Sesiapa yang teringin mengikuti training ESQ 165 lebih lanjut dari saya. Training ini boleh diikuti oleh kelas Profesional, dewasa, mahasiswa, remaja dan juga kanak2..

SHAHRIEN SHAHAR
014-7194165
(PUBLIC PROGRAM EXECUTIVE)

ESQ LEADERSHIP CENTER SDN BHD,
ACT CONSULTING & EDUCATION SDN BHD
E-602, EAST WING BLOCK, METROPOLITAN SQ,
NO. 2, JALAN PJU 8/1, DAMANSARA PERDANA,
47820 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
03 - 77251651 / 03 - 77281650
Saya juga seorang Perawat Rawatan Islam Benteng mukmin Sg.Buloh & Jurubekam Profesional
014-2399365 / 014-7194165

Wednesday, January 27, 2016

🎈HARI INI & ESOK...

☎ Hari ini masih kuat dan gagah, mungkin esok nak bangun pun termengah-mengah.

☎ Hari ini jika tidak buat suruhan Allah, belum tentu esok ada lagi peluang dari Allah.

☎ Hari ini realiti yang mesti ditempuhi dengan tabah, kerana esok hari belum pasti boleh berubah.

☎ Hari ini ahli maksiat berasa bangga dan megah, esok hari mungkin menyesal tak sudah-sudah.

☎ Hari ini berpakaian jubah dan kerudung, mungkin esok hanya kain kafan yang tiada lagi gah.

☎ Hari ini berpijak di atas tanah, boleh jadi esok sudah jadi penghuni di dalam tanah.

☎ Hari ini berkenderaan serba mewah, esok hanya ada kereta jenazah.

☎ Hari ini janganlah bermegah-megah, kerana esok hanyalah harapan dalam pasrah.

☎ Hari ini banyakkan berdoa dan berharap kepada Allah, semoga esok hidup dalam redha Allah.

☎ Hari ini kuatkan taat dan amal ibadah, semoga esok masih lagi istiqamah.

☎ Hari ini andai datang ketentuan Allah, esok terimalah ia dengan hati yang tabah.

☎ Hari ini andai ada silap dan salah, jangan tunggu esok untuk istighfar...

Monday, January 25, 2016

Allah Menjawab Al Fatihah Kita...



“Allah menjawab AL-FATIHAH kita”

Dari ‘Ubaidah bin shamit r.a,Rasulullah telah bersabda:
“Tidak sah solat seseorang yang tidak membaca surah AL-FATIHAH”.

Riwayat dari Abu Hurairah pula,rasulullah telah bersabda:
“Sesiapa yang tidak membaca AL-FATIHAH di dalam solat, maka solatnya itu tidak sempurna.
(Rasulullah telah mengulangi kenyataan ini sebanyak 3 kali)”.

Lalu sahabat bertanya kepada Abu Hurairah:”Bagaimana pula kalau kami mengikut imam?”.
Jawab Abu Hurairah:”Bacalah perlahan-lahan. Kerana aku pernah mendengar Rasulullah bersabda:

Bahawa Allah berfirman:
“Solat itu aku bagi 2 iaitu antara-KU dan hamba-KU. Untuk hamba-KU ialah apa yang dimintanya…

Apabila hamba-KU mengucapkan:Alhamdulillahi rabbil ‘alamin (segala puji tertentu bagi allah,tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam)
AKU menjawab:hamdani ‘abdi (hambaku memujiku)

Apabila hamba-KU mengucapkan:Arrahmaanirrahim (Yang maha pengasih lagi maha penyanyang)
AKU menjawab:’Atsna alayya ‘abdi (hambaku menyanjungiku)

Apabila hamba-KU mengucapkan:Maliki yaumiddin (Maha penguasa hari kemudian)
AKU menjawab:Majjadani abdi (hambaku mengagungkanku)

Apabila hamba-KU mengucapkan:iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in (kepada engkau kami menyembah dan kepada engkau kami minta pertolongan)
AKU menjawab:Hadza bayni wa bayna abdi, wali abdi wa saala (inilah bahagianku dan bahagian hambaku yg dimintanya)

Apabila hamba-KU mengucapkan:Ihdinash siratal mustaqim,siratal ladzina an’amta ‘alaihim ghairil maghdubi ‘alaihim waladh-dhoolin (pimpinlah kami ke jalan yang lurus,yakni jalan yang tidak engkau murkai dan tidak pula jalan orang yang sesat)
AKU menjawab:Hadza li abdi,wali ‘abdi ma saala (inilah bahagian hambaku,untuk apa yang dimintanya)

itulah semua jawapan allah apabila setiap kali kita membaca AL-FATIHAH.
Membuktikan hikmah pentingnya ummul kitab ini dalam solat kita,
kerana itulah rasulullah menekankan surah AL-FATIHAH kepada ummatnya…

JAGAILAH PEMBACAAN AL-FATIHAHMU….
KERANA IA MERUPAKAN TUNJANG BAGI KESEMPURANAAN PENEMUANMU DENGAN ALLAH…

WALLAHU A’LAM..

Tuesday, January 12, 2016

Kisah Zun-Nun Al-Misri, Seorang Sufi

Beberapa waktu yang lalu, di Mesir hidup seorang sufi yang masyhur bernama Zun-Nun. Seorang pemuda mendatanginya dan bertanya : "Tuan, saya belum faham mengapa orang seperti anda mesti berpakaian apa adanya, amat sangat sederhana. Bukankah di zaman yang ini berpakaian baik amat perlu, bukan hanya untuk penampilan namun juga untuk tujuan banyak hal lain."


Sang sufi hanya tersenyum, ia lalu melepaskan cincin dari salah satu jarinya, lalu berkata : "Sahabat muda, akan kujawab pertanyaanmu, tetapi lebih dahulu lakukan satu hal untukku. Ambillah cincin ini dan bawalah ke pasar di seberang sana. Cubalah, bolehkah kamu menjualnya seharga satu keping emas".


Melihat cincin Zun-Nun yang kotor, pemuda tadi merasa ragu dan berkata : "Satu keping emas ? Saya tidak yakin cincin ini bisa dijual seharga itu". "Cubalah dulu sahabat muda. Siapa tahu kamu berhasil",  jawab Zun-Nun.


Pemuda itu pun bergegas ke pasar. Ia menawarkan cincin itu kepada pedagang kain, pedagang sayur, penjual daging dan ikan, serta kepada yang lainnya. Ternyata, tak seorang pun berani membeli seharga satu keping emas. Mereka menawarnya hanya satu keping perak.


Tentu saja, pemuda itu tak berani menjualnya dengan harga satu keping perak. Ia kembali kepada Zun-Nun dan memberitahunya : "Tuan, tak seorang pun yang berani menawar lebih dari satu keping perak".


Sambil tetap tersenyum arif Zun-Nun berkata : "Sekarang pergilah kamu ke tokoh emas di belakang jalan ini. Cuba perlihatkan kepada pemilik tokoh atau tukang emas di sana. Jangan buka harga. Dengarkan saja, bagaimana ia memberikan penilaian".


Pemuda itu pun pergi ke toko emas yang dimaksud. Ia kembali kepada Zun-Nun dengan raut wajah yang lain. Ia kemudian memberitahu : "Tuan, ternyata para pedagang di pasar tidak tahu nilai sesungguhnya dari cincin ini. Pedagang emas menawarnya dengan harga seribu keping emas. Rupanya nilai cincin ini seribu kali lebih tinggi daripada yang ditawar oleh para pedagang di pasar".


Zun-Nun tersenyum simpul sambil berkata : "Itulah jawapan atas pertanyaanmu tadi sahabat muda. Seseorang tak boleh dinilai dari pakaiannya. Hanya "para pedagang sayur, ikan dan daging di pasar" yang menilai demikian. Namun tidak bagi "pedagang emas". Emas dan permata yang ada dalam diri seseorang, hanya dapat dilihat dan dinilai jika kita mampu melihat ke kedalaman jiwa. Diperlukan kearifan untuk menjenguknya. Dan itu perlu proses dan masa, wahai sahabat mudaku. Kita tak dapat menilainya hanya dengan tutur kata dan sikap yang kita dengar dan lihat sekilas. Seringkali yang disangka emas ternyata loyang dan yang kita lihat sebagai loyang ternyata emas."

Monday, January 11, 2016

Kisah Seorg Pendekar

Seorg lelaki sedang memandu keretanya🚗..tiba2 keretanya mengalami kerosakan dan berhenti berdekatan dgn sebuah dojo persilatan🏡..

Oleh kerana hari pun sudah malam🌒..dia pon pergi ke dojo tersebut dan mengetuk pintu itu..pintu pon dibuka dan seorg pendekar tua yg selaku pengetua dojo itu menyambutnya..

lelaki itu berkata: minta maaf tuan, bolehkah sy bermalam di sini kerana kereta sy rosak secara tiba2..

Sang pendekar tua itu lantas menerima permintaan lelaki itu dgn senyuman dan senang hati.

Dia menyediakn tempat tidur, persalinan dan makanan utk melayan lelaki itu..malah kereta itu pon dibaikinya🔧.

Setelah kekenyangan lelaki itu pon cuba melelapkan matanya😴..selang beberapa ketika dia terdengar sesuatu bunyi yang aneh,

die teringin nak mengetahui bunyi apakah itu..namun dibatalkan saja niatnya kerana terlalu letih.

Keesokan pagi..dia pon bertanya kepada pendekar tua tentang bunyi itu, tetapi pendekar tua menjawab:

saya tak boleh bgtahu awak..kerana awak bukan seorg pendekar..

Lelaki itu kelihatan kecewa krn tdk dpt mengetahui tentang bunyi yg pelik itu..tetapi apapun die berterima kasih di atas layanan yg diberikn, kemudian dia pon bergerak pulang ke tempatnya..😣

Setahun selepas itu..

keretanya rosak kembali ditempat yg sama berdekatan dojo itu🏡..

Dan sekali lg sang pendekar tua itu membantunya membaiki kereta dan menyediakan tempat tidur serta makanan kpd lelaki itu🛁..

Pada malamnya..ketika hendak tidur dia terdengar bunyi yang aneh yg pernah didengarinya pd tahun yg lepas..

Keesokan pg nya lelaki itu pon bertanya kpd pendekar tua mengenai bunyi itu..tetapi dia menjawab:

saya tak boleh bagitahu awak kerana awak bukan seorg pendekar..

Lelaki itu cuba mendesak pendekar tua memberitahunya namun jawapannya tetap sama..die enggan bgtahu kerana lelaki itu bkn seorg pendekar.

Pada tahun berikutnya..ditakdirkan keretanya rosak lg ditempat yg sama, dan layanan yg sama diberikan oleh sang pendekar tua itu..

pada keseokan pg nya, seperti biasa..lelaki itu cuba bertanya dan merayu untuk mengetahui bunyi aneh apakah yg didengarinya malam td😯..

namun pendekar tua tetap dgn jawapannya..

Akhirnya lelaki itu tidak dapat bersabar lg lalu berkata😠:

Baiklah! baiklah! nampaknya sampai mati pon aku xkn dapat tahu bunyi aneh tu kerana aku bkn seorg pendekar..

Kalaulah satu2 nya cara utk sy mengetahui bunyi aneh itu ialah dengan menjadi seorg pendekar..macam mane caranya sy utk menjadi seorg pendekar???

Kata pendekar tua: Sekiranya benar kamu hendak menjadi seorg pendekar..kamu mestilah mengembara ke seluruh dunia,

Kamu mesti menguasai kesemua ilmu persilatan dari 20,000 dojo persilatan di seluruh dunia..

dan kamu mesti menewaskan kesemua 200,000 pendekar handalan di seluruh dunia, baru aku akan iktiraf kau sebagai seorg pendekar.

Lelaki itu bersetuju lalu dengan semangat yg berkobar2 dia pon memulakan pengembaraannya utk menjadi seorg pendekar😤..

10 tahun kemudian...

lelaki itu kembali semula ke dojo tersebut dlm keadaan tubuh bdn yg gagah perkasa dan berparut di sebelah muka nya..

dia berkata kepada sang pendekar tua itu:

aku telah menguasai ilmu dari 20,000 sekolah persilatan dan aku telah menewaskan kesemua 200,000 org pendekar handalan di seluruh dunia..

Sang pendekar tua itu menjawab: Tahniah, sekarang kamu telah menjadi seorg pendekar.

Utk mengotakan janji..Sy akan menunjukkn kamu punca bunyi aneh itu..

Pendekar tua pon membawa lelaki itu ke sebuah pintu papan di belakang dojo itu.

katanya: bunyi aneh yg kamu nk tahu ade di belakang pintu itu..

Dengan hati yg berdebar2 selepas penantian selama 13 tahun..lelaki itu pon cuba membuka pintu itu..

Tetapi pintu itu berkunci..dia berasa sgt marah lalu di tanya pd pendekar tua😠:

Kelakar sungguh! Mana kuncinya???

Pendekar tua pon memberi kunci kepadanya dan dia pon membuka pintu papan itu...apa yg didapatinya di sebalik pintu papan itu🚪...

ialah Pintu yg diperbuat dari Batu..

Lelaki itu pon meminta kunci dan pendekar tua itu pon memberinya..

selepas dibukanya pintu batu itu...dia mendapati ada pintu besi disebaliknya..

Dia pon meminta kunci dari pendekar tua itu..dan selepas membuka pintu besi..apa yg dijumpai nya ialah...pintu yg diperbuat dari kaca..

Selepas meminta kunci dia pun membuka dan memasuki pintu yg diperbuat dari kaca,

zink,

logam,

plastik,

tembaga,

emas,

keluli,

dan timah..

Disebalik pintu timah itu die mendapati ade sebuah pintu yang diperbuat dari Batu Marmar..

Akhirnya pendekar tua berkata: Inilah kunci yg terakhir utk pintu marmar yg terakhir itu..

Selepas dibukanya pintu yg terakhir itu..dia akhirnya menjumpai punca bunyi aneh yg didengarnya itu..

Lelaki itu berasa sungguh terkejut dan tersangat kagum melihat punca bunyi aneh itu😨...

. . . .

. . . .

. . . .

. . . .

. . . .

☝😐😶Tetapi dia tak boleh bagitahu anda semua apakah itu, kerana anda bukan...

seorg pendekar

😜😝👌🏻

Tuesday, January 5, 2016

Empat Amalan Mudah Mencapai Redha Allah

Berkata Syeikh Sya’rawi rahimahullah…

Pertama : Bila kamu nampak semut, maka janganlah kamu membunuhnya. Carilah dengan itu wajah Allah, semoga Allah mengasihani kamu sebagai mana kamu mengasihaninya. Kamu ingatlah bahawa ia bertasbih kepada Allah, maka jangan engkau hentikan tasbih ini dengan membunuhnya.

Kedua : Bila kamu nampak burung sedang minum air dari kolam, maka jangan lah kamu lalu di sebelahnya sehingga menakutkannya. Biarkan ia dengan perasaan yang aman. Engkau carilah dengan itu redha Allah, semoga Dia mengamankan kamu pada hari di mana, nyawa telah sampai di tenggorok.

Ketiga : Bila kamu hendak mengalihkan kucing yang sedang mengganggu di tengah jalan, elak kan dari membuatnya terkejut. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah memelihara engkau dari kematian yang mengejut.

Keempat : Bila engkau terpaksa membuang sisa atau baki makanan, jadikanlah niat engkau hendak memberi makhluk lain makan. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah mengurniakan engkau rezqi dari jalan yang tak disangka.

Bila engkau berniat menyebarkan perkataan-perkataan ini, niatkanlah dengannya kebaikan, semoga Allah melepaskan engkau dengannya kesusahan dari kesusahan dunia dan akhirat.

Oleh itu buatlah kebaikan walau sekecil mana pun kerana engkau tidak akan tahu amalan mana yang dapat memasukkan engkau ke syurga Allah SWT seluas langit dan bumi.

-Tuan Guru Dr Haron Din