Sesiapa yang teringin mengikuti training ESQ 165 lebih lanjut dari saya. Training ini boleh diikuti oleh kelas Profesional, dewasa, mahasiswa, remaja dan juga kanak2..

SHAHRIEN SHAHAR
014-7194165
(PUBLIC PROGRAM EXECUTIVE)

ESQ LEADERSHIP CENTER SDN BHD,
ACT CONSULTING & EDUCATION SDN BHD
E-602, EAST WING BLOCK, METROPOLITAN SQ,
NO. 2, JALAN PJU 8/1, DAMANSARA PERDANA,
47820 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
03 - 77251651 / 03 - 77281650
Saya juga seorang Perawat Rawatan Islam Benteng mukmin Sg.Buloh & Jurubekam Profesional
014-2399365 / 014-7194165

Saturday, March 7, 2015

6 LANGKAH BERDEPAN FITNAH



1) TIDAK GELABAH
Kadangkala fitnah datang tanpa disangka dan dijangka umpama tsunami. Namun, jangan mudah panik. Jadilah insan yang bijak membuat keputussan. Berfikirlah dengan mata hati bukannya ikut hati. Buatlah keputusan dengan berhati-hati. Fikirkan implikasi bagi setiap keputusan yang ingin diambil.

2) PANDANG JAUH KE HADAPAN
Orang yang bijak ialah orang yang berfikiran jauh agar fitnah yang datang tidak bertambah parah. Jauh pandang ke hadapan juga bererti tidak membuat keputusan terburu-buru yang hanya memberikan kelebihan jangka masa pendek, bahkan kebiasaannya mengakibatkan kesilapan.Fikirlah dengan matang dan lihatlah ke hadapan kesan dan faedah jangka masa panjang.

3) SABAR
Sabar langkah proaktif awal berhadapan dengan fitnah. Fitnah yang dilontarkan pasti menggores hati insan yang difitnah. Sekiranya difitnah, latih diri untuk tidak bertindak di luar kawalan. Tenangkan diri dan hadapinya dengan iman dan akhlak.

4) BERSANGKA BAIK
Anggaplah fitnah yang dilontarkan itu kesilapan yang dilakukan secara tidak sengaja.  Anggaplah maklumat yang betul tidak sampai kepada orang yang menyebarkan berita fitnah tentang diri kita. Bersangka baik akan menjadikan diri kita sentiasa berada pada tahap pemikiran yang positif yang akan turut menghasilkan tindakan positif. Namun sekiranya kita sudah pasti bahawa berita yang sampai itu fitnah, maka bertindaklah dengan penuh hikmah.

5) BERFIKIRAN PENGKAJI
Dunai fitnah memperlihatkan maklumat yang disebarkan tidak diketahui kesahihannya. Oleh yang demikian, setiap berita yang sampai kepada kita perlu dianalisis, diteliti dan dikaji terlebih dahulu.

Pastikan sumber dan kesahihan setiap berita yang diterima, serta tidak menyebarkan berita tersebut dengan terburu-buru kerana bimbang akan menjadi fitnah. Oleh itu Allah memerintahkan agar kita meneliti setiap berita yang sampai supaya kita tidak menghukum seseorang tanpa mengetahui keadaannya terlebih dahulu.

6) JAUHI FITNAH
Berusahalah untuk menjauhi pintu-pintu fitnah kerana itulah yang dilakukan oleh Saidina Umar Al-Khattab ketika memerintah negara. Menjauhi tidak bermaksud melarikan diri dari fitnah. Sebaliknya berusaha untuk menjauhi perkara-perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam kancah fitnah. Cubalah sedaya upaya untuk mengunci pintu-pintu fitnah walaupun sukar untuk dilaksanakan. Sekurang-kurangnya kita menutupnya walaupun tidak rapat

Sumber : Majalah Solusi

Wednesday, March 4, 2015

Ustaz Tampar Isteri?


Gambar sekadar hiasan 

Seorang ustaz muda baru beberapa bulan bertugas di sebuah sekolah. Entah bagaimana, tersebar cerita yang dia menampar isterinya di pasar minggu depan orang ramai. Dengar kata, dia marah kerana isterinya bersembang dengan lelaki lain.

Bukan setakat guru-guru, hatta dalam kalangan pelajar juga heboh dengan cerita tersebut. Tetapi ustaz itu hanya berdiam diri. Bahkan tiada seorang pun yang berani bertanya kepadanya secara langsung. Bukan sedikit guru dan pelajar yang hilang hormat kepadanya.

Sehinggalah tiba hari Jumaat, semasa perhimpunan beliau berucap:

“Pertama sekali, saya tidak pernah menampar isteri saya di pasar minggu itu.

Kedua, isteri saya tidak pergi pun ke pasar minggu itu pada minggu tersebut.

Ketiga, saya sendiri pun tidak ke pasar minggu itu pada minggu tersebut.

Terakhir, saya belumpun berkahwin.”

Pengajaran : Jika tidak pasti, bertanya pada empunya diri sebelum menyebarkannya. Kalau tidak, sia-sia sahaja mendapat dosa percuma. Heh.