Gambar sekadar hiasan
Seorang ustaz muda baru beberapa bulan bertugas di sebuah
sekolah. Entah bagaimana, tersebar cerita yang dia menampar isterinya di pasar
minggu depan orang ramai. Dengar kata, dia marah kerana isterinya bersembang
dengan lelaki lain.
Bukan setakat guru-guru, hatta dalam kalangan pelajar juga
heboh dengan cerita tersebut. Tetapi ustaz itu hanya berdiam diri. Bahkan tiada
seorang pun yang berani bertanya kepadanya secara langsung. Bukan sedikit guru
dan pelajar yang hilang hormat kepadanya.
Sehinggalah tiba hari Jumaat, semasa perhimpunan beliau
berucap:
“Pertama sekali, saya tidak pernah menampar isteri saya di
pasar minggu itu.
Kedua, isteri saya tidak pergi pun ke pasar minggu itu pada
minggu tersebut.
Ketiga, saya sendiri pun tidak ke pasar minggu itu pada
minggu tersebut.
Terakhir, saya belumpun berkahwin.”
Pengajaran : Jika tidak pasti, bertanya pada empunya diri
sebelum menyebarkannya. Kalau tidak, sia-sia sahaja mendapat dosa percuma. Heh.
No comments:
Post a Comment