Sesiapa yang teringin mengikuti training ESQ 165 lebih lanjut dari saya. Training ini boleh diikuti oleh kelas Profesional, dewasa, mahasiswa, remaja dan juga kanak2..

SHAHRIEN SHAHAR
014-7194165
(PUBLIC PROGRAM EXECUTIVE)

ESQ LEADERSHIP CENTER SDN BHD,
ACT CONSULTING & EDUCATION SDN BHD
E-602, EAST WING BLOCK, METROPOLITAN SQ,
NO. 2, JALAN PJU 8/1, DAMANSARA PERDANA,
47820 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
03 - 77251651 / 03 - 77281650
Saya juga seorang Perawat Rawatan Islam Benteng mukmin Sg.Buloh & Jurubekam Profesional
014-2399365 / 014-7194165

Thursday, January 29, 2015

Misi Bantuan Bajir Ke Kelantan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Subhanallah Walhamdulilah Walailaha Ilallah Wallahu Akbar
Allahumma Solli ‘Ala Saidina Muhammad Wa’ala Alihi Saidina Muhammad

Semoga di beri kesihatan yang baik dan di sayangi ALLAH SWT selalu


Banjir sudahpun surut. Ya. Namun apa kesan selepas banjir itu lebih memerlukan perhatian kita sekarang ini. 

Dan ia meruntun hati kami. 

Masih terngiang di telinga kami, apabila kami datang memberikan sumbangan, mereka bertanya,

"Toto ada? Bantal? Kami sejuk." 

*nangis* 

Setelah perbincangan demi perbincangan dibuat, team M165 yang juga kami panggil Team Toto Bantal telah membuat keputusan untuk kembali ke Kelantan buat kali keempat (kali ketiga buat saya) dalam satu misi untuk memberi sumbangan kepada mereka, terutamanya toto bantal dan selimut. 



Misi akan dijalankan pada ketetapan berikut

Tarikh : 13-15 Februari 2015
Hari : Jumaat - Ahad
Pusat pengumpulan barang sumbangan : Klinik M165 di Merbau Indah, Sungai Buloh

Ingin memberi sumbangan? Kami amat alu-alukan dalam bentuk wang atau barangan keperluan. Tolong jangan bagi baju. Banyak sangat sampai jadi sampah di sana.

Anda boleh hubungi wakil kami untuk sebarang pertanyaan
Baizura 017-3377438
Nora 014-2600197
Iyda 017-2766941

Bantu kami bantu mereka, bantu kami tolong anda dapat pahala. Bantulah mereka, kerana mereka juga saudara kita. 

No comments: