Sesiapa yang teringin mengikuti training ESQ 165 lebih lanjut dari saya. Training ini boleh diikuti oleh kelas Profesional, dewasa, mahasiswa, remaja dan juga kanak2..

SHAHRIEN SHAHAR
014-7194165
(PUBLIC PROGRAM EXECUTIVE)

ESQ LEADERSHIP CENTER SDN BHD,
ACT CONSULTING & EDUCATION SDN BHD
E-602, EAST WING BLOCK, METROPOLITAN SQ,
NO. 2, JALAN PJU 8/1, DAMANSARA PERDANA,
47820 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
03 - 77251651 / 03 - 77281650
Saya juga seorang Perawat Rawatan Islam Benteng mukmin Sg.Buloh & Jurubekam Profesional
014-2399365 / 014-7194165

Sunday, December 13, 2015

Kisah Telekung Busuk



KESAH TELEKUNG BUSUK

Saya malu nak buka cerita ini. Namun, saya rasa penting juga jika sahabat semua tahu kesah yang menyedihkan ini.

Begini. Satu hari saya pergi party harijadi seorang kawan universiti. Itu adalah kali pertama saya ke rumah beliau. Masuk sahaja ke pagar rumah, di kiri kami ada laman hijau kecil dengan rumput karpet, kolam ikan, dan pasu-pasu bunga yang cantik. Mata ini terpegun. Owhhh sahabat ku sudah berjaya, beliau mampu hidup mewah sebegini. Alhamdulillah.

Melangkah masuk ke dalam rumah, ruang tamunya besar sekali (saya ketika itu masih tinggal rumah flat kecil 850 kaki persegi). Dalam hati, "Ya Allah. Ruang tamu ini sudah sebesar rumah flat kami." Ketika itu agak sedih juga kerana saya masih struggle dengan kerjaya. Masih duduk flat. :'(

Party Harijadi itu amat meriah sekali. Mewah dengan makanan, kek, kuih muih dan hadiah goodies bag. Anak-anak saya teruja. Ini adalah kali pertama kami merasai suasana meriah penuh kemewahan.

Sebelum pulang, saya meminta izin sahabat untuk tumpang solat asar. Beliau tunjukkan ruang solat, bilik air dan kemudian beri saya sepasang telekung dan sejadah.

Keluar sahaja dari bilik air, saya terus buka lipatan sejadah dan telekung. AllahuAkbar!

Sejadahnya sudah nipis dan lusuh sekali. Rambu ramba di hujung sejadah banyak yang dah terburai.

AIR MATA saya hampir menitik ketika saya hendak menyarung telekung. Telekungnya berkepam, sudah berbau masam. Kainnya sudah nipis sudah berwarna kekuningan. Telekung fesyen lama-lama dari kain cotton plain. BUSUK dan sungguh LUSUH sekali. Tali pengikat telekung di kepala hanya tinggal satu sahaja. Dagu telekung sudah bertahi lalat. AllahuAkbar!

Hiba sungguh hati ini. Keadaan sejadah dan telekung tidak SETIMPAL dengan kemewahan yang ada pada sahabat saya ini.

Hati ini terdetik.

Ya Tuhan.
Ketika kau kurniakan kemewahan dunia kepada sahabat ku ini, sejadah dan pakaian solatnya masih busuk buruk lagi doif. Di manakah letaknya IBADAH SOLAT di dalam list penting sahabat ku ini? Tidak malukah menghadap Tuhan Pencipta di dalam keadaan doif sebegitu?

Inilah realiti kehidupan kita di bumi Malaysia !!!
Kita mewah dunia. Miskin akhirat.
.
.
ALHAMDULILLAH.
Walaupun ketika itu rumah saya flat. Namun kami pastikan telekung kami sentiasa dalam keadaan tip-top. Setiap orang pasti ada 2-3 pasang telekung. Ada satu masa, hari raya, kami mampu hadiahkan semua mak sedara dan cousin perempuan sepasang telekung baru.

Ketika saya menulis ini, Allah telah kurniakan kami sedikit kemewahan. Kami kini tinggal di rumah kondo. Maka, kami juga telah upgradekan telekung kami. Sekarang kami sudah mampu beli telekung yang berharga RM200-300. Alhamdulillah. Syukur.

Mungin sahabat semua boleh fikirkan sejenak...

Kita mampu membeli jubah raya RM200 sepasang, dan kita beli sampai 2-3 pasang, kasut designer RM200, jam tangan import RM300. Kita mampu beli henfon berharga RM2000. Renovate rumah puluh ribu. Namun. Namun, telekung solat kita ada yang sudah 5 tahun tidak berganti. AllahuAkbar.

Mulai sekarang, kita switch style kehidupan kita. Boleh?

Apa kata...
Jika kita mampu belli 3 jubah yang dipakai hanya sesekali sahaja sebulan. Apa salahnya kita mempunyai 3 pasang telekung untuk digunakan setiap hari. Setiap 2 minggu, tukar telekung baru. Mudah kan?

"Sesungguhnya, ketika bersolat, yang kau temu ialah RAJA bagi segala raja-raja di dunia. Cantikkanlah pakaian solat mu ketika bertemu NYA, Pemilik Khazanah dunia dan akhirat."

PS: #SHARE cerita ini untuk kita sama-sama mengingat sesama umat. Semuga ibadah solat kita semakin hari semakin baik dan bermutu. AAMMIN.

#KesahTelekungBusuk

Cerita ini di tulis oleh seorang penulis iaitu Puan June Mohd Som. Terima kasih kepada beliau, semoga cerita ini menjadi ikhtibar buat kita semua.... In sya ALLAH...

Sunday, November 22, 2015

Jangan tunggu hujung nyawa baru bertaubat



Manusia sering leka, lalai, terperangkap dalam kesilapan, dosa dan kemungkaran yang dilakukannya sendiri. Manusia selalu terjerat dalam langkahnya yang sumbang. Allah SWT memberikan peringatan kepada hamba-Nya mengenai kelemahan mereka dan menggariskan panduan terbaik untuk mengawal diri, perasaan serta tingkah laku.

Begitu juga dengan cara menyucikan jiwa, Allah SWT turut menegaskan setiap manusia akan menerima balasan daripada apa yang mereka usahakan dalam kehidupan mereka di dunia ini. Justeru, mereka perlu berhati-hati dan memastikan supaya sentiasa memilih jalan yang benar.

Sebagai manusia biasa, agak sukar bagi kita mengelak diri daripada melakukan kesilapan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Dalam erti kata lain, tiada seorang pun daripada kita yang tidak melakukan dosa.

Dosa hitamkan hati 

Perbezaannya, bagaimanakah sikap kita selepas berbuat dosa. Adakah kita segera bertaubat atau melengah-lengahkannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Katakanlah (Wahai Muhammad): Sesungguhnya maut yang kamu melarikan daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang telah kamu lakukan (serta akan membalasnya)." (Surah al-Jumu'ah, ayat 8)

Kotoran yang kelihatan secara zahir boleh dibersihkan dengan mudah. Pakaian kotor, pinggan mangkuk tidak bersih, semuanya mampu dibersihkan dengan bahan pencuci sahaja. Segala dosa dan noda dilakukan akan menjadi kotoran yang menghitamkan hati. Hanya taubat mampu menyucikan kekotoran dalam hati.

Sememangnya pintu taubat dibuka seluas-luasnya oleh Allah SWT buat semua hamba-Nya. Namun, perlu diingat kesempatan untuk bertaubat akan tamat apabila nyawa telah sampai ke halkum. Adakah kita tahu bila nyawa akan berakhir? Bilakah peluang terakhir untuk memohon taubat kepada Allah SWT?

Rebutlah peluang kemurahan kasih sayang Allah SWT menerima taubat hamba-Nya seperti dinyatakan dalam hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Musa al-Asy'ari: "Sesungguhnya Allah 'Azzawajalla 'menghulurkan tangannya' (bersedia menerima taubat) pada waktu malam supaya orang yang melakukan kejahatan pada waktu siang bertaubat; dan Allah 'menghulurkan tangannya' (bersedia menerima taubat) pada waktu siang supaya orang yang melakukan kejahatan pada waktu malam bertaubat; sehinggalah matahari terbit dari barat."

Bagi hati yang dipenuhi keinsafan, sudah tentu tidak mahu berterusan berada dalam dosa, sepanjang waktu berusaha mencari jalan membersihkan diri dengan bertaubat supaya dapat beralih daripada kegelapan kepada cahaya hidayah.

Bertaubat adalah suruhan Allah SWT dan amalan rutin Rasulullah SAW yang wajib dilaksanakan dengan segera tanpa berlengah. Malangnya, suruhan ini dipandang sepi dengan alasan 'masa masih panjang lagi.' Alasan ini dangkal dan tiada berasas kerana taubat bukan khusus untuk golongan tua yang kononnya 'rumah kata pergi, kubur kata mari'. Kematian itu tidak pernah mengenal usia.

Sesungguhnya orang yang sengaja melambat-lambatkan bertaubat akan berdepan dengan dua bahaya besar iaitu hatinya menjadi keras dan gelap, sukar menerima nasihat serta kebenaran. Inilah akibat perbuatan maksiat dilakukan kepada Allah sehingga menjadi sangat susah untuk mengikis dan menghapuskannya.

Kedua, maut dalam kemurkaan Allah SWT. Kematian datang sebelum sempat ia bertaubat, lalu ia menemui Allah SWT dalam keadaan hatinya penuh dosa dan pasti menyeretnya kepada suasana hidup yang tidak selamat di akhirat nanti.

Oleh itu, apabila menyedari telah melakukan dosa, maka segeralah memohon ampun kepada Allah SWT dengan bertaubat. Orang yang bertaubat dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh hendaklah yakin Allah SWT pasti menerima taubatnya.

Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni ada menyebut dalam bukunya yang bertajuk Pesanan Untuk Orang Berdosa, bahawa jalan menghampiri taubat atau mendorong untuk bertaubat ialah tidak panjang angan-angan. Kita berasakan kematian masih terlalu jauh dari kita sebab itulah kita tidak bersegera bertaubat.

Tiada siapa tahu penghujung usia 

Kita bimbang akan kembali kepada dosa sedangkan kita tidak pernah tahu penghujung usia. Sekiranya tidak bermula dengan taubat, masihkah ada kesempatan untuk kita terus hidup sama ada atas jalan kebaikan atau kembali kepada dosa?

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini), kami akan mengerjakan amal-amal yang salih, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (Lalu Allah menempelak mereka): Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberi masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran." (Surah Faatir, ayat 37)

Segeralah bertaubat, jangan ditangguh lagi, bimbang tiada lagi kesempatan untuk kita di kala ajal tiba. Sesungguhnya perbuatan bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT sebahagian daripada persiapan penting menghadapi hari pembalasan.

Justeru, marilah kita jadikan amalan segera bertaubat secara istiqamah sebagai rutin kehidupan. Jangan biarkan hari kita berlalu tanpa sebarang penyesalan dan permohonan taubat kepada Allah SWT. Mudah-mudahan taubat kita diterima oleh Allah SWT.

Sumber : Berita Harian

Wednesday, October 21, 2015

Sebuah Kisah Untuk Renungan Bersama...

☝🏻👳🏻
Sedikit renungan untuk kita semua hari ni...

Seekor monyet sedang bergayutan di pucuk pohon kelapa...

Dia tdk menyedari ia sedang diintai oleh tiga angin besar.........

Angin Taufan..
Angin Tornado....
Angin Bahorok......

Tiga angin itu rupanya sedang bertaruh siapa yg paling cepat menjatuhkan si monyet dari pohon kelapa...

Angin Taufan berkata, "Aku cuma perlu waktu 45 detik..."

Angin Tornado tidak mahu kalah, "kalau aku cukup dgn 30 dtk..."

Angin Bahorok, dengan nada mengejek berkata, "kalau aku. 15 detik, pasti jatuh si monyet tu..."

Lalu dimulailah pertaruhan diantara mrk bertiga......

Angin Taufan yang pertama, dia tiup angin sekencang-kencangnya...
Wuuss.......

Merasa ada angin yg bertiup kencang, si monyet lalu berpegangan pada batang pohon kelapa dengan sekuatnya...

Stlh berusaha meniupkan anginnya dg keras, ternyata si monyet tetap tdk bergerak...
Dan Angin Taufan pun menyerah...

Giliran Angin TORNADO... Wuuusss… Wuuusss…
........
Ia juga meniupkan anginnya lebih keras..dengan sekencang-kencangnya...
Namun si monyet tetap tidak terjatuh juga...

Terakhir, Angin BAHOROK. Lebih keras dan kencang... Wuuuss… wuuuss...wuuss...
............
Si monyet malah makin kuat berpegangannya...
Dan tetap saja tidak jatuh

Ketiga angin itu akhirnya mengakui, kalau si monyet memang hebat..
Kuat & daya tahannya luar biasa...

Tidak brp lama,
tiba2 datang pula Angin Sepoi - Sepoi

Dia mengungkapkan keinginannya untuk turut sama bertaruh...

Ternyata niat angin sepoi-sepoi hanya dijadikan bahan ejekan dari ketiga angin lainnya...

"Angin yg besar spt kami pun tdk boleh, apalagi yang kecil..."
....................
Tanpa banyak bicara, angin SEPOI-SEPOI terus meniup ubun-ubun si monyet.

Wuuuuuiiiisss…
........
Enaaaaaak.....
Sedaaaaap…..
Segaaaaar..
Mata si monyet...makin kuyu...
Tdk lama si monyet mula tertidur...dan tanpa disedari terlepaslah pegangannya...
Kemudian, jatuhlah si monyet dari pohon kelapa...


Sahabat, ................
Boleh jadi...ketika kita,
Diuji dengan KESUSAHAN…
Dicuba dengan PENDERITAAN…
Didera MALAPETAKA...
Kita kuat bahkan kuat dari sebelumnya.

Tapi ketika kita diuji dengan.....
KENIKMATAN...
KESENANGAN..
KELIMPAHAN.....
PUJIAN................

Saat itulah kita "terjatuh"...
janganlah sampai kita terlena...
Tetap rendah hati dan awas diri...

Ingatlah hidup kita di dunia ini hanya sementara..😔 semoga Allah pelihara kita

Friday, October 2, 2015

MENGHARGAI ASBAB BUKTI SYUKUR PADA ALLAH SWT

Sememangnya kesemua yg kita punya dari Allah swt....

Sama ada terciptanya manusia, dapat hidayah, rezeki, ilmu, isteri, anak, dan apa sahaja yg ada dalam dunia ini.

Tetapi... Allah swt akan memberinya dgn adanya asbab.
Dan kita diperintahkan agar tahu menghargai dan berterima kasih atas asbab.

Asbab atas Agama islam ini adalah nabi kita Muhammad saw.
maka kita dituntut untuk menghargainya walau pun agama islam ini bukan milik nabi saw.

Asbab terciptanya manusia adalah dari kedua ibu bapanya.
Maka kita di perentahkan agar menghormati kedua2nya.

Asbab atas hidayah adalah orang yg menjalankan kerja dakwah dan yg menyampaikan pada kita.

Maka.. Kita tidak boleh sewenang2nya mendakwa bahawa kita milik Allah swt dan tidak perlu menghargai kedua orang tua.

Orang2 yg tahu berterima kasih pada makhluk adalah manusia yg tahu erti bersyukur. ..

Maka .. Bersyukurlah.. Jadilah manusia yg pandai menghargai..
Serta jadilah insàn yg tahu berterima kasih..

Saturday, September 26, 2015

TAZKIRAH RINGKAS AHAD (14 ZULHIJJAH 1436)

Biji sawi....
Biji sawi kecil sungguh. 
Biji sawi tidak menakutkan.
Biasa2 je.

Tapi Allah kata, jika dalam
hati ada perasaan sombong
walaupun sebesar biji sawi,
tak boleh masuk syurga.
Akan tercampak ke neraka.

Kalau dalam hati ada rasa
bersalah dan ingin
bertaubat, walaupun cuma
sebesar biji sawi, akan
diampunkan dan
dimasukkan ke syurga.

Tetiba biji sawi, sesuatu
yang amat kecil boleh
menjadi sesuatu yg amat
besar.

Friday, September 18, 2015

Ingatan Mesra...

Hari ini kita mampu mandi sendiri...
Tetapi... Suatu hari nanti orang lain yang akan memandikan kita...

Hari ini kita boleh memakai pakaian sendiri...
Tetapi... Suatu hari nanti orang lain akan memakaikan untuk kita...

Hari ini kita mempunyai ramai kawan dan saudara...
Tetapi... Suatu hari nanti kita keseorangan di dalam kubur...

Hari ini kita bebas bergerak ke mana sahaja kita suka...
Tetapi... Suatu hari nanti kita akan tinggal di dalam liang lahad yang sempit...

Hari ini kita diterangi oleh lampu yang terang...
Tetapi... Suatu hari nanti kita akan tinggal di dalam kubur yang gelap gelita...

Oleh itu, insaf dan sedarlah... Bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka...

Muhasabah Diri...

Friday, September 4, 2015

17:37

🔴The man who built the Titanic was asked, How safe would the Titanic be? With an Ironic Tone he said: "NOT EVEN GOD CAN SINK IT" & we all know what happened to the Titanic..

🔴Tancredo Neves President of Brazil. During a campaign, he said he got 500,000 votes for his party, Not even God would remove him from Presidency. Sure he got the votes, but he got sick & died a day before being made President..

🔴Cazuza Brazilian singer & poet. During a show, while smoking his cigarette, he puffed out some smoke into the air & said: "God that's for u". He died at the age of 32 of LUNG CANCER in a horrible manner..

🍀Allah SWT says in the holy Qur'an "Do not walk proudly on the earth: your feet cannot cleave the earth nor are you as tall as the mountains". Surah Isra (17:37)

🍁Put aside your pride, Set down your arrogance, And remember your grave. - Saying of Ali ibn Abu Talib (radi Allahu anhu)
🌹Please take part in this & forward it to all Muslims and let everyone take part in the Dua.

🌺Ya Allah don't take my soul away until you are happy with me:
🌺Ya Allah give me a death of a shaheed.
🌺Ya Allah grant me death while I'm in sujuud.
🌺Ya Allah let the last words of my life be the Shahadah.
🌺Ya Allah If I die in my sleep let My heart beat the Zikr of Allah.
🌺 Oh Allah, the guider of the lost soul forgive the entire Muslim Ummah!
🌺Ya Allah Forgive my Parents, my Family, my Muslim Friends. Ameen Ya Rabb

🔥The fire in Jahanam will not touch the person who recites "Allahumma Ajirni Minan Naar" 7x after fajr & maghrib. If u choose to forward this message, it will be a Sadqatul-Jaariya 4 u and me....

Pls share

Thursday, September 3, 2015

Kematian Itu...



Siang tadi ada kematian
Sa-orang laki-laki
Perginya sewaktu diperbaringan
Langsung tidak tersedarkan
Seisi rumah kehairanan

Kata ibunya,
"Semalam masih lagi ketawa seolah tiada apa. Tidak sangka begini jadinya"

Bunyi si ayah,
"Kenapa dia pergi dulu, bukan aku"

Sedang kita suka-suka didakap bahagia, ada kita fikir ajal yang lebih hampir dengan kita?
Ajal yang tidak disangka-sangka.

Dan manusia memilih untuk menyalahkan takdir daripada merelakan Tuhan mencabut nyawa. Sedangkan mati itu pasti. Tapi kenapa?

Kenapa manusia menyalahkan takdir, kerana mereka tidak pernah mengingati mati itu satu yang nyata. Anggapnya mati itu cuma kata-kata kosong.

Sehinggalah satu nyawa telah ditarik, baru hati menjerit perit. Baru jelas kematian itu sakit. Baru nampak kematian itu sememangnya pasti.

Janganlah terlalu leka diulit bahagia, ajal maut itu ada, cuma detiknya entah bila. 
Siapa tahu malam ini pengakhir cerita hidup kita.

Bersediahlah. Bila-bila saja nyawa kita akan diangkat. Terpisahnya roh dari jasad, terputus amalan seorang manusia, melainkan tiga perkara;

-Sedekah jariah (Sedekah mengalir yang pahalanya sampai kepadanya).
-Ilmu yang bermanfaat.
-Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya

Perkongsian dari Twitter @MurniJamirun

🌴 SAMPAIKANLAH WALAUPUN HANYA 1 AYAT.. 🌴🌴🌴🌴🌴🌴

🌴 SAMPAIKANLAH WALAUPUN HANYA 1 AYAT..
🌴🌴🌴🌴🌴🌴

عن ابن مسعودٍ رضي الله عنه ، قَالَ : قَالَ رسولُ اللهِ - صلى الله عليه وسلم: مَنْ قَرَأ حَرْفاً مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ حَسَنَةٌ، وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أمْثَالِهَا ، لاَ أقول : ألم حَرفٌ ، وَلكِنْ : ألِفٌ حَرْفٌ ، وَلاَمٌ حَرْفٌ، وَمِيمٌ حَرْفٌ

Daripada ibnu Mas'ud r.a, beliau berkata, sabda Rasulullah s.a.w:

“Barangsiapa yang MEMBACA SATU HURUF daripada AL-QUR’AN, maka baginya KEBAIKAN SEPULUH KALI ganda. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, Mim satu huruf.” (HR.Tirmidzi)
🌴🌴🌴🌴🌴

Ya Allah jadikanlah kami menjadi sebaik-baiknya Hamba-Mu yang senantiasa membaca dan menyampaikan Al-Qur’an.. Semoga Kau ridhoi dan jadikan ini semua menjadi amal Kebaikan.. Aamiin..

#165selfreminder
#sangkabaik
#bersyukurselalu

Tuesday, September 1, 2015

🍁 Khasiat Bismillah lima 🍁

بسم الله الرحمن الرحيم
1. Bismillahir Rahmanir Rahiim
بسم الله الشافي
2. Bismillahish Shaafii
بسم الله الكافي
3. Bismillahil Kaafii
بسم الله المعافي
4. Bismillahil Mu’aafii
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شىء في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis samaa-e wa huwas samii’un ‘alim
* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
* Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
* Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
* Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
* Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Antara fungsi Bismillah 5 ni:
*penawar bisa diri
*penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
*penawar bisa-bisa badan
*boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya
Cara menggunakan Bismillah 5 :
1. Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali dan tiup di tempat yang sakit.
2. Kalau anak menangis di tengah malam, baca Bismillah 5 ini dan hembus pada ubun-ubun bayi.
3. Kalau anak demam, baca dan hembus pada air 19x, kemudian lap badan anak dengan air tersebut sekerap mungkin sambil berselawat.
Kesan Sampingan:
Dengan mengamalkan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Lima akan pecah, pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.
Wallahu a'lam. Semoga bermanfaat.
AGP Raja Along
Pengamal Perubatan Islam Sg Buloh
Klinik M165 ,Lot 3549 Batu 20 , kg Merbau Indah 47000 Sungai Buloh Selangor ( berdekatan Petronas Merbau Indah).
0142399365

Wednesday, August 26, 2015

Belajar Menyembunyikan Aib Orang...

Pada zaman Nabi Musa as berlaku satu kemarau yang panjang.

Nabi Musa bersama 70000 umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah swt menurunkan hujan. Tetapi hujan tetap tidak turun.

Seperti yang kita ketahui Nabi Musa as digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah swt.

Maka Nabi Musa as pun berbicara dengan Allah swt,
"Ya Rabb, Engkau selalu memperkenankan doaku."

Lalu Allah swt menjawab,
"Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat."

Sejurus itu bertanya Nabi Musa as kepada umatnya,
"Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat ?

Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini."

Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat ini maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun.

Lalu dia pun memohon agar Allah swt mengampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa-dosanya itu.

Tak lama selepas itu, hujan pun mula turun. Nabi Musa as kehairanan. Tiada yang mengaku berbuat dosa 40 tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini, tetapi Allah menurunkan hujan.

Lalu Nabi Musa as bertanya kepada Allah swt lagi,
"Mengapa Engkau menurunkan hujan wahai Allah?"

Lalu, ALLAH swt menjawab kerana telah bertaubat orang tersebut.

Nabi Musa bertanya kepada Allah,
"Bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya itu?

Allah swt menjawab,
"Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka aibnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepadaKu?"

Banyak yang kita boleh belajar ya!

1. JAUHI MENCUNGKIL AIB ORANG.

2. TUTUPLAH KEBURUKAN SAUDARA KITA.

3. UMAT TERBAIK HANYA CAKAP YANG BAIK2 SAJA.

4. DUNIA DIPENUHI KINI DENGAN BENDA-BENDA YANG NEGATIF, JANGAN DITAMBAH LAGI.

Buat renungan kita bersama..

Monday, August 24, 2015

A Story About Her...



One day a pregnant woman was hungry, and she wanted only rare things to eat .

Then she went knocking at the door of a Muslim family, but they had nothing to give her.

In front of the Muslim family lived a prostitute who was watching the scene by her window , and she saw the pregnant woman leaving all sad... and had heart ache for her.

She came down, opened her door and drew her attention then she said to her :

" I have nothing to offer you my sister, but if you want, I can give you jewelry, you just have to go sell them and you can buy what you want."

She gave her, her jewels, and the pregnant woman moved quickly to go sell them to buy the food that she wanted to absolutely eat.

Subsequently, and as the years passed... And the prostitute died... People did not want to wash her because she was dead without repentance so they left her in the house for 3-4 days.

At the end of the 4th days, the Imam intervened and told the women, they should have washed her and not let her remain so!

But the women bluntly refused!

The Imam insisted, and some women finally agreed.

When they returned in the room they were shocked at the scene... The body of the woman was in a white shroud , her face lit up a dazzling light and she was wearing a flamboyant smile!

The women were shocked and they called the imam.

When he arrived he asked: " What does this woman do for a living when she was alive?"

They told him that this woman was a prostitute.

But she once helped a mad woman one night, who was in need.

The Imam said to them:

It was the angels who washed her, cause she had been merciful to that pregnant woman, and Allah has been even more merciful to her.

Allah is the most Generous and Merciful.

Whatever you do in life, do it for the sake of ALLAH!

May Allah Guide Us All To Truth and Keep Us On The Straight Path.

Wednesday, July 22, 2015

"Tulang Rusuk Anda Bergetar?"


Rusuk kiri bergetar

Ada seorang lelaki bertanya : 'Ustaz, kenapa setiap kali apabila saya terpandang perempuan yang bertudung dan cantik maka rusuk kiri saya akan bergetar?

Ada apa-apa maknakah?

Aljawab ;

Itu tandanya anggota badan kita marah kerana tidak menundukkan pandangan. Boleh jadi juga itu petanda bahawa ajal kita sudah dekat, jadi banyak-banyaklah bertaubat.

Lagipun hanya lelaki yang tidak matang dan cetek pengalaman hidup akan terpedaya oleh kecantikan luaran. Lihatlah P. Ramlee dalam cerita "Musang Berjanggut" bagaimana beliau berjaya membezakan di antara perempuan dan betina melalui pengembaraan, ujian dan pengalaman.

Sabda Nabi salallahualaihiwassalam ;

مَا تَرَكْتُ بَعْدِى فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ
“Aku tidak meninggalkan satu godaan pun yang lebih membahayakan para lelaki selain fitnah wanita.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Cantiknya wanita pada luaran itu mungkin kerana mahalnya baju yang dipakai, kadang-kadang kerana lamanya bersiap di depan cermin membuat ikatan tudung atau 'make-up' yang menghilangkan jerawat dan keburukan. Seterika baju mungkin sejam, cari pasangan tudung dan kain yang 'matching colour' pula sejam, tambah aksesori seperti shawl dan barang kemas pula sejam.

Namun saat dihabiskan untuk membaca alQuran? Mungkin cuma 15 minit, solat dan berdoa ? 10 minit. Mempelajari kewajipan agama ? Mungkin 30 minit...

Menyantuni orang tua, menolong ibubapa, adik-beradik dan kaum keluarga mungkin seminit-dua....Waktu lain dihabiskan kepada 'selfie' dan bergambar serta menjadi model syok sendiri....Itu belum lagi 'marathon' melayan filem Korea, Orang putih atau movie cinta dan drama bersiri....berjam-jam!

Itukah bakal pilihan hati? Gadis seperti itukah yang mampu menggegarkan rusuk kiri? Sungguh naif dan menyedihkan hati....

Nanti apabila telah bernikah barulah ketahuan bahawa rupa paras yang sering menggoda akan tamat tempohnya...Bahasa mudah, 'Expired'. Bangun awal pagi memasak sarapan untuk suami memerlukan kesabaran, bukan kecantikan. Membasuh baju dan pakaian kotor yang busuk serta menguruskan rumahtangga memerlukan ketabahan bukan kemahiran memetik gitar sambil menyanyikan lagu kun anta....

Menguruskan emosi seharian sebagai isteri memerlukan kekuatan jiwa, mengekalkan cinta dan kebahagiaan rumahtangga memerlukan kesabaran dan kefahaman tentang erti perkahwinan dan ketabahan hati. Ianya tak diperolehi daripada selfie, juga tak dapat dari asyik melayan 'movie' tetapi daripada pengalaman mengasuh adik-adik dan menolong keluarga dalam rumahtangga.

Petua memasukkan serai, bunga kantan dan daun kari dalam masakan bukan sekadar daripada buku resepi tetapi daripada pengalaman di dapur bersama ibu. Cara menyiang ikan, membuang perut ayam, menyukat nasi untuk dimasak semuanya datang dari pengalaman hidup bukannya buku.

Lelaki umumnya adalah bodoh apabila berdepan dengan wanita yang cantik. Nafsu kita akan menutupi akal sehingga pertimbangan kita menjadi terpesong. Lautan sanggup direnangi, gunung sanggup didaki, sedangkan hakikatnya kebahagiaan hidup kita bukanlah berada pada pelukan gadis jelita tetapi dalam dakapan ibu dan doanya pada kita.

Hati yang tenang, bebas daripada dosa, kehidupan yang berlandaskan ilmu, keputusan yang dibuat pastinya menguntungkan dunia dan akhirat....

Berhati-hatilah teman, janganlah terpedaya pada luaran.

Biarkan rusukmu bergetar tanda takut kepada Tuhan!

Saturday, July 18, 2015

Isteri Sebak Bila Tahu Kenapa Suaminya Minta Hari-Hari Dia Masak...

Setiap kali pulang ke rumah, suamiku pasti membawa sekali buah tangan bersamanya. Kadang-kadang, dia membawa pulang roti. Kadang-kadang pisang goreng. Dan kadang-kadang buah cempedak. Senang cerita, memang tak miss lah hari-hari dia bersama buah tangan untuk kami.

Dan, setiap kali pulang juga, dia pasti meminta aku menghidangkan nasi untuknya. Lapar katanya...

Suatu hari, sedang dia berselera menghadap hidangan, ringan mulut aku ingin bertanya sesuatu kepadanya...

''Hmm... Abang. Saya nak tanya something kat Abang ni...''

''Ya sayang... Apa dia? Tanyalah... '' jawab dia dengan mulut dipenuhi nasi dan ulam.

''Tengahari, Abang memang tak makan kat ofis ke...?? '' soalku lembut.

''Ermm tak. Kenapa sayang??? '' pendek dan ringkas jawapan dia.

''Takdelah. Saya tengok abang hari-hari minta saya masak. Kalau boleh, saya nak juga berehat sehari dua. Kalau abang dah makan, untuk makan malam bolehlah saya masak ringan-ringan. Penatlah bang...

''Dengan si kenit ni yang tak duduk diam, rumah yang bersepah, kain baju berbakul-bakul yang nak kena basuh, jemur dan lipat... saya kadang-kadang stress...''

Satu-satu aku susun perkataan ini agar dia tidak terasa. Ustaz pun ada cakap, tugas memasak tu bukan tugas isteri tapi adalah tugas suami. Jadi, tak salah rasanya aku meluahkan perasaan. Lagi pun, aku minta tak masak je. Tugas-tugas lain aku buat. Harap sangat dia faham.

Dia memberhentikan kunyahannya. Lantas, saki-baki nasi yang masih tersisa, ditelannya terus. Kali ini, dia fokus dan tepat memandang mataku. Sebelum dia berbicara, secangkir senyuman dia hadiahkan untukku. Manis...

''Sayang, abang minta maaf kerana menyusahkan sayang. Abang tak tahu sayang penat. Kalau abang tahu, abang takkan minta sayang masak...''

Dia berhenti seketika mengambil nafas lalu menyambungnya kembali...

''Hmm... Ada 3 perkara yang abang rasa sayang perlu tahu kenapa abang tak makan tengahari...''

3 perkara? Apakah ia? Dalam debaran aku menanti dia memberitahu 'rahsia' tersebut.

''Pertamanya ialah kerana... Abang rindu nak makan masakan dari hasil air tangan isteri abang. Masakan sayang sedap. Tiada kedai yang mampu menyaingi kesedapan masakan sayang... ''

Allah... aku tersentap. Begitu mulianya hatimu wahai suami. Bersalah pulak aku rasa... dek kerana menyuarakan perasaan penat yang tak seberapa tadi. Belum sempat aku meminta maaf, dia menyambung lagi...

''Kedua... kalau abang makan tengahari, kenyang itu akan sampai ke malam. Jadi, bila pulang ke rumah, abang mungkin takkan makan lagi. Untuk tidak mengecewakan sayang, abang sanggup berlapar pada tengahari untuk makan masakan isteri tercinta abang ni...''

Saat itu, aku dah hampir tewas. Tewas dengan air mata yang ingin berlumba-lumba keluar dari bingkisan kelopak ini. Namun aku cuba menahannya sehingga perkara ketiga diberitahu suami...

''Dan ketiga ialah kerana abang tak ada duit. Duit makan tengahari abang, abang simpan. Abang simpan untuk belikan sayang dan Una 'hadiah' ketika mana abang pulang di waktu petang...''

Kala itu aku terus menerpa ke arah suamiku. Tangannya yang masih basah dengan kuah aku capai lantas ku cium memohon kemaafan darinya. Berdosanya aku...

''Takpe... Sayang tak buat salah pun dengan abang. Abang yang salah kerana menyerahkan tanggungjawab memasak kepada sayang. Besok In syaa Allah, abang masak sendiri k. Dah... jangan nangis...'' Sebak suaranya sambil memujuk aku.

Dalam esak tangisan ku itu, aku menggeleng-gelengkan kepala. Tak sanggup aku mengiyakan permintaannya. Dia yang seharian penat bekerja dan 'berpuasa' tak sepatutnya aku layan sebegitu rupa. Oh Allah... Ampuni aku dan rahmatilah suamiku...

Sebagai renungan bersama. Semoga kita sama2 dpt muhasabah diri...

Utk para isteri terutama surirumah sepenuh masa... bersyukurlah...

Wallahu A'lam...

Wednesday, July 8, 2015

Saturday, July 4, 2015

Pesanan Imam Shafie Sebelum Meninggal Dunia

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik.


Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.


Sumber:
Disediakan oleh,
Unit Pembangunan Insan (UPI)
Nisa Serdang

Thursday, June 11, 2015

Bingkisan Kata Hari Ini



~* BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM ~*

..Dosa Jangan diTAMBAH

..Amal solehJangan diABAI

.. Cinta Jangan diBAHAGI

..Hidup hanya SEKALI

.. Gugur Bunga .. kerana layu ..

.. Gugur Iman .. kerana Nafsu ..

. Gugur Cinta .. kerana Cemburu ..

.. Tertawa .. kerana Bahagia ..

.. Menangis .. kerana Derita ..🌗

.. Bertaubat kerana Dosa ..

.. Beribadah kerana Takwa ..🍒

. Hidup tanpa Cintakan ALLAH pasti Hampa ..

. Hidup gila Harta pasti Celaka ..

.. Hidup penuh Dosa akan ke Neraka ..

.. Hidup Bersyukur dengan apa adanya ..

.. Insya Allah akan Bahagia ..

.. BIAR putus cinta dengan MANUSIA tetapi JANGAN putus cinta dengan ALLAH ..

Wednesday, June 10, 2015

Sekadar nak Berkongsi cerita...

Assalamualaikum.. 

Kita biasanya bila Musim Puasa dan Raya selain servis Taqwa dan Iman, kita TAK akan Lupa juga servis kenderaan untuk melancarkan perjalanan kita untuk balik kampung..satu servis je yang kebiasaannya ramai orang Lupa atau tidak tahu iaitu servis tubuh Badan atau servis kesihatan.Tahukah Anda jika anda servis kesihatan ia akan memudahkan anda utk servis apa sahaja yg anda inginkan seperti servis kenderaan dan servis Iman. Bayangkn anda ada masalah Gastrik dan Migrain Serta darah tinggi,pasti sebahagian dari anda x mampu nak meneruskan puasa seharian Kerana terpaksa makan ubat tahan sakit.kepada pakcik makcik juga yg selalu Susah ke terawih Akibat masalah lutut atau gaut Serta sakit sendi tulang.ia juga menyekat Ibadah kita di bulan Ramadhan.. Juga kepada muda remaja yg sering demam,Sakit sakit,lemah badan juga kekadang membuat kita lemah berpuasa.soalan saya.. anda nak x Allah permudahkan Ibadah puasa anda? 

Jawapannya da kita tahu,iaitu Rawatan Cara Rasulullah S.A.W yg Teragung iaitu BEKAM.. Byk Hadis Hadis sahih tentang manfaatnya Bekam. Lagi Cantik jika anda sendiri yg rujuk kitab Hadis sebab ia dpt meyakinkan anda.

ramai yg Takut buat bekam sebab seram Dgn cara rawatanya.tetapi bg yg hampir 3000 org yg Pernah buat rawatan bekam Dgn saya semuanya menyesal kenapa x buat bekam dari dulu lagi.x sakit pun...

Tawaran Saya Pada anda untuk Rawatan Bekam Sunnah ini adalah 5 rawatan dalam satu harga iaitu. rawatan Bekam Luncur + rawatan Bekam Angin + rawatan Bekam Darah + bacaan Ruqyah untuk ( mengusir Sihir dalam Badan ) + bacaan Ayat Syifa Dgn hargA Rm5 sahaja untuk satu cup / 1 point Bekam. untuk Anda yang membuat 13 cup keatas .saya akan menghadiahkan sebotol Air Syifa yg bermanfaat utk menyembuh pelbagai Penyakit, boleh digunakan sebagai semburan pemagaran Rumah/ Premis, dijadikan air selusuh, air penerang hati Serta air pemusnah Sihir, InsyaAllah.

jika anda Ingin membuat Rawatan Di rumah juga boleh tetapi harga lain.
untuk rawatan Di Bulan Puasa juga boleh, Bermula dari pagi hingga jam 6 ptg.untuk tahun ni saya hanya menerima 300 org SahAja untuk membuat Bekam,ini Kerana saya Ingin mempertingkat kualiti Ibadah ramadhan saya.

Jurubekam Wanita juga disediakan

Sebarang temujanji anda boleh hubungi saya Raja Along 0142399365 atau Isteri saya Zarina 0192797165

Selain kami buat Rawatan Bekam kami juga Merawat Penyakit Resdung Dan Gangguan Sihir, membuang saka,santau dan sebagainya termasuk Amalan Benteng Diri, bagus dibuat amalan bulan Puasa ini.

Salam Ramadhan Dari Saya Raja Along
0142399365
Klinik M165 sg Buloh
Lot 3549 batu 20 kg merbau indah 47000 sg buloh selangor.
( 50 meter sebelum Petronas penjara sg buloh dari arah kepong )
Persatuan Rawatan Islam Bathamim 114 Malaysia

Wednesday, May 20, 2015

Mari Bantu Mereka


Assalamualaikum... Bapak masuk penjara sbb dadah..mak da lari Ntah kemana... Di jaga oleh bapa sedara yg bergaji rm1500 sebagai despatch dan di jaga oleh seorang nenek... Masa melawat mereka anak sulong tgh Gaul nasi ngan garam..si ADIK minum Susu tin ( Susu manis ) .. Tilam da hancur dan hapak..tikar getah Dah berlubang.saya Pernah rasai kesusahan mereka ..saya Ingin bantu...tp Lebih afdal kita kongsi KEBAHAGIAAN saling membantu bersama.. Mereka memerlukan tilam, susu, Bantal, tikar, Beras,gula, dan pelbagai lagi seperti dlm list bawah ini.. Saya x memerlukan duit...tp Jumpe saya dan berikan brg bantuan itu.saya sendiri dan team kebajikan kami akan agihKan Kepada mereka . Ini no saya 0142399365 Raja Along.
*saya berada di Sg buloh. Yg jauh Bole Pos brg atau Apa saja yg memudahkan bantuan.kalau Ade yg nak bank in duit terus ke Akaun bank penjaga mereka pun bole..ade no Akaun dlm gambar sebelah.terima kasih.

JANGAN PISAHKAN MEREKA



Monday, April 6, 2015

Sebuah Rumah Itu...

Wajib baca....
Seorang Supervisor yg telah berkhidmat 30 tahun di dalam sebuah syarikat 'property developer' ingin bersara dan mengemukakan surat permohonan kpd majikannya.

Pengarah syarikatnya bersetuju tetapi dgn syarat supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek sebuah rumah.

Supervisor dengan berat hati bersetuju. Kerana tidak sabar untuk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dgn pantas tetapi tidak menjaga kualitinya.

Setelah siap rumah tersebut, terkejut si supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kepadanya.

Amat menyesal dalam hati supervisor tersebut kerana tidak di 'Design' rumah yg bakal didudukinya dengan sebaik mungkin.

Sebenarnya, inilah yg terjadi pada setiap dari kita.
Kita sekarang sedang 'Design' dan membangun di TEMPAT TINGGAL kita di akhirat kelak...

Kita beribadah untuk Allah tapi pahalanya untuk diri kita sendiri. Kerana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita.

Sebaliknya kita yang sangat sangat memerlukan Allah. Sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sedang 'Design' dan membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri..

Jika kita designkannya dengan sambil lewa, maka tak sempurna kejadiannya.
Jika kita membangunnya dgn baik akan berbaloilah hasilnya.
Renungan Bersama...

TAHUKAH ANDA DI MANAKAH DOSA ANDA DILETAKKAN SEWAKTU ANDA BERSEMBAHYANG?

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
" Sesungguhnya seorang hamba yang bersembahyang sedang dia membawa semua dosa kesalahannya diletakkan di atas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia ruku' dan sujud maka berguguranlah dosanya itu".
( Riwayat at Tabarani dengan sanad yang sohih )


Hai !, mereka yang gopoh gapah dalam ruku' dan sujud, panjangkan sedikit ruku' dan sujud mu agar mampu gugurnya dosa anda.
Jangan terlepas ganjaran ini.

Peringatan :
Sila sebarkan mesej ini;
jangan sembunyikan ilmu yang baik ,
anda akan beroleh ganjaran pahala..

Saturday, March 7, 2015

6 LANGKAH BERDEPAN FITNAH



1) TIDAK GELABAH
Kadangkala fitnah datang tanpa disangka dan dijangka umpama tsunami. Namun, jangan mudah panik. Jadilah insan yang bijak membuat keputussan. Berfikirlah dengan mata hati bukannya ikut hati. Buatlah keputusan dengan berhati-hati. Fikirkan implikasi bagi setiap keputusan yang ingin diambil.

2) PANDANG JAUH KE HADAPAN
Orang yang bijak ialah orang yang berfikiran jauh agar fitnah yang datang tidak bertambah parah. Jauh pandang ke hadapan juga bererti tidak membuat keputusan terburu-buru yang hanya memberikan kelebihan jangka masa pendek, bahkan kebiasaannya mengakibatkan kesilapan.Fikirlah dengan matang dan lihatlah ke hadapan kesan dan faedah jangka masa panjang.

3) SABAR
Sabar langkah proaktif awal berhadapan dengan fitnah. Fitnah yang dilontarkan pasti menggores hati insan yang difitnah. Sekiranya difitnah, latih diri untuk tidak bertindak di luar kawalan. Tenangkan diri dan hadapinya dengan iman dan akhlak.

4) BERSANGKA BAIK
Anggaplah fitnah yang dilontarkan itu kesilapan yang dilakukan secara tidak sengaja.  Anggaplah maklumat yang betul tidak sampai kepada orang yang menyebarkan berita fitnah tentang diri kita. Bersangka baik akan menjadikan diri kita sentiasa berada pada tahap pemikiran yang positif yang akan turut menghasilkan tindakan positif. Namun sekiranya kita sudah pasti bahawa berita yang sampai itu fitnah, maka bertindaklah dengan penuh hikmah.

5) BERFIKIRAN PENGKAJI
Dunai fitnah memperlihatkan maklumat yang disebarkan tidak diketahui kesahihannya. Oleh yang demikian, setiap berita yang sampai kepada kita perlu dianalisis, diteliti dan dikaji terlebih dahulu.

Pastikan sumber dan kesahihan setiap berita yang diterima, serta tidak menyebarkan berita tersebut dengan terburu-buru kerana bimbang akan menjadi fitnah. Oleh itu Allah memerintahkan agar kita meneliti setiap berita yang sampai supaya kita tidak menghukum seseorang tanpa mengetahui keadaannya terlebih dahulu.

6) JAUHI FITNAH
Berusahalah untuk menjauhi pintu-pintu fitnah kerana itulah yang dilakukan oleh Saidina Umar Al-Khattab ketika memerintah negara. Menjauhi tidak bermaksud melarikan diri dari fitnah. Sebaliknya berusaha untuk menjauhi perkara-perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam kancah fitnah. Cubalah sedaya upaya untuk mengunci pintu-pintu fitnah walaupun sukar untuk dilaksanakan. Sekurang-kurangnya kita menutupnya walaupun tidak rapat

Sumber : Majalah Solusi

Wednesday, March 4, 2015

Ustaz Tampar Isteri?


Gambar sekadar hiasan 

Seorang ustaz muda baru beberapa bulan bertugas di sebuah sekolah. Entah bagaimana, tersebar cerita yang dia menampar isterinya di pasar minggu depan orang ramai. Dengar kata, dia marah kerana isterinya bersembang dengan lelaki lain.

Bukan setakat guru-guru, hatta dalam kalangan pelajar juga heboh dengan cerita tersebut. Tetapi ustaz itu hanya berdiam diri. Bahkan tiada seorang pun yang berani bertanya kepadanya secara langsung. Bukan sedikit guru dan pelajar yang hilang hormat kepadanya.

Sehinggalah tiba hari Jumaat, semasa perhimpunan beliau berucap:

“Pertama sekali, saya tidak pernah menampar isteri saya di pasar minggu itu.

Kedua, isteri saya tidak pergi pun ke pasar minggu itu pada minggu tersebut.

Ketiga, saya sendiri pun tidak ke pasar minggu itu pada minggu tersebut.

Terakhir, saya belumpun berkahwin.”

Pengajaran : Jika tidak pasti, bertanya pada empunya diri sebelum menyebarkannya. Kalau tidak, sia-sia sahaja mendapat dosa percuma. Heh. 

Friday, February 20, 2015

Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Mac-April 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 31 Januari 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 28 Februari 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 



  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Mac-April dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mac 2015.
SENARAI PESERTA
Kredit untuk Kak Mialiana
                                                    

SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH


Wednesday, February 18, 2015

UJIAN



UJIAN

Ramai orang yang berubah apabila terhantuk dengan parah. Apabila Allah menguji dengan ujian yang kecil, kita tidak hiraukan dan enggan berubah. Kemudian Allah akan timpakan dengan ujian yang lebih berat. Justeru, mari kita sentiasa hisab diri dan segera berubah sebelum Allah turunkan musibah yang berat.

KEBAIKAN

Jika Allah ingin memberi sesuatu kebaikan kepada kita, maka Dia timpakan musibah kepada kita. Jika kita insaf dan perbaiki diri pasti kebaikan demi kebaikan kita terima selepas ini. Bersyukurlah dengan ujian sebab itu tanda kasih Allah untuk kita. Allah tidak pernah membiarkan hambaNya bersendirian malinkan ada kebaikan untuk semuanya.

KESABARAN

Ingatkan diri untuk sentiasa bersabar dengan setiap ujian. Kekuatan tidak akan terlihat selagi belum menghadapi realiti. Mungkin kita merasakan tidak mampu menghadapi, hakikatnya dengan kekuatan yang Allah pinjamkan dan senjata doa yang menjadi perisai diri, semuanya akan dipermudahkan.

Insya Allah.

(Sumber : Majalah Solusi)

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada sharing ini.

Tuesday, February 17, 2015

Amalan Ketika Makan Untuk Kurus 10KG Dalam Masa 2 Minggu

1. Kalau nk kurus.. bila makan nasik , makan dgn ayam sebab ayam akan makan nasik tu dalam perut

2. Jgn makan sayuq dan buah yg ada bijik sbb dia akan tumbuh dlm perut

3. Ikan bandaran baik untuk menghilangkan perut buncit.. telan ikan hidup2 dan ikan bandaran akan makan lemak2 dlm perut

4. Jgn makan ikan diikuti air yg byk.. dikhuatiri ikan akan berenang didlm perut

5. Hati lembu dan semua hati binatang yg halal baik utk mengubati sakit hati


LOLZ! jgn marah! kwn dlm blog yg share.hahahaha

Soalan Iman Mencabar Minda


Ada yang bertanya soalan,

"Kalau Allah Maha Pencipta, mampukah Allah mencipta satu batu yang Dia sendiri tidak mampu untuk mengangkatnya?"

Dr Zakir Naik pernah ditanya soalan-soalan mencabar minda sebegini. Beliau bertanya semula si penanya, "John, seorang lelaki. Dia melahirkan seorang anak. Anaknya lelaki atau perempuan?"

"Err, lelaki!" jawab si penanya ragu-ragu.

"Hei, ini John yang melahirkan! Dia lelaki. Jadi anaknya lelaki atau perempuan?"

"Err, perempuan," jawab si penanya, masih keliru.

Hadirin ketawa.

"John seorang lelaki, dia tidak melahirkan anak. Soalan pun tidak logik. Mana ada jawapan betul."

Thursday, February 12, 2015

Trip Ke Kelantan - Prolog



Sebahagian kecil daripada barang-barang sumbangan yang kami akan serahkan kepada mangsa banjir di Kelantan esok. ESOK? Ya, esok kami akan bertolak ke sana. Dengan lori, Hilux, Ford Ranger (Aida panggil Power Rangers, hehehehe) dan beberapa buah kereta. Kami akan bermalam dan berhari di sana. Ecewah.... 

Mohon doakan perjalanan kami. Ia tidak mudah, namun ia juga tidak susah. Semuanya tergantung pada kita. Pilihan di tangan kita. 

Dari Abu Hurairah r.a  Nabi SAW bersabda :
“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya.” – Imam Muslim

Moga selamat semuanya... 


Monday, February 9, 2015

Soal Jawab Antara Seorang Pemuda dan Atheis - MESTI BACA!



Soalan Pertama
Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”

Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”

Soalan Kedua
Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”

Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”

Soalan Ketiga
Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”

Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai mengira?”

Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai mengira.”

Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”
Atheis: “Nombor 3″
Pemuda: “Nombor sebelum 3?”
Atheis: “Nombor 2″
Pemuda: “Nombor sebelum 2?”
Atheis: “Nombor 1″
Pemuda: “Nombor sebelum 1?”
Atheis: “Tiada”

Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”

Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Soalan Keempat
Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”

Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima
Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”

Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.

Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”

Atheis menjawab: “Tentu sekali.”

Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”

Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang,bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali
tertimpa ke atas mereka.

Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”

Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam
Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”

Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”

Soalan Ketujuh
Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”

Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya. Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan.

Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”

Soalan Kelapan
Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”

Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.

Soalan Kesembilan
Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”

Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat.

Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.
Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”

Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.

Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita.

Al-Fatihah buat al-Imam al
-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a (Imam Hanafi) serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah
wafat.
SEBARKAN UNTUK MANFAAT UMAT.

ini hujah imam hanafi dgn addahri..ada dlm kitab darus samin.

Friday, February 6, 2015

Hairan bukan?

Hairan bukan? 

RM10 untuk didermakan terlalu banyak, namun RM100 untuk baju baharu seakan tidak luak. 

Hairan bukan? 

Dua minit untuk solat Duha terasa mengambil masa, namun 20 minit bersenam seakan tidak cukup masa. 

Hairan bukan? 

Dua muka surat al-Quran lamanya terasa untuk habis, namun 200 muka surat novel tidak puas-puas.

Hairan bukan? 

20 minit mendengar tazkirah sudah memadai, namun tiga jam menonton filem belum cukup lagi. 

Hairan bukan? 

Sehari dalam seminggu membaca al-Quran pun jarang-jarang, setiap hari menonton drama jarang berselang. 

Hairan bukan? 

Lima minit berada dalam masjid terasa sudah lama, 50 minit di kafe tidak terasa. 

Hairan bukan? 

Menunggu solat sekejap berasa lama, menunggu pancing disambar ikan berjam-jam [un masih teruja. 

Hairan bukan? 

Kita sudah tahu bahawa kita perlu berubah tapi tidak boleh ubah-ubah juga.

Hairan bukan? 

Apa yang hendak dihairankan? Begitulah keadaannya jika diri semakin dikotori dosa! Sedikit demi sedikit dosa menghilangkan rasa lazat untuk beramal. 

Seorang pendeta Bani Israel berkata : 
“Wahai Tuhan, berapa banyak aku bermaksiat terhadap-Mu namun Kau tidak menghukum aku?”

Lalu dijawab : 
“Berapa banyak Aku menghukum kamu sedangkan engkau tidak sedar! Bukankah Aku telah haramkan rasa manis dalam bermunajat kepada-Ku?”
(Hilyah al-Awliya’)

SINDROM DOSA 

1) Berasa jauh daripada ilmu; sudah lama tidak menghadiri pengajian atau membaca buku agama. 

2) “Liar” dan menjauh dari sumber kebaikan; berat hendak pergi masjid, segan hendak mendekati orang baik-baik dan sebagainya.

3) Lemah jiwa; makin menjadi-jadi perasaan takut, bimbang, resah dan seumpamanya.

4) “Pendek umur”; hidup ini rasa tidak bahagia. Dirasakan banyak perkara yang negatif daripada positif. 

5) Hina diri. Orang kerap melayan kita secara lemah. 


“Allah buatkan kami mencintai iman dan hiaskannya dalam hati-hati kami. Buatkan kami membenci kekufuran, kefasikan dan maksiat. Jadikanlah kami dalam golongan al-rasyidin.” 
(Riwayat Ahmad dan al-Nasa’i)

Jom kita sama-sama bantu mangsa banjir di Kelantan. Klik entri di bawah untuk maklumat lanjut.

RM1 Buat Mereka

Sunday, February 1, 2015

RM1 Buat Mereka



Salah sebuah rumah yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini. Saya sedang menganggarkan paras air ketika air melimpah ke kawasan ini. Paras air dikatakan mencecah ketinggian pokok kelapa.


Kami nak mintak RM1 setiap seorang yang baca entry ini boleh? Sebab kami nak cukupkan RM15,000.00 utk beli toto, bantal, selimut dan keperluan lain utk ke Kemubu, Gua Musang dan Dabong, Kelantan pada 13-15 Februari 2015. Boleh bank in kat bendahari kami  menerusi akaunMaybank 162107168846 Siti Norsahidah Binti Mohd Syah. Ini adalah projek banjir kami kali ke 4 untuk membantu mereka yang terjejas di sana. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian tertera

Raja Along 
014-23699365

FB Page Klinik M165 Persatuan Rawatan Islam Bathamim Sungai Buloh

FB saya Raja Along

Terima kasih.. Mohon ada yang sebarkan utk sebarkan cara meraih Pahala sebanyak mungkin

#bantuanmangsabanjir 
#totobantalselimut 
#totobantaltotobantal 
#klinikm165 
#jambatangoyanggoyang