Sesiapa yang teringin mengikuti training ESQ 165 lebih lanjut dari saya. Training ini boleh diikuti oleh kelas Profesional, dewasa, mahasiswa, remaja dan juga kanak2..

SHAHRIEN SHAHAR
014-7194165
(PUBLIC PROGRAM EXECUTIVE)

ESQ LEADERSHIP CENTER SDN BHD,
ACT CONSULTING & EDUCATION SDN BHD
E-602, EAST WING BLOCK, METROPOLITAN SQ,
NO. 2, JALAN PJU 8/1, DAMANSARA PERDANA,
47820 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
03 - 77251651 / 03 - 77281650
Saya juga seorang Perawat Rawatan Islam Benteng mukmin Sg.Buloh & Jurubekam Profesional
014-2399365 / 014-7194165

Sunday, September 28, 2014

Aku Dalam Bahaya




AKU MASIH BERADA DIDALAM BAHAYA YG AMAT SANGAT SEANDAINYA AKU TIDAK PERBETULKAN DAN BERUSEHA BERSUNGUH2 UNTUK BERUBAH.

Apakah aku benar2 ikhlas didalam berdakwah semata2 untuk mencari redho dan kasih sayang Allah....

Tanpa keikhlasan segala yg aku usehakan sia2 dan tidak dinilai oleh Allah.

AKU DALAM BAHAYA.

Apakah hari ini aku telah benar2 beriman yg mana Allah dan Rasul mengiktiraf keimanan aku....

Apakah sifat mazmumah telah benar2 terhakis didalam hati ku ini.

Sedangkan tidak akan masuk syurga barang siapa yg ada sebesar zarah sifat sombong didalam diri.

AKU DALAM BAHAYA.

Hanya Allah dan aku sahaja yg megetahui nya.

Di masyar nanti kesemuanya akan didedahkan di khalayak ramai. Tentang apa yg sebenarnya berada di dalam hati ini.

Mazmumah dikira belum selesai sekiranya aku masih mahukan orang memuliakan dan menghormati aku.

AKU DALAM BAHAYA.

Masih lagi rasa terhina apa bila di keji dan di maki dan rasa marah apa bila manusia tidak mengenang budi yg aku taburkan.

Masih lagi mengharapkan pembalasan dari makhluk atas setiap useha yg aku usehakan.

AKU DALAM BAHAYA.

Rasa geram dan benci, apa bila anak didik tidak mendengar kata. Dan aku tidak mendoakan kebaikan untuk mereka.

Rasa senang hati dan rasa puas apa bila musuh aku jatuh.

Rasa cemburu dan tak senang hati apa bila musuh aku berjaya.

AKU DALAM BAHAYA.

Masih keras hati dan merasakan diri sentiasa betul.

Sentiasa cari jalan untuk membela diri.
Sentiasa mencari kesalahan dan kelemahan orang lain.

AKU DALAM BAHAYA.

Rasa diri lebih mulia, lebih hebat, lebih bijak, lebih berkuasa, lebih kaya, lebih popular dan ramai pengikut, serta rasa lebih dahulu dari orang lain.

Aku melakukan sesuatu agar dihargai  dan dipuji oleh orang lain. Bukan benar2 mengharap redho Allah.

AKU DALAM BAHAYA.

Apa sahaja yg aku lakukan, semata2 mencari kepentingan diri aku didalam dunia ini.

Sedang kan matlamat akhirat hanyalah sekadar topeng untuk memenuhi keperluan aku di dunia ini.

Setiap tindakan yg aku lakukan semata2 untuk mencari kelebihan duniawi.

AKU DALAM BAHAYA.

Perjalanan hidup aku penuh dengan pura2. Apakah aku layak di pangil sebagai orang2 yg bertaqwa...

Sedang kan aku mengetahui, tanpa Taqwa, pasti aku akan ke neraka. Apakah syurga itu sebagai satu angan2 kosong bagi ku.

sedangkan sifat munafik jelas didepan mata ku. Ungkapan lidah ku tidak selari dengan tindakan yg aku lakukan.

AKU BENAR2 BERADA DALAM BAHAYA YG AMAT SANGAT.

No comments: