Sesiapa yang teringin mengikuti training ESQ 165 lebih lanjut dari saya. Training ini boleh diikuti oleh kelas Profesional, dewasa, mahasiswa, remaja dan juga kanak2..

SHAHRIEN SHAHAR
014-7194165
(PUBLIC PROGRAM EXECUTIVE)

ESQ LEADERSHIP CENTER SDN BHD,
ACT CONSULTING & EDUCATION SDN BHD
E-602, EAST WING BLOCK, METROPOLITAN SQ,
NO. 2, JALAN PJU 8/1, DAMANSARA PERDANA,
47820 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
03 - 77251651 / 03 - 77281650
Saya juga seorang Perawat Rawatan Islam Benteng mukmin Sg.Buloh & Jurubekam Profesional
014-2399365 / 014-7194165

Wednesday, February 19, 2014

Sekilas Mengenai Padang Mahsyar

(gambar hiasan) 


Mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam mahsyar. Para sahabat Rasulullah SAW bertanya, mahsyar ni sebenarnya di mana? Jawab Rasulullah SAW, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan, takda pokok, takda sungai, gunung-ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian. Ini terjadi apabila Malaikat Israfil AS meniup sangkakala pada pertama kali. Pada kali kedua Malaikat Israfil AS tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing-masing dalam keadaan yang sungguh terpinga-pinga lalu manusia bertanya sesama sendiri, di mana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke Mahsyar. Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman Nabi Adam AS sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang melampau serta bertelanjang bulat dihambat ke Mahsyar. Rujuk surah Yaasin ayat 52-54. Ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu. Saidatina Aisyah RA pernah bertanya Rasulullah SAW, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita? Lalu dijawab Nabi Muhammad SAW dengan memetik ayat Al-Quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri. Rujuk surah A'basa ayat 37 (80:37).

Ada yang ke Mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan dan yang istimewa dibawa oleh Malaikat Munkar AS dan Nakir AS. Apabila sampai di Mahsyar, perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada Nabi Adam AS hanya untuk meminta syafaat untuk Allah SWT percepatkan hisab. Jawab Nabi Adam AS dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Maka pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula Nabi Nuh AS, Musa AS, Isa AS dan Ibrahim AS tetapi mereka tidak mampu. Lalu pergi semua manusia kepada Nabi Muhammad SAW lalu baginda SAW berdoa dan Allah SWT memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan,ada orang dah mintak kat Allah SWT awal-awal agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di Mahsyar. Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kita sahaja dek kerana padatnya manusia pada hari tu.

Sebelum hisab bermula, kitab-kitab amalan kita akan turun dari Arash. Masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga. Kemudian Allah SWT panggil setiap seorang untuk dihisab. Sebelum Allah SWT mula menghisab, Allah SWT suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia. Tak ada satu pun tertinggal. Lepas habis baca Allah SWT akan tanya kita 3 soalan.

1. Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh Malaikat Raqib AS dan Atid AS?
2. Apa yang kamu lakukan dengan ilmu yang kamu ada?
3. Apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan?

Setelah ditimbang di Al Mizan, didapati pahala kita melebihi dosa kita. Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga. Gembiranya. Tapi final check Allah SWT buat. Allah SWT tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil ke depan untuk menuntut hak mereka. Antara yang mula-mula bangun adalah anak isteri dan keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan dan seterusnya. Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi kat diorang. Jika pahala dah habis, dosa diorang pulak kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak-anak dan isteri).

Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita seorang, tapi effect juga pada orang-orang yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik-adik lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.

Hari Mahsyar hari yang sangat dahsyat.

Hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti.

Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu.

Yakinkah kita tergolong dalam golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang. Bukan juga simply boleh masuk dengan baik sorang-sorang, so jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan. Moga Allah SWT tolong kita di hari pembalasan nt. Amin.

No comments: