Sesiapa yang teringin mengikuti training ESQ 165 lebih lanjut dari saya. Training ini boleh diikuti oleh kelas Profesional, dewasa, mahasiswa, remaja dan juga kanak2..

SHAHRIEN SHAHAR
014-7194165
(PUBLIC PROGRAM EXECUTIVE)

ESQ LEADERSHIP CENTER SDN BHD,
ACT CONSULTING & EDUCATION SDN BHD
E-602, EAST WING BLOCK, METROPOLITAN SQ,
NO. 2, JALAN PJU 8/1, DAMANSARA PERDANA,
47820 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
03 - 77251651 / 03 - 77281650
Saya juga seorang Perawat Rawatan Islam Benteng mukmin Sg.Buloh & Jurubekam Profesional
014-2399365 / 014-7194165

Thursday, September 25, 2014

Kisah Lelaki Takut Isteri


Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang memerintah kawasan jajahannya. Dia seorang yang tegas dan cekap menjalankan tugasnya sebagai seorang raja. Hanya satu kelemahannya, iaitu dia sangat takut pada sang isteri, iaitu permaisuri.

Bagi mengatasi masalah tersebut, pada suatu hari raja memerintahkan semua lelaki yang telah beristeri berkumpul di satu kawasan lapang. Maka berkumpullah lelaki-lelaki di kawasan lapang itu.

Raja pun bertitah, "Siapa yang takut isteri, sila berkumpul di sebelah kanan beta,"

Maka ramailah lelaki yang bergerak ke sebelah kanan raja tersebut. Raja terkejut bukan kepalang. Namun ada seorang lelaki yang masih berada di tempat dia mula-mula berdiri tadi.

Raja mula berasa kagum. Dia mula turun dari takhta dan menuju ke arah lelaki yang masih di tempatnya tadi.

Raja bertanya, "Kenapa kamu masih di sini? Apa kamu tidak takut pada isteri kamu?"

Sang lelaki menjawab, "Kalau saya ikut diorang ke sebelah sana, nanti isteri saya marah. Dia suruh saya jangan pergi mana-mana tadi,"

Sang raja, "!@#$%^&*!. Takut bini juga rupanya!"

Moral of the story : jangan takut isteri, tapi hormati dia sebagai pasangan hidup anda. Kena ada persefahaman.

No comments: