Sesiapa yang teringin mengikuti training ESQ 165 lebih lanjut dari saya. Training ini boleh diikuti oleh kelas Profesional, dewasa, mahasiswa, remaja dan juga kanak2..

SHAHRIEN SHAHAR
014-7194165
(PUBLIC PROGRAM EXECUTIVE)

ESQ LEADERSHIP CENTER SDN BHD,
ACT CONSULTING & EDUCATION SDN BHD
E-602, EAST WING BLOCK, METROPOLITAN SQ,
NO. 2, JALAN PJU 8/1, DAMANSARA PERDANA,
47820 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
03 - 77251651 / 03 - 77281650
Saya juga seorang Perawat Rawatan Islam Benteng mukmin Sg.Buloh & Jurubekam Profesional
014-2399365 / 014-7194165

Friday, February 6, 2015

Hairan bukan?

Hairan bukan? 

RM10 untuk didermakan terlalu banyak, namun RM100 untuk baju baharu seakan tidak luak. 

Hairan bukan? 

Dua minit untuk solat Duha terasa mengambil masa, namun 20 minit bersenam seakan tidak cukup masa. 

Hairan bukan? 

Dua muka surat al-Quran lamanya terasa untuk habis, namun 200 muka surat novel tidak puas-puas.

Hairan bukan? 

20 minit mendengar tazkirah sudah memadai, namun tiga jam menonton filem belum cukup lagi. 

Hairan bukan? 

Sehari dalam seminggu membaca al-Quran pun jarang-jarang, setiap hari menonton drama jarang berselang. 

Hairan bukan? 

Lima minit berada dalam masjid terasa sudah lama, 50 minit di kafe tidak terasa. 

Hairan bukan? 

Menunggu solat sekejap berasa lama, menunggu pancing disambar ikan berjam-jam [un masih teruja. 

Hairan bukan? 

Kita sudah tahu bahawa kita perlu berubah tapi tidak boleh ubah-ubah juga.

Hairan bukan? 

Apa yang hendak dihairankan? Begitulah keadaannya jika diri semakin dikotori dosa! Sedikit demi sedikit dosa menghilangkan rasa lazat untuk beramal. 

Seorang pendeta Bani Israel berkata : 
“Wahai Tuhan, berapa banyak aku bermaksiat terhadap-Mu namun Kau tidak menghukum aku?”

Lalu dijawab : 
“Berapa banyak Aku menghukum kamu sedangkan engkau tidak sedar! Bukankah Aku telah haramkan rasa manis dalam bermunajat kepada-Ku?”
(Hilyah al-Awliya’)

SINDROM DOSA 

1) Berasa jauh daripada ilmu; sudah lama tidak menghadiri pengajian atau membaca buku agama. 

2) “Liar” dan menjauh dari sumber kebaikan; berat hendak pergi masjid, segan hendak mendekati orang baik-baik dan sebagainya.

3) Lemah jiwa; makin menjadi-jadi perasaan takut, bimbang, resah dan seumpamanya.

4) “Pendek umur”; hidup ini rasa tidak bahagia. Dirasakan banyak perkara yang negatif daripada positif. 

5) Hina diri. Orang kerap melayan kita secara lemah. 


“Allah buatkan kami mencintai iman dan hiaskannya dalam hati-hati kami. Buatkan kami membenci kekufuran, kefasikan dan maksiat. Jadikanlah kami dalam golongan al-rasyidin.” 
(Riwayat Ahmad dan al-Nasa’i)

Jom kita sama-sama bantu mangsa banjir di Kelantan. Klik entri di bawah untuk maklumat lanjut.

RM1 Buat Mereka

No comments: