kasih,mereka pn keluar ngan gelak ketawa.
Dua hari selepas itu,pensyarah itu mengatakn yg ujian yg mereka akn duduki itu istimewa lalu mereka berempat di letakkn di 4 bilik berasingan. Mereka bersetuju kerana mereka tlh bersedia sepenuhnya.
Berikut adalah ape yg trkandung dlm kertas ujian mereka:
Ujian ini mengandungi 2 soalan dengan jumlah markah 100.
Q.1)Nama Anda:____________(2 markah)
Q.2)Tayar mana yang bocor? (98 markah)
A.Depan Kanan
B.Depan kiri
C.Belakang Kanan
D.Belakang Kiri
Agaknya apa perasaan 4 pelajar itu semasa tengok kertas soalan??

KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN



Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,
lalu dia bersabar dengan kerenah,
kesusahan dan kesenangan mereka,
nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)


Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,
melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)


Daripada Aisyah r.a.,
dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,
nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)


~~
Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.
Daripada hadis-hadis di atas,
dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,?
menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan?
Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.
Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya.
Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar,
tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka,
Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

Friday, January 2, 2015

Puisi Buatmu Sahabat...

Pengalaman adalah guru...
Perit itu Tarbiah..
Sakit itu kifarah..
Bersendiri itu Muhasabah..
Melangkah gagah adalah perjuangan..
Tangisan bukan bererti kalah...
Gelak tawa tersirat airmata..
Pilu tersurat dgn melangkah gagah..
Semuanya Untuk Ummat seluruh Manusia..
Untuk Membela Agama Bangsa dan Negara..
Keyakinan Menuju mengadap Allah Yang Maha Esa..
Untuk Mendapat Keredhaan Allah yg sempurna..
Dan Mendapatkan Syurga yang Bertahta..
Menyelamatkan jasad ibu dan Bapa 
Dari dinodai Siksa kubur dan Neraka..

puisi dari Abangmu..sahabatmu.. Rakan Seperjuanganmu dan juga Tisu airmatamu dariku Ayahanda Raja Along untukmu Kekanda Panglima Utama Muhammad Fitri..



*Semoga fit dan umi disembuhkan oleh Allah..

Thursday, January 1, 2015

TIGA MUSUH UTAMA YANG AKAN MENGAGALKAN SESEORANG PEMIMPIN



ADA TIGA MUSUH UTAMA, YG AKAN MENGAGALKAN SESEORANG PEMIMPIN.
SETIAP PEMIMPIN PASTI AKAN DIDATANGI MASAALAH INI.
SEANDAINYA TERPALIT SALAH SATU DARI MASAALAH INI...
PASTI AKAN MEMBAWA PEMIMPIN ITU KEJURANG JAHANAM.
APATAH LAGI KALAU ADA KETIGA2NYA.

1.. GILA HARTA.
Berjuang bermati2an untuk menjadi kaya.
Dan pasti pemimpin Yg seperti ini, akan memperalat org yg di pimpinnya, untuk tujuan kepentingan peribadinya.

2.. GILA KUASA.
Pemimpin yg seperti ini hidup dalam pura2.
Gila glamour.
sentiasa mencari pengaruh serta berlumba2 mengejar gelaran dan darjat.
Dan akan memperalatkan pimpinan nya untuk tujuan itu.

3.. GILA PEREMPUAN.
Sentiasa mencari peluang untuk memuaskan hawa nafsunya.

KETIGA2 KRITERIA DIATAS, ADALAH DISEBABKAN OLEH NAFSU YG TIDAK TERPIMPIN DAN SANGAT GILAKAN DUNIA.

PASTI.. PASTI.. PASTI..

PEMIMPIN YG SEPERTI INI AKAN GAGAL,

SERTA MEMIMPIN AHLINYA, SERTA DIRINYA KE NERAKA JAHANAM.

KESEMUA KITA, YG BERGELAR LELAKI ADALAH PEMIMPIN DI DUNIA INI.

SEMOGA ALLAH SWT AKAN MEMELIHARA KITA, SERTA MENYELAMATKAN KITA SEMUA,

AGAR TIDAK MENJADI PEMIMPIN YG GAGAL....