Sesiapa yang teringin mengikuti training ESQ 165 lebih lanjut dari saya. Training ini boleh diikuti oleh kelas Profesional, dewasa, mahasiswa, remaja dan juga kanak2..

SHAHRIEN SHAHAR
014-7194165
(PUBLIC PROGRAM EXECUTIVE)

ESQ LEADERSHIP CENTER SDN BHD,
ACT CONSULTING & EDUCATION SDN BHD
E-602, EAST WING BLOCK, METROPOLITAN SQ,
NO. 2, JALAN PJU 8/1, DAMANSARA PERDANA,
47820 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
03 - 77251651 / 03 - 77281650
Saya juga seorang Perawat Rawatan Islam Benteng mukmin Sg.Buloh & Jurubekam Profesional
014-2399365 / 014-7194165

Wednesday, December 17, 2014

TOLONG AKU YE SAHABAT!

Assalamualaikum !



Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di dunia. Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah: 

"Ya Rabb. Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami." 

Maka Allah berfirman: 

"Pergilah kamu ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabat mu yang dihatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarah." 

(Hadis riwayat Imam Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd " ). 

Imam Al-Hasan Al-Basri berkata: 

" Perbanyaklah sahabat-sahabat mukmin mu, kerana mereka memiliki syafa'at pada hari kiamat nanti." 

Imam Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis: 

" Jika kalian tidak menemukan ku nanti di syurga bersama kalian,maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku: 

" Wahai Rabb Kami. Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau. Maka masukkanlah dia bersama kami di syurga Mu." 

Sahabat-sahabatku. Mudah-mudahan dengan ini, aku telah mengingatkan mu tentang Allah. Agar aku dapat berserta mu kelak di syurga dan redha-Nya. Memohon kepada Mu.

Kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajak ku untuk tunduk patuh dan taat kepada syariat Mu. 

Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak. Oleh itu, carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan-jalan ke syurga dan jalan -jalan kebaikan.

WAHAI SAHABATKU JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI JIKA AKU TIADA DI SYURGA.

No comments: