Ini adalah di antara tempat yg sangat baik untuk memohon sesuatu hajat pada Allah swt. Termasuklah memohon keampunan.
Kita hanya perlu tunjukkan kesunguhan kita untuk memohon ampun dan bertaubat atas setiap kesilapan lalu.
Dan pastinya Allah swt akan mengampun kan nya.
Bersangka baik lah dgn Allah swt dan Allah tidak mungkin memungkiri akan janji2nya.
Allah tidak akan memberi keampunan sekiranya kesalahan itu berlaku sesama makhluk.
Kesalahan dgn makhluk perlulah diselesaikan dgn makhluk juga.
Jika tidak selesai... pasti akan di bawa ke mahkamah Allah di Masyar nanti. Tiada sesuatu apa pun yg akan berlalu atau terlepas begitu sahaja.
Kesemua nya pasti akan di hisab dan di sediakan pembalasan nya walau pun sebesar zarah.
Maka itu.. kesilapan yg dilakukan dgn manusia perlu di selesaikan secepat mungkin. Agar tidak di bawa ke akhirat.
Kerana pembalasan di akhirat jauh lebih besar dan jauh lebih berat.
Kesalahan yg di maksudkan adalah hak2 manusia.. hak ibu bapa... hak isteri.. hak anak2. .. hak jiran... hak tetamu... hak sahabat.... hak irang islam... hak orang miskin... hak haiwan...dan berbagai2 hak lagi.
Itu baru hak.. ..belum lagi tuntutan mengumpat... menginaya... mengecil2kan... menyakit kan hati serta menyinggung perasaan.. memfitnah...tidak berlaku adil...berhutang...dan banyak lagi.
Selesaikan secepat mungkin sebelum nafas berhenti dan sebelum kita berpindah ke alam barzakh...
Wallahualam. ..
Perkongsian daripada AGPU Benteng Mukmin. Ingin tahu mengenai Benteng Mukmin? Sila klik SINI
No comments:
Post a Comment