Sesiapa yang teringin mengikuti training ESQ 165 lebih lanjut dari saya. Training ini boleh diikuti oleh kelas Profesional, dewasa, mahasiswa, remaja dan juga kanak2..

SHAHRIEN SHAHAR
014-7194165
(PUBLIC PROGRAM EXECUTIVE)

ESQ LEADERSHIP CENTER SDN BHD,
ACT CONSULTING & EDUCATION SDN BHD
E-602, EAST WING BLOCK, METROPOLITAN SQ,
NO. 2, JALAN PJU 8/1, DAMANSARA PERDANA,
47820 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
03 - 77251651 / 03 - 77281650
Saya juga seorang Perawat Rawatan Islam Benteng mukmin Sg.Buloh & Jurubekam Profesional
014-2399365 / 014-7194165

Sunday, December 7, 2014

Kisah Si Pendayung Sampan dan Ahli Falsafah

Kisah Si Pendayung Sampan dan Ahli Falsafah mengenai Nilai Hidup yang dimiliki oleh seseorang manusia.

Pada satu ketika, seorang Ahli Falsafah menaiki sebuah sampan kecil untuk ke suatu tempat. Oleh sebab merasa bosan berdiam diri dalam sampan, lalu beliau pun mengucapkan salam pengenalan kepada si pendayung sampan untuk diajak berbicara.

Ahli Falsafah menanyakan kepada Si Pendayung sampan itu, "Adakah saudara memahami Falsafah".

"Saya tidak tahu Apa itu Falsafah, untuk menyebut pun susah sekali" Jawab Si Pendayung sampan.

"Wahh, sungguh rugi! Saudara seperti hilang setengah dari erti kehidupan jika saudara tadak tahu Apa itu Falsafah" ulas Ahli Falsafah dengan ketawa sombongnya.

Bagaimana pula dengan ilmu Matematik" ahli falsafah itu bertanya lagi.

"Maaf! Tidak juga, Tuan. Bermain dengan angka sengat merumitkan" Jawab Si Pendayung Sampan tersebut sambil menundukkan mukanya.

Seraya menggelengkan kepala gaya mengejek, Ahli Falsafah itu berkata "Sayang sekali, Matematik juga saudara tidak tahu. Umpama saudara telah kehilangan lagi setengah dari kehidupan saudara". Sambil ketawa Ahli Falsafah berkata "Saudara sungguh rugi, Hidup Bernilai Kosong. Amat jauh bezanya kita berdua"

Selang beberapa minit, Ombak besar tiba-tiba memukul sampan kecil mereka. Lautan mula bergelora, sampan semakin terumbang-ambing. Si Pendayung Sampan sedaya upaya cuba mengawal sampannya. Keadaan semakin buruk, Ombak besar silih berganti.

Ahli Falsafah mulai ketakutan bila Perahu kecil semakin dipenuhi air. Merasakan perahu itu akan tenggelam, tindakan terbaik ialah terjun dan berenang ke daratan paling hampir.

Lalu Si Pendayung Sampan berkata, "Kita terpaksa terjun untuk selamatkan diri ke daratan terhampir". Adakah Tuan tahu berenang? Tanya Si Pendayung Sampan itu lagi.

Ahli Falsafah dengan cemas dan suara menggigil berkata "Saya langsung tidak tahu berenang, tolonglah saya" Sambil menggelengkan kepala,

Si Pendayung Sampan berkata "Nampaknya Tiada guna lagi Ilmu Falsafah dan Matematik yang berikan Tuan kehidupan penuh. Hanya tidak tahu berenang, Tuan akan hilang seluruh hidup Tuan"



Hidup Siapakah Bernilai Kosong? Si Pendayung Sampan atau Ahli Falsafah?

Inspirasi dari Kisah Motivasi.

Setiap insan di dunia diciptakan Allah dengan kelebihan dan kelemahan tersendiri. Seandainya dihitung kelebihan dan kekurangan yang dimiliki, setiap manusia itu adalah sama sahaja. Apa yang membezakan kita adalah Keimanan dan Usaha masing-masing.

Merasa bangga dengan kejayaan di miliki adalah nikmat usaha dari Allah untuk hambanya. Mungkin sedikit menunjuk-nunjuk boleh dianggap sebagai motivasi diri.

Namun berpada-pada dan beringat-ingatlah sentiasa. Jangan sesekali terbit rasa riak lalu menyombong diri kerana dari situlah manusia akan merasakan diri mereka lebih tinggi dari manusia-manusia lain dengan hal-hal keduniaan. Sehingga sanggup merendahkan dan menghina manusia lain.

Semoga Allah memberi hidayah dan keteguhan iman agar tidak leka dengan perhiasan dunia ini. Wallahu'alam bissawab - and Allah knows the right.

1 comment:

aRz MoHa said...

perkongsian cerita yang menarik.
Setiap kelebihan perlu menampung kekurangan orang lain