Sesiapa yang teringin mengikuti training ESQ 165 lebih lanjut dari saya. Training ini boleh diikuti oleh kelas Profesional, dewasa, mahasiswa, remaja dan juga kanak2..

SHAHRIEN SHAHAR
014-7194165
(PUBLIC PROGRAM EXECUTIVE)

ESQ LEADERSHIP CENTER SDN BHD,
ACT CONSULTING & EDUCATION SDN BHD
E-602, EAST WING BLOCK, METROPOLITAN SQ,
NO. 2, JALAN PJU 8/1, DAMANSARA PERDANA,
47820 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
03 - 77251651 / 03 - 77281650
Saya juga seorang Perawat Rawatan Islam Benteng mukmin Sg.Buloh & Jurubekam Profesional
014-2399365 / 014-7194165

Wednesday, May 15, 2013

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah saw. masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah saw. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah saw..

Fatimah menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri Rasulullah lalu Baginda menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai dirinya sebagaimana Baginda mencintai kita?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Semoga kita hargai segala pengorbanan Rasulullah SAW.


 Selawat serta salam pd mu Ya Rasulullah..insan agung kekasih Allah..:(

Sangat Sedih Melihat Video ini :(

Monday, May 13, 2013

Stiker Kalimah Syahadah LED & Stiker Fisabilillah LED



Assalamualaikum.saya ade menjual Stiker Kalimah syahadah LED & Stiker Fisabillah LED.. stiker kalimah akan bercahaya jika lampu depan kereta dibuka walaupun lampu hujan dan ia akan berkelip mcm lampu raya bila di brek. Kalau Stiker Fisabillah ia akan bercahaya bila tekan brek Alhamdulillah.. Sudah ramai yg pakai di Kereta masing2.. Semoga Cahaya Kalimah syahadah & Tauhid ni bersinar dimana2 dan juga Iman dihati . Harga Rm50 sms saya 014 2399365 . Penghantaran melalui pos atau C.O.D di (Sg Buloh)

Tuesday, April 23, 2013

ESQ WARISAN UMMAH 05 : PENDAFTARAN KINI DIBUKA!

Assalamualaikum.



Kejayaan sesebuah organisasi/syarikat bergantung kepada kejayaan seseorang mengurus diri dan kehidupannya. Gagal meletakkan visi dan misi hidup yang jelas akan membawa kepada kegagalan dan kekecewaan.

Dengan Latihan ESQ Warisan Ummah Ikhlas, peserta akan dibawa untuk menggapai makna hidup dengan menggabungkan 3 kecerdasan, 3 motivasi untuk mendapatkan 3 kebahagiaan. Latihan ini akan mengubah paradigma peserta tentang makna sebuah kebahagiaan dan makna sebuah pekerjaan.

DAFTAR SEKARANG!


ESQ WARISAN UMMAH 05
17 - 19 MEI 2013
SHAH ALAM CONVENTION CENTRE (SACC)
RM 1380 seorang.
(ALumni Boleh Datang Recharge Percuma)

Hubungi
014.2399365 SHAHRIEN| 019.2241715 NOR | 013.955.2106 ZURAIDAH

Friday, March 29, 2013

Pada Suatu Hari Yang Indah.....




Daripada Saiyidina ‘Umar Radhiallahu ‘anhu beliau berkata: Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi Sallallahu’alaihiwasallam, lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata:

Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang Islam.

Lalu Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Islam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Ilah melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.

Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau.

Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.

Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang Iman.

Baginda bersabda: (Iman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para Malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, Hari Kiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.

Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.

Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan.

Baginda bersabda: Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Kiamat.

Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Kiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.

Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.
Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar.

Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar!
Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?

Aku berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.

Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

(Hadis riwayat al-Imam Muslim, al-Tirmizi, al-Nasa’i, Abu Dawud Ibn Majah dan Ahmad, musnad ).

Keterangan hadith:

1. Kedudukan hadis ini adalah ibu bagi hadis-hadis yang lain. Ia mengandungi penjelasan din secara keseluruhannya.
2. Islam, terangkum di dalamnya ibadah badani, lisani dan maali.
3. Iman mengandungi asas-asasnya, manakala amal adalah sebahagian dari iman.
4. Ihsan adalah satu tingkatan hubungan yang tinggi dengan Allah.
5. Hadith ini membezakan antara sifat Allah dengan sifat makluk. Contohnya Ilmu Allah tidak akan dapat dijangkau oleh makhluk.
6. Hadith ini menjelaskan tanda-tanda kedatangan Hari Kiamat.
7. Malaikat Jilbril (Ruh Al-Amiin) adalah utusan Allah yang ditugaskan untuk mengajar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.

Pengajaran-pengajaran:

1. Din lslam adalah din yang datang dari Allah. Ia adalah agama samawi dan bersifat Rabbani, iaitu bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat Jibril. Ia bukanlah agama ciptaan akal manusia yang cetek. Kerana itu ia amat sesuai untuk dianuti oleh seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman.
2. Hadis ini menerangkan tiga tunggak utama bagi din, iaitu rukun Islam, rukun iman dan ihsan.
3. Rukun atau prinsip asas Islam lima perkara iaitu:
a. Mengucap dua kalimah syahadah
b. Mendirikan solat lima waktu
c. Membayar zakat
d. Berpuasa di bulan Ramadhan
e. Mengerjakan haji di Baitullahilharam.
4. Rukun atau prinsip asas iman enam perkara iaitu:
a. Percaya atau beriman kepada Allah
b. Percaya atau beriman kepada para malaikat
c. Percaya atau beriman kepada kitab-kitab
d. Percaya atau beriman kepada para rasul
e. Percaya atau beriman kepada hari Kiamat
f. Percaya atau beriman dengan qadar baik dan buruk datang dari Allah.
5. Ihsan adalah hubungan yang paling akrab dengan Allah sehingga apabila seseorang hamba itu beribadah maka dilakukan dengan ikhlas, mengikut syarak dan bersungguh-sungguh seolah-olah dia melihat Allah.
6. Kesempurnaan seorang mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun Islam dan tuntutannya, menyempurnakan semua rukun iman dan tuntutannya dan bersifat ihsan.
7. Islam seseorang tidak akan sempurna jika hanya diambil dari segi zahir sahaja atau dari segi batin sahaja. Kesempurnaan Islam hanya akan terserlah apabila ia diamalkan keseluruhannya.
8. Ilmu dalam lslam mestilah dipelajari melalui guru atau murabbi dan berdasarkan sumber-sumber yang benar iaitu Al-Qur’an, As-Sunnah dan penulisan ulama muktabar. Ilmu din tidak boleh dipelajari melalui sumber-sumber yang lain seperti mimpi dan sebagainya.
9. Seorang murid mestilah mempunyai adab-adab yang tinggi sebagaimana beradabnya Jibril ketika datang mengadap Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam untuk bertanya beberapa soalan din. Demikian juga seorang guru mestilah mempunyai adab yang tinggi. Dia sewajibnya hanya mengajar atau menjawab soalan yang diketahui dan meninggalkan apa yang dia tidak tahu. Itu adalah tanda warak para ulama dan orang berilmu.
10. Hari kiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun iman. Tiada seorang manusia pun yang tahu bila ia akan berlaku, walaupun Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Ia adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang tidak diketahui kecuali oleh Allah Subhanahuwata’ala. Sesiapa yang mengaku mengetahui bilakah berlakunya kiamat atau mengetahui ilmu ghaib, maka dia adalah seorang pendusta.
11. Walaupun tarikh kiamat tidak diketahui, namun ada beberapa tanda yang menunjukkan ia hampir tiba, antaranya ialah terjadi peristiwa seorang ibu melahirkan tuannya atau bosnya sendiri atau ibu menjadi hamba kepada anaknya. Di akhir zaman juga berlaku peristiwa si miskin yang papa merempat bertukar menjadi hartawan yang kaya raya.

(Dari Hadith Arbain, Imam Nawawi)

Wednesday, March 27, 2013

12 barisan umat Nabi Muhammad SAW di Padang Mahsyar


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Subhanallah Walhamdulilah Wala Ilaha Ilallah Wallahu Akbar
Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad Wa'ala Alihi Saidina Muhammad

Sharing s caring... untuk renungan bersama

12 barisan umat Nabi Muhammad SAW di Padang Mahsyar

Barisan pertama
Manusia tanpa tangan dan kaki
*Mereka yang di dunia suka menyakiti jirannya

Barisan kedua
Manusia berwajah khinzir hitam
*Mereka yang di dunia melalaikan solat @ bersolat tapi masih melakukan kemungkaran

Barisan ketiga
Manusia seperti baghal dengan perut seperti gunung penuh dengan ular dan kala jengking
*Mereka yang di dunia yang enggan mengeluarkan zakat

Barisan keempat
Manusia yang mengalir darah dari mulutnya
*Mereka yang di dunia yang menipu dalam berjual beli

Barisan kelima
Seperti angin yang bertiup berbau sangat busuk
*Mereka yang di dunia menyembunyikan kederhakaan @ maksiat kerana manusia & mereka tidak takut kepada Allah

Barisan keenam
Manusia yang tenggorok dan tengkuknya putus
*Mereka di dunia menjadi saksi palsu, mengadakan cerita yang tidak berlaku menyebabkan orang teraniaya

Barisan ketujuh
Manusia tanpa lidah dan keluar darah dari mulutnya
*Mereka yang di dunia enggan memberikan kesaksian @ menyembunyikan sesuatu kemungkaran menyebabkan hukuman tidak dapat dijalankan

Barisan kelapan
Manusia berjalan terbalik (kaki ke kepala)
*Mereka yang di dunia yang melacurkan diri @ berzina tanpa bertaubat

Barisan kesembilan
Manusia berwajah hitam @ mata biru serta perutnya berapi
*Mereka yang memakan harta anak yatim di dunia

Barisan kesepuluh
Manusia yang tubuhnya dipenuhi dengan penyakit sopak dan kusta
*Mereka yang menderhaka kepada ibu bapanya di dunia

Barisan kesebelas
Manusia yang buta matanya, giginya seperti tanduk, bibir melebar hingga ke dada, lidah terjulur sampai ke perut dan keluar kotoran yang sangat jijik
*Mereka yang meminum arak di dunia

Barisan kedua belas
Manusia yang berwajah berseri dan bercahaya
*Merekalah golongan beriman dan beramal soleh



soalannya (untuk diri sendiri dan yang membacanya)

KITA INI DI BARISAN YANG MANA???

Sunday, March 17, 2013

ESQ WARISAN UMMAH IKHLAS ANGKATAN 04 12-14 APRIL 2013 - PENDAFTARAN KINI DIBUKA!


Assalamualaikum Wr Wbt

YBhg Dato' / Datin / Tuan / Puan / Cik


" Sungguh beruntung mereka yang amalnya IKHLAS kerana Allah, sehingga dia selamat dari tujuan selain Allah dan terjauh dari matlamat duniawi."

Bersama kita menggerakkan sebuah sinergi dan ekologi yang dapat melahirkan diri kita serta pewaris yang mukhlisin, ummah yang IKHLAS melalui:

WARISAN UMMAH IKHLAS ESQ TRAINING
12-14 April 2013 (Jumaat-Ahad)
Flamingo By The Lake, Ampang
(18 tahun ke atas)

Harga : RM1380/seorang


Untuk pendaftaran dan pertanyaan, hubungi HOTLINE kami di talian:

019 - 3022241 (Siti)
019 - 3911859 (Azrul)
013 - 9552106 (Zuraidah)
019 - 2241715 (Nor)


Untuk yang berada di luar Kuala Lumpur, boleh terus menghubungi perwakilan bertauliah ESQ Leadership Center bagi wilayah-wilayah berikut :

NEGERI JOHOR
ZMP MANAGEMENT & TRAINING CENTRE
Pn. Roziah Kamal
Tel: 07-2351650

PANTAI TIMUR
AL ANSAR CONSULTANCY SDN BHD
Mohd Bakhtiar Abu Bakar
Tel : 09-7185165     H/P : 019-9346911
Email : mbakhtiar@gmail.com

NEGERI PAHANG
AMEENA INSIGHT RESOURCES
Yanie Sapawie
Tel : 016-2171687

WILAYAH UTARA
Mohamad Faridz Bin Karim
Tel : 012-4939393

NEGERI SABAH
IHSAN MANAGEMENT & TRAINING CENTRE
Aisha Dominic
Tel : 088-734220
Email : aishadominic@ymail.com

NEGERI SARAWAK
Sumirati Sudarjo
Tel : 082-312212   H/P : 014-5792912

SINGAPURA
ZMP LEADERSHIP CENTER PTE LTD
Jamaliah Mohamad Zain
Tel : +65 64405106      H/P : +65 98530174


Bayaran boleh dibuat ke akaun Maybank WARISAN UMMAH IKHLAS SDN BHD, No. Akaun 5642 7650 9508 dan bukti pembayaran hendaklah di faks ke 03-77241650 / 03-51015685 atau emailkan kepada berbudibahasa165@gmail.com

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

 ” Berbahagialah orang-orang yang ikhlas. Mereka adalah pelita di dalam gelap dan kerana merekalah terpadamnya fitnah-fitnah yang besar. ”

"Jadilah kamu dikalangan manusia yang seperti pokok, walaupun dibaling dengan batu, tetapi kamu membalas dengan buah."
- As Syahid Imam Hassan Al Banna
 (Hadis Riwayat Imam Al Baihaqi)

*sebarang promosi akan diberitahu kemudian*

Tuesday, March 5, 2013

ESQ Warisan Ummah Ikhlas - Future Leaders



Assalamualaikum...

Berilah pendidikan yang baik kepada anak-anak. Insya Allah, Warisan Ummah Ikhlas akan mengadakan Training untuk bakal pemimpin masa depan negara. 

WARISAN UMMAH FUTURE LEADERS 01

TARIKH : 9-10 MAC 2013
TEMPAT : AUDITORIUM KARANGKRAF, SEKSYEN 15 SHAH ALAM
HARGA : RM 550 SEORANG

Ada tawaran istimewa.... Jika anda mendaftar 3 orang, 1 temapt percuma diberikan.

DAFTAR 3, PERCUMA 1

Jangan lepaskan peluang. Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, hubungi HOTLINE kami di talian :

019 - 3022241 (Siti)
019 - 3911859 (Azrul)
013 - 9552106 (Zuraidah)
016 - 5165165 / 019 - 2241715 (Nor)
019 - 3911313 (Ahmad Yani)

Atau boleh PM saya untuk maklumat lanjut di Facebook Raja Along

Wednesday, February 6, 2013

Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...




1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

Kalau jumpa dan yakin dia belum hak wanita lain, lamar lelaki jenis ini!hehe.. :)

Monday, February 4, 2013

KITA IBARAT PINGGAN


silakan Share selepas baca..

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita..


Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan..




Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh..



Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai..



Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..

************************

**Saya, anda dan kita semua pernah melakukan dosa. Jalan terbaik melepaskan belenggu dosa dari tekuk sendiri adalah dengan bertaubat. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Pengampun

Wednesday, January 30, 2013

SERBAN RASULULLAH




Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam selesa dengan sentiasa memakai penutup kepala. Kebiasaannya Baginda mengenakan apa yang dipanggil ‘Qalansuah’ (kopiah) sama ada dengan ‘Imamah’ (serban) atau tanpa serban. Pada waktu-waktu tertentu Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam turut memakai ‘Qithri’ (mafla / selandang) di kepala terutama pada cuaca panas dan berdebu. Baginda juga ada
memakai topi besi sewaktu peperangan.

Terdapat banyak hadis menceritakan mengenai serban Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam serta ciri-cirinya. Antaranya:

Bentuk Serban

Bentuk kopiah atau serban yang dipakai oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah melonjong dan runcing ke atas. Kain ‘Imamah’ (serban) yang dililitkan pula separuh daripada ketinggian kopiah dan berekor di belakang separas belikat. Topi besi Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam juga turut berbentuk sebegini.

As-Sahab

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mempunyai serban yang dikenali sebagai ‘as-sahab’ (awan) yang diberikan kepada Sayyidina Ali r.a. Kadang-kadang Ali r.a. datang dengan memakai ‘as-sahab’. Lalu Nabi SAW bersabda, “Datang Ali kepadamu dengan memakai as-sahab.”

Serban Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di Muzium Topkapi Turki. Kerajaan Uthmaniyyah banyak mewarisi khazanah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Serban Hitam

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kerap dilihat mengenakan serban berwarna hitam.

“Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam memasuki kota Makkah pada waktu Fathu Makkah (pembebasan kota Makkah), Baginda memakai serban hitam.” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Abdurrahman bin Mahdi, dari Hammad bin Salamah. Hadis ini pun diriwayatkan pula oleh Mahmud bin Ghailan, dari Waki, dari Hammad bin Salamah, dari Abi Zubair yang bersumber dari Jabir r.a.)

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga suka berserban hitam ketika berpidato, bagi menunjukkan rasa rendah diri Baginda. “Sesungguhnya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam berpidato di hadapan umat, Baginda memakai serban hitam.” (Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan dan diriwayatkan pula oleh Yusuf bin Isa, keduanya menerima dari Waki’, dari Musawir al Waraq, dari Ja’far bin Amr bin Huraits yang bersumber dari bapanya.)

“Saya pernah melihat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di atas mimbar, dan dikepalanya terdapat serban hitam yang Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam julurkan kedua hujungnya di antara kedua bahu Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.” (Hadis diriwayatkan oleh Muslim r.a, Abu Daud r.a dan an-Nasaei r.a.)

Amr bin Huraits berkata: “Aku melihat serban hitam di atas kepala Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.” (HR. Tarmidzi r.a.)

Minyak Rambut

Baginda juga pernah menggunakan minyak rambut sebelum mengenakan serban. Ibnu Abbas r.a. menyatakan: “Sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berpidato di hadapan ummat. Waktu itu Baginda mengenakan serban, dan serbannya ada kesan minyak rambut.” (HR. At-Tarmidzi dan Ibnu ‘Abbas)

Kedudukan Ekor Serban

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memakai serban dengan memulakan sebelah kanan dan membukanya dengan memulakan sebelah kirinya. Sewaktu berserban, biasanya Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam melepaskan hujung serban ke belakang iaitu di antara dua belikat Baginda.

Dalam sebuah riwayat yang bersumber dari Ibnu ‘Umar ra. dikemukakan : “Apabila Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam memakai serban, maka dilepaskannya ujung serbannya di antara kedua belikat Baginda.” Kemudian Nafi’ berkata: “Ibnu ‘Umar juga berbuat begitu.” ‘Ubaidullah berkata: “Kulihat al-Qasim bin Muhammad dan Salim, keduanya juga berbuat demikian.” (HR. Tarmidzi. Diriwayatkan oleh Harun bin Ishaq al Hamdzani, dari Yahya bin Muhammad al-Madini, dari Abdul Aziz bin Muhammad, dari Ubaidullah bin Umar, dari Nafi’, yang bersumber dari Ibnu ‘Umar.)

Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam juga ada melepaskan ekor serban kanan dan adakalanya ke kiri yang menjadi ikutan dan amalan alim ulama.

Topi Besi Rasulullah SAW

“Sewaktu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memasuki Kota Makkah (dihari Pembebasan), Baginda memakai topi besi. Kemudian ditunjukkan seorang yang sangat zalim kepada Baginda: “Itu Ibnu Khathal bersembunyi di dinding Kaabah (disebabkan takut).” Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Bunuhlah dia!” (Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, dari Malik bin Anas, dari Ibnu Syihab, yang bersumber dari Anas bin Malik r.a.)

Tuesday, January 29, 2013

Tazkirah Zuhur ♥


Tazkirah Selepas Solat Zohor ♥

Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:

Dunia

1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Sakaratul Maut

1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. (su’ul khatimah)
4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Alam Barzakh

1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)

Hari Qiamat

1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling solehah dlm kalangan kamu, krn aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dpt menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akn ada pendakwah. Maka akn jadi sikitlah orang yg memberi peringatan"
Jom SHARE :)


Tuesday, January 22, 2013

Sekilas Mengenai Kekasih Allah : Rasulullah SAW


MAULIDUR RASUL ==> 12 RABIULAWAL 1434 / 24 JANUARI 2013

KENALI RASULULLAH S.A.W.. ♥

“MAULID AL-RASUL SAW”
Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ‘ St.. Valentino‘ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, saya berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
· Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
· Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
· Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam’ah
§ ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN

SAUDARA SUSUAN
1.. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
3.. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
4. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-’Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
8. Abdul Ka’bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. ‘Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Tuesday, January 8, 2013

PETAI



Petai..walaupun baunya yang agak kurang menyenangkan. tapi disitulah lahir banyak faedah kepada kesihatan kita. ada pendapat mengatakan bahawa "dari kekurangan..lahirnya kelebihan". mungkin pepatah ini boleh menunjukkan kepada khasiat petai ini. walaupun kekuranganya adalah kerana baunya yang begitu kuat dan ramai yang tidak mengemarinya..


Biji, Daun dan Akar petai semuanya boleh dijadikan ubat..
Biji Petai
Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun
Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)
Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.


Tapi..tahukan korang antara khasiat petai yan dibuktikan melalui pelbagai kajian adalah seperti :


Strok
Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.

Merokok
Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin.

Anemia
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.

Sembelit
Petai memiliki kandungan serat yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.

Kegemukan
Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi masalah kegemukan.

Depresi
Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.

Tekanan Darah
Kandungan potasium yang tinggi tetapi kandungan garamnya pula rendah! Ya.. Itulah Petai yang dikatakan Raja Segala Ulam. Oleh itu Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) telah menyenaraikan Petai sebagai salah satu tumbuhan yang patut diamalkan untuk mengurangkan risiko tekanan darah.

Tenaga Minda
Kajian yang dilakukan di Sekolah Twikenham Middlesex dengan seramai 200 orang pelajar hanya diberi makan petai untuk sarapan, makan tengahari dan masa rehat telah membuktikan petai yang mempunyai kandungan potasium yang tinggi boleh membantu pelajaran dengan membuatkan pelajar lebih segar dan menguatkan tenaga minda seseorang pelajar.

Petai juga mempunyai empat kali ganda lebih banyak protein, dua kali ganda lebih banyak karbohidrat, lima kali ganda lebih bnyak Vitamin A dan dua kali vitamin-vitamin yang lain jika dibandingkan dengan buah epal.

Petai juga mempunyai empat kali ganda lebih banyak protein, dua kali ganda lebih banyak karbohidrat, lima kali ganda lebih bnyak Vitamin A dan dua kali vitamin-vitamin yang lain jika dibandingkan dengan buah epal.

Haha..walaupun petai agak berbau BUSUK. ditambahkan pula boleh dijadikan PEWANGI tandas yang terbaik. tapi kalau nak dibandingkan dengan kelebihan dan khasiat petai. lagi berbaloi anda memakan yer. admin sendiri pun makan. boleh dijadikan penambah selera makan. bau tu sekejap jer. pandai2 lah korang cover...hehe (^_^)

Kenapa tiba-tiba keluar cerita pasal petai ni??



Ni sebabnya.... hantaran petai!!!! Hahahaaa