Sesiapa yang teringin mengikuti training ESQ 165 lebih lanjut dari saya. Training ini boleh diikuti oleh kelas Profesional, dewasa, mahasiswa, remaja dan juga kanak2..

SHAHRIEN SHAHAR
014-7194165
(PUBLIC PROGRAM EXECUTIVE)

ESQ LEADERSHIP CENTER SDN BHD,
ACT CONSULTING & EDUCATION SDN BHD
E-602, EAST WING BLOCK, METROPOLITAN SQ,
NO. 2, JALAN PJU 8/1, DAMANSARA PERDANA,
47820 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
03 - 77251651 / 03 - 77281650
Saya juga seorang Perawat Rawatan Islam Benteng mukmin Sg.Buloh & Jurubekam Profesional
014-2399365 / 014-7194165

Friday, September 19, 2014

UMAT ISLAM DI TINDAS SERTA DIZALIMI.



Keadaan ini berlaku di sebabkan kelemahan kita sendiri,
Terlalu sibuk mengejar serta mengatur penghidupan di dunia,
Sedangkan agama hanya tingal pada adat dan nama sahaja.

Kita tidak mampu melawan takdir Allah. 
Mereka dapat atas apa yg mereka perbuat..
Yakinlah bahawa Allah itu maha adil....

Dunia ini hanyalah pentas ujian untuk menguji sejauh mana keimanan 
dan ketaqwaan kita pada Allah saw.....
KEHIDUPAN YG SEBENAR2 ADALAH DI ALAM AKHIRAT.

Kesemua Kita tengah diuji dgn berbagai2 cara dan mengikut bahagian masing2.. 
Ada yg di uji dgn kesakitan, ada yg di uji dgn kemiskinan, ada yg di uji dgn peperanggan, 
Ada yg di uji dgn penindasan, ada yg di uji dgn kesenangan dan kemewahan.

Dalam banyak2 ujian ini, ketahuilah bahawa ujian kitalah yg paling merbahaya.
Kita sedang diuji dgn kesenangan serta kemewahan. 
Sehingga kita tidak perasan kita berada di kancah bahaya yg paling besar.

Yakin lah... Allah itu maha adil... setiap orang akan dapat atas apa yg mereka usehakan.
Jika Allah berkehendak, Allah boleh hantar hujung kepak jibril as,
untuk memusnahkan golongan kafir yg menindas ini.
Walau apa pun, mereka tidak akan terlepas begitu sahaja.

APA YG PERLU KITA PERBUAT SEKARANG INI IALAH.....

Perkemaskan diri kita masing dengan iman yg benar2 kukuh serta taqwa yg sebenar2 taqwa.
Disamping perkemaskan akidah dan hidari jauh2 sifat mazmumah yg penuh bersarang di hati2 kita.

Buang dahulu sifat cinta dunia melebihi akhirat. Kerana kesemua ini adalah ajaran Toghut.
Selagi kita masih lagi ada sifat Toghut ini......jangan lah memasang angan2 untuk berjihad.
Kalau bangkit pun, hanya dgn hawa nafsu dan sudah pasti hasilnya kegagalan.

Sentiasa menjadikan Rasulullah saw sebagai panduan atas setiap gerak kerja yg ingin kita lakukan.
Semasa Rasulullah saw di zalimi dan di tindas ketika di Makkah, 
Rasulullah saw tidak bangkit dan mengajak para sahabat untuk berjihad dan mencari syahid. 

Malah Rasulullah saw berundur dan mengajak para sahabat untuk hijrah ke Madinah 
untuk membena serta memantapkan iman dan taqwa serta menyusun strategi semula.

Apa bila akidah umat islam benar2 mantap, dan iman serta taqwa benar2 sebati dgn umat islam,
Barulah membalas serangan musuh serta mempertahan kan islam.

Hari ini, islam yg sebenar mengikut al quran dan sunnah, telah jauh di tinggalkan. 
Iman hanya dibibir, taqwa hanya kepada adat dan warisan,
Akidah pula separuh2. Tidak meletak kan 100% keyakinan dgn Allah, 

Hampir semua manusia telah di suntik dgn akidah susunan Toghut.
Pengamalan islam hanya di sudut ibadah semata2,
Akidah dan iman lintang pukang disamping sifat mazmumah yg melampau2.

beruseha lah agar diri kita sendiri, terselamat dalam ujian yg Allah hantarkan untuk kita.
Selamat kan diri, mak dan ayah, isteri dan anak2, adik beradik 
dan sahabat agar benar2 beriman serta bertaqwa pada Allah,
Agar tidak sengsara di alam barzakh dan di padang Masyar nanti.

Perkemaskan iman, buang cinta dunia, buang sifat mazmumah, masuk kan sifat mahmudah,
Yakin serta letakan pengharapan dan bergantung 100% dgn Allah swt, 
tidak lagi meletak kan kepandaian, pangkat, harta, sijil, kekuatan, kelebihan dihadapan dan Allah di belakang. 

Dalam apa keadaan sekali pun, pastikan Allah dan Rasul sentiasa di hadapan.
In shaa Allah.... wallahualam....

Perkongsian daripada AGPU Benteng Mukmin. Ingin tahu mengenai Benteng Mukmin? Sila klik SINI

No comments: