Sesiapa yang teringin mengikuti training ESQ 165 lebih lanjut dari saya. Training ini boleh diikuti oleh kelas Profesional, dewasa, mahasiswa, remaja dan juga kanak2..

SHAHRIEN SHAHAR
014-7194165
(PUBLIC PROGRAM EXECUTIVE)

ESQ LEADERSHIP CENTER SDN BHD,
ACT CONSULTING & EDUCATION SDN BHD
E-602, EAST WING BLOCK, METROPOLITAN SQ,
NO. 2, JALAN PJU 8/1, DAMANSARA PERDANA,
47820 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
03 - 77251651 / 03 - 77281650
Saya juga seorang Perawat Rawatan Islam Benteng mukmin Sg.Buloh & Jurubekam Profesional
014-2399365 / 014-7194165

Sunday, February 2, 2014

SUATU WAKTU DAHULU….

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuuh



Tulisan Khurafat Alam Melayu ini membongkar pengalaman saya semasa kecil yang di kelilingi banyak perkara khurafat yang melingkari pemikiran keluarga dan penduduk kampung. Walaupun penduduknya semua muslim, tetapi kepercayaan khurafat masih tetap diamalkan sebagai satu adat dan tradisi.

Perkara-perkara khurafat ini sudah tentu diwarisi dari kepercayaan karut marut nenek moyang sebelum kedatangan Islam. Kemudiannya, kepercayaan tersebut dicampur aduk mengikut kesesuaian kehidupan harian, yang secara tidak disedari telah bercanggah dengan ajaran Islam. Antaranya;

MEMINTA IZIN DARI ORANG MATI

Semasa kanak-kanak, saya dan sepupu (lelaki dan perempuan) selalu diingatkan orang tua jika hendak melintas di kubur keramat, hendaklah meminta izin dahulu kepada si mati dengan ucapan: “Tok, tok….anak cucu hendak tumpang lalu.” Tujuannya agar tidak dimarahi dan terkena badi si mati.

Tentu anda tidak percaya bahawa saya dan sepupu menjadikan kawasan perkuburan sebagai medan permainan. Kawasan perkuburan hanya berjarak 50 meter dari rumah saya (kampung di Sri Aman). Biasanya kami main sembunyi-sembunyi (hide and seek) dengan menjadikan tiang-tiang nisan yang besar atau batang-batang pokok sebagai tempat persembunyian.

Langsung tiada perasaan takut menghadapi seribu bentuk tiang nisan yang mencacak suram di bawah lembayung pohon-pohon buah yang lebat dedaunnya. Kawasan kubur bergema dengan sorak sorai suara kami yang berkejaran ke sana sini untuk mencari mereka yang bersembunyi. Yang namanya hantu, tidak pernah menakutkan kami. Mungkin hantu yang takut kepada kami.

Setelah penat bermain sembunyi-sembunyi, kami akan mencari buah-buahan seperti rambutan, durian, langsat, rambai, matan dan cempedak (mengikut musim) yang sedang masak dan tumbuh melata dengan subur di kawasan perkuburan tersebut untuk mengisi perut. Atau, kami beramai-ramai berenang dan mandi di telaga dekat hutan yang berhampiran tanah perkuburan.

NOMBOR EKOR

Pernah beberapa kali, kami bertemu dengan sekumpulan lelaki yang meminta nombor ekor di sebuah kubur lama yang dianggap keramat. Kubur itu dipagar dengan kayu belian dan nisan daripada batu itu sangat tinggi dan besar. Kubur keramat itu dikatakan berusia lebih ratusan tahun dan jasad yang ditanam dimiliki oleh seorang wali yang alim. Tiada nama tercatat pada nisan tersebut.

Mereka meletak buah-buahan seperti limau, pisang, epal, anggur dan wang syiling di dalam bakul sebagai “senbahan” kepada kubur keramat agar memperkenan nombor yang dipertaruhkan. Dua batang lilin dinyalakan di kiri kanan hidangan. Setelah melakukan “upacara sembahan”, mereka akan berlalu pergi.

Kami mengintai dengan penuh minat. Setelah kumpulan lelaki itu pergi, kami dengan gembiranya menikmati hidangan dan membahagi wang syiling tersebut. Secara beramai kami berkata: : “Tok, tok…. anak cucu nak tumpang makan dan halalkan wang syiling ini.” Kami pun makan dengan lahapnya kerana rasa lapar setelah penat bermain. Wang syiling kami belikan ais krim.

Entah apa yang difikirkan sekumpulan lelaki itu apabila melihat makanan dan wang syiling yang dihidangkan kepada kubur keramat, telah lesap licin tanpa kesan. Hanya tinggal talam yang bertaburan dengan kulit limau dan pisang. Mungkin mereka fikir kubur keramat itu telah memakan hidangan dan beranggapan doa mereka dimakbulkan. Wallahu’alaam.

SYIRIK AKBAR

Gambaran di atas hanya satu dari pengalaman yang dilalui semasa kecil yang banyak dipengaruhi perkara khurafat di dalam budaya orang Melayu terdahulu. Ia menjadi ingatan turun temurun oleh nenek moyang sehinggalah kepada kaum kerabat saya di seluruh kampung. Ketika itu, saya percaya secara bulat-bulat tanpa mengetahui amalan kepercayaan tersebut boleh membawa kepada mensyirikkan Allah SWT. Wal’iyazubillah.

Apabila mengenang perbuatan meminta izin daripada si mati, saya jadi lucu dan bodoh sendiri. Bagaimana mungkin orang hidup boleh meminta izin orang mati sedangkan orang mati tidak mampu berbuat apa-apa yang dapat memudharatkan atau memanfaatkan kita. Saya menginsafi bahawa perbuatan tersebut merupakan syirik akbar (besar) yang mesti dijauhi setelah mendalami ilmu agama.

Banyak pelanggaran hukum telah berlaku dalam masyarakat apabila kurang mempelajari ilmu untuk melaksanakan ibadah. Apabila jahil tentang hukum-hukum dalam ibadah, berlakulah campur aduk antara yang benar dan salah. Akhirnya, mengikut sahaja kepercayaan yang sedia ada dalam adat dan tradisi.

Sebelum kedatangan Islam, nenek moyang terdahulu beranggapan bahawa wali yang sudah meninggal dunia atau makhluk ghaib boleh mengatur kehidupan manusia yang hidup. Mereka takut jika tersalah langkah atau tidak meminta izin terlebih dahulu, mereka akan terkena badi yang membawa kepada kecelakaan atau kematian yang dahsyat. Sedangkan yang patut kita takut dan mohon pertolongan adalah….

ALLAH SWT.

“Janganlah kamu takut kepada mereka. Takutlah kamu kepada-KU, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” – Aali ‘Imraan: 175

-----------------------------------------------------------------


Perhatian. Jika rumah anda ade sarung kuning mcmni sila buang.takut dilanda byk fitnah.Kami ada cara utk memagar Rumah anda dari Gangguan Jin. Smuanya Sumber dr Al Quran dan Doa. Tiada tangkal atau pun unsur unsur Syirik Khurafat. Moga Allah Merahmati Kita semua.

Hubungi Saya 0142399365 Perawat Rawatan Islam n Jurubekam Profesional. - Raja Along

No comments: