Sesiapa yang teringin mengikuti training ESQ 165 lebih lanjut dari saya. Training ini boleh diikuti oleh kelas Profesional, dewasa, mahasiswa, remaja dan juga kanak2..

SHAHRIEN SHAHAR
014-7194165
(PUBLIC PROGRAM EXECUTIVE)

ESQ LEADERSHIP CENTER SDN BHD,
ACT CONSULTING & EDUCATION SDN BHD
E-602, EAST WING BLOCK, METROPOLITAN SQ,
NO. 2, JALAN PJU 8/1, DAMANSARA PERDANA,
47820 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
03 - 77251651 / 03 - 77281650
Saya juga seorang Perawat Rawatan Islam Benteng mukmin Sg.Buloh & Jurubekam Profesional
014-2399365 / 014-7194165

Friday, February 20, 2015

Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Mac-April 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 31 Januari 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 28 Februari 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 



  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Mac-April dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mac 2015.
SENARAI PESERTA
Kredit untuk Kak Mialiana
                                                    

SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH


Wednesday, February 18, 2015

UJIAN



UJIAN

Ramai orang yang berubah apabila terhantuk dengan parah. Apabila Allah menguji dengan ujian yang kecil, kita tidak hiraukan dan enggan berubah. Kemudian Allah akan timpakan dengan ujian yang lebih berat. Justeru, mari kita sentiasa hisab diri dan segera berubah sebelum Allah turunkan musibah yang berat.

KEBAIKAN

Jika Allah ingin memberi sesuatu kebaikan kepada kita, maka Dia timpakan musibah kepada kita. Jika kita insaf dan perbaiki diri pasti kebaikan demi kebaikan kita terima selepas ini. Bersyukurlah dengan ujian sebab itu tanda kasih Allah untuk kita. Allah tidak pernah membiarkan hambaNya bersendirian malinkan ada kebaikan untuk semuanya.

KESABARAN

Ingatkan diri untuk sentiasa bersabar dengan setiap ujian. Kekuatan tidak akan terlihat selagi belum menghadapi realiti. Mungkin kita merasakan tidak mampu menghadapi, hakikatnya dengan kekuatan yang Allah pinjamkan dan senjata doa yang menjadi perisai diri, semuanya akan dipermudahkan.

Insya Allah.

(Sumber : Majalah Solusi)

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada sharing ini.

Tuesday, February 17, 2015

Amalan Ketika Makan Untuk Kurus 10KG Dalam Masa 2 Minggu

1. Kalau nk kurus.. bila makan nasik , makan dgn ayam sebab ayam akan makan nasik tu dalam perut

2. Jgn makan sayuq dan buah yg ada bijik sbb dia akan tumbuh dlm perut

3. Ikan bandaran baik untuk menghilangkan perut buncit.. telan ikan hidup2 dan ikan bandaran akan makan lemak2 dlm perut

4. Jgn makan ikan diikuti air yg byk.. dikhuatiri ikan akan berenang didlm perut

5. Hati lembu dan semua hati binatang yg halal baik utk mengubati sakit hati


LOLZ! jgn marah! kwn dlm blog yg share.hahahaha

Soalan Iman Mencabar Minda


Ada yang bertanya soalan,

"Kalau Allah Maha Pencipta, mampukah Allah mencipta satu batu yang Dia sendiri tidak mampu untuk mengangkatnya?"

Dr Zakir Naik pernah ditanya soalan-soalan mencabar minda sebegini. Beliau bertanya semula si penanya, "John, seorang lelaki. Dia melahirkan seorang anak. Anaknya lelaki atau perempuan?"

"Err, lelaki!" jawab si penanya ragu-ragu.

"Hei, ini John yang melahirkan! Dia lelaki. Jadi anaknya lelaki atau perempuan?"

"Err, perempuan," jawab si penanya, masih keliru.

Hadirin ketawa.

"John seorang lelaki, dia tidak melahirkan anak. Soalan pun tidak logik. Mana ada jawapan betul."

Thursday, February 12, 2015

Trip Ke Kelantan - Prolog



Sebahagian kecil daripada barang-barang sumbangan yang kami akan serahkan kepada mangsa banjir di Kelantan esok. ESOK? Ya, esok kami akan bertolak ke sana. Dengan lori, Hilux, Ford Ranger (Aida panggil Power Rangers, hehehehe) dan beberapa buah kereta. Kami akan bermalam dan berhari di sana. Ecewah.... 

Mohon doakan perjalanan kami. Ia tidak mudah, namun ia juga tidak susah. Semuanya tergantung pada kita. Pilihan di tangan kita. 

Dari Abu Hurairah r.a  Nabi SAW bersabda :
“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya.” – Imam Muslim

Moga selamat semuanya... 


Monday, February 9, 2015

Soal Jawab Antara Seorang Pemuda dan Atheis - MESTI BACA!



Soalan Pertama
Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”

Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”

Soalan Kedua
Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”

Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”

Soalan Ketiga
Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”

Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai mengira?”

Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai mengira.”

Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”
Atheis: “Nombor 3″
Pemuda: “Nombor sebelum 3?”
Atheis: “Nombor 2″
Pemuda: “Nombor sebelum 2?”
Atheis: “Nombor 1″
Pemuda: “Nombor sebelum 1?”
Atheis: “Tiada”

Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”

Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Soalan Keempat
Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”

Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima
Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”

Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.

Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”

Atheis menjawab: “Tentu sekali.”

Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”

Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang,bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali
tertimpa ke atas mereka.

Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”

Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam
Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”

Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”

Soalan Ketujuh
Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”

Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya. Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan.

Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”

Soalan Kelapan
Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”

Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.

Soalan Kesembilan
Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”

Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat.

Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.
Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”

Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.

Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita.

Al-Fatihah buat al-Imam al
-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a (Imam Hanafi) serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah
wafat.
SEBARKAN UNTUK MANFAAT UMAT.

ini hujah imam hanafi dgn addahri..ada dlm kitab darus samin.

Friday, February 6, 2015

Hairan bukan?

Hairan bukan? 

RM10 untuk didermakan terlalu banyak, namun RM100 untuk baju baharu seakan tidak luak. 

Hairan bukan? 

Dua minit untuk solat Duha terasa mengambil masa, namun 20 minit bersenam seakan tidak cukup masa. 

Hairan bukan? 

Dua muka surat al-Quran lamanya terasa untuk habis, namun 200 muka surat novel tidak puas-puas.

Hairan bukan? 

20 minit mendengar tazkirah sudah memadai, namun tiga jam menonton filem belum cukup lagi. 

Hairan bukan? 

Sehari dalam seminggu membaca al-Quran pun jarang-jarang, setiap hari menonton drama jarang berselang. 

Hairan bukan? 

Lima minit berada dalam masjid terasa sudah lama, 50 minit di kafe tidak terasa. 

Hairan bukan? 

Menunggu solat sekejap berasa lama, menunggu pancing disambar ikan berjam-jam [un masih teruja. 

Hairan bukan? 

Kita sudah tahu bahawa kita perlu berubah tapi tidak boleh ubah-ubah juga.

Hairan bukan? 

Apa yang hendak dihairankan? Begitulah keadaannya jika diri semakin dikotori dosa! Sedikit demi sedikit dosa menghilangkan rasa lazat untuk beramal. 

Seorang pendeta Bani Israel berkata : 
“Wahai Tuhan, berapa banyak aku bermaksiat terhadap-Mu namun Kau tidak menghukum aku?”

Lalu dijawab : 
“Berapa banyak Aku menghukum kamu sedangkan engkau tidak sedar! Bukankah Aku telah haramkan rasa manis dalam bermunajat kepada-Ku?”
(Hilyah al-Awliya’)

SINDROM DOSA 

1) Berasa jauh daripada ilmu; sudah lama tidak menghadiri pengajian atau membaca buku agama. 

2) “Liar” dan menjauh dari sumber kebaikan; berat hendak pergi masjid, segan hendak mendekati orang baik-baik dan sebagainya.

3) Lemah jiwa; makin menjadi-jadi perasaan takut, bimbang, resah dan seumpamanya.

4) “Pendek umur”; hidup ini rasa tidak bahagia. Dirasakan banyak perkara yang negatif daripada positif. 

5) Hina diri. Orang kerap melayan kita secara lemah. 


“Allah buatkan kami mencintai iman dan hiaskannya dalam hati-hati kami. Buatkan kami membenci kekufuran, kefasikan dan maksiat. Jadikanlah kami dalam golongan al-rasyidin.” 
(Riwayat Ahmad dan al-Nasa’i)

Jom kita sama-sama bantu mangsa banjir di Kelantan. Klik entri di bawah untuk maklumat lanjut.

RM1 Buat Mereka

Sunday, February 1, 2015

RM1 Buat Mereka



Salah sebuah rumah yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini. Saya sedang menganggarkan paras air ketika air melimpah ke kawasan ini. Paras air dikatakan mencecah ketinggian pokok kelapa.


Kami nak mintak RM1 setiap seorang yang baca entry ini boleh? Sebab kami nak cukupkan RM15,000.00 utk beli toto, bantal, selimut dan keperluan lain utk ke Kemubu, Gua Musang dan Dabong, Kelantan pada 13-15 Februari 2015. Boleh bank in kat bendahari kami  menerusi akaunMaybank 162107168846 Siti Norsahidah Binti Mohd Syah. Ini adalah projek banjir kami kali ke 4 untuk membantu mereka yang terjejas di sana. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian tertera

Raja Along 
014-23699365

FB Page Klinik M165 Persatuan Rawatan Islam Bathamim Sungai Buloh

FB saya Raja Along

Terima kasih.. Mohon ada yang sebarkan utk sebarkan cara meraih Pahala sebanyak mungkin

#bantuanmangsabanjir 
#totobantalselimut 
#totobantaltotobantal 
#klinikm165 
#jambatangoyanggoyang