Sesiapa yang teringin mengikuti training ESQ 165 lebih lanjut dari saya. Training ini boleh diikuti oleh kelas Profesional, dewasa, mahasiswa, remaja dan juga kanak2..

SHAHRIEN SHAHAR
014-7194165
(PUBLIC PROGRAM EXECUTIVE)

ESQ LEADERSHIP CENTER SDN BHD,
ACT CONSULTING & EDUCATION SDN BHD
E-602, EAST WING BLOCK, METROPOLITAN SQ,
NO. 2, JALAN PJU 8/1, DAMANSARA PERDANA,
47820 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
03 - 77251651 / 03 - 77281650
Saya juga seorang Perawat Rawatan Islam Benteng mukmin Sg.Buloh & Jurubekam Profesional
014-2399365 / 014-7194165

Wednesday, February 19, 2014

KENAPA SAF PERTAMA MENJADI REBUTAN?



Ramai bertanya kenapa harus berebut-rebut untuk mendapat saf pertama, barisan hadapan atau saf paling awal di masjid atau surau atau dalam mana-mana solat berjemaah. Ada yang berpendapat, menyusahkan diri sahaja berlumba-lumba dengan orang lain. Ada ruang untuk solat, duduk sahaja dalam saf yang ada dan bersolatlah. Yang utama adalah berjemaah.

Ada yang berpandangan, tidak semestinya solat di saf pertama akan menjamin kekhusyukan dalam solat. Di mana-mana saf solat pun boleh juga khusyuk. Khusyuk tertakluk kepada kawalan diri masing-masing bukan pada tempat. Saya bersetuju dengan semua pendapat atau pandangan di atas kerana setiap orang berhak atas apa yang hendak dilakukannya bagi mencapai keredhaan Allah swt.

Saya menyakini bahawa kebanyakan kita mengetahui fadhilat atau keutamaan solat berjemaah. Tetapi tidak ramai yang mengetahui akan KEUTAMAAN SAF PERTAMA dalam solat sehingga kita merasa hairan dan takjub kepada orang yang bersungguh-sungguh untuk merebut tempat di saf pertama. Ini berakibat dari kurang membaca hadis berhubung kelebihan SAF PERTAMA yang mempunyai nilai eksekutif berbanding saf yang seterusnya.

“Solat di saf pertama merupakan pilihan saya setiap kali berjemaah di mana-mana masjid dan surau. Saf pertama memberi suasana yang eksklusif kerana tiada gangguan pandangan di hadapan. Saf pertama dapat membawa kepada kekhusyukan solat dan keindahan beribadah daripada saf-saf yang lain walaupun berada di saf ke dua.”

Namun perlu difahami dalam membicarakan tentang saf atau barisan pertama dalam solat ini, tentu terdapat perbedaan antara saf lelaki dan saf perempuan kerana di sini terdapat permasalahan fikah dalam menentukan saf paling baik bagi perempuan.

Setelah memahami konteks kelebihan saf pertama ini, saya semakin ingin untuk mencapai fadhilatnya terutamanya di Masjid Nabawi dan Masjidl Haram. Alhamdulillah, sudah banyak kali saya berjaya menempatkan diri di saf pertama di Masjid Nabawi tetapi berada di barisan tengah dan belakang di Masjidil Haram.

Kenapa terdapat DUA PERBEZAAN tempat yang memperlihatkan saya merebut saf pertama di Masjid Nabawi sedangkan di Masjidil Haram, saya tidak seagresif untuk merebut saf pertama tersebut. Hal ini berhubung kait dengan permasalahan fikah yang akan dibahaskan bersama nanti.

Tentang KELEBIHAN SAF PERTAMA, saya menulis bersandarkan buku ENSIKLOPEDIA SOLAT MENURUT AL-QU’RAN DAN AL-SUNNAH, JILID 1, hal. 276 – 279, karya Dr. Said bin ‘Ali bin Wahf al-Qahthani. Mudahan dapat membantu kita dalam memahami konteks perbahasan ini dan saya berusaha menjelaskan dengan bahasa mudah. Semoga bermanfaat. Aamiin.

KELEBIHAN SAF PERTAMA

Pelbagai keutamaan yang sangat banyak telah ditetapkan akan kelebihan saf pertama/barisan hadapan dalam solat, antaranya:

a. MELAKUKAN UNDIAN ATAS SAF/BARISAN PERTAMA

Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda : “Seandainya umat manusia mengetahui pahala yang terkandung pada SERUAN AZAN dan juga SAF PERTAMA, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali melalui undian, nescaya mereka akan berundi.” – Riwayat Bukhari dan Muslim

Sabda Rasulullah saw: “Seandainya kalian mengetahui atau mereka mengetahui apa yang terdapat pada BARISAN TERDEPAN (SAF PERTAMA), nescya akan diadakan undian.” – Riwayat Muslim

b. SAF PERTAMA SEPERTI SAF MALAIKAT

Telah ditegaskan bahawa SAF PERTAMA adalah seperti SAF MALAIKAT. Hal ini didasarkan kepada hadis Ubay bin Ka’ab r.a dari Nabi saw, bersabda:

“Sesungguhnya SAF PERTAMA sama seperti SAF MALAIKAT. Seandainya kalian mengetahui apa yang terdapat padanya (SAF PERTAMA), pasti kalian akan bergegas mengejar/merebutnya.” Riwayat Abi Daud

Dalam mensyarahkan sabda Rasulullah saw tentang “SAMA SEPERTI SAF MALAIKAT”, Syaikh Ahmad al-Bana menyatakan, iaitu “DALAM KEDEKATAN KEPADA ALLAH SWT, TURUNNYA RAHMAT DAN PENYEMPURNAANNYA.” Ini bermaksud, para Malaikat itu berbaris dalam beribadah kepada Allah swt.

Jabir r.a menceritakan bahawa Rasulullah saw pernah keluar menemui kami lalu bersabda:

“Tidakkah kalian berbaris seperti para Malaikat berbaris di sisi Tuhannya? Kami bertanya” “Wahai Rasulullah saw, bagaimana para Malaikat itu berbaris di sisi Rabbnya ?” Rasulullah saw menjawab: “Menyempurnakan SAF PERTAMA, lalu mereka merapatkan diri dalam saf. – Riwayat Muslim

c. SAF PERTAMA SEBAIK-BAIK SAF

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:

“Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang PALING PERTAMA dan seburuk-buruknya adalah yang PALING AKHIR. Sebaik-baik saf bagi perempuan adalah yang PALING AKHIR dan seburuk-buruknya adalah YANG PALING PERTAMA.” – Riwayat Muslim

PERBAHASAN:

Imam an-Nawawi rhm. menjelaskan, ada pun saf lelaki secara umumnya yang terbaik adalah urutan SAF PERTAMA untuk selamanya dan yang paling buruk adalah SAF TERAKHIR. Manakala sebaik-baik saf bagi perempuan adalah yang PALING AKHIR dan seburuk-buruknya adalah SAF PERTAMA. Tetapi yang dimaksudkan hadis ini DENGAN SAF PEREMPUAN adalah APABILA PEREMPUAN BERJEMAAH DENGAN LELAKI TANPA ADA HALANGAN ANTARA KEDUANYA (saling dapat melihat).

Sepakat para fuqaha bahawa saf yang utama bagi lelaki sama ada bersama mereka, kanak-kanak atau perempuan adalah SAF PERTAMA. Begitu juga bagi perempuan yang TIDAK BERSAMA mereka makmum lelaki atau berjemaah bersama dengan lelaki tetapi ADA penghalang atau tabir antara keduanya, maka yang utama bagi perempuan adalah SAF PERTAMA. Akan tetapi jika perempuan itu berjemaah bersama dengan lelaki TANPA penghalang atau tabir, maka yang lebih utama bagi perempuan adalah SAF TERAKHIR.

Ruang solat di Masjidil Haram sangat besar, sangat luas dan sangat lapang. Tidak banyak ruang solat wanita yang berdinding/bertabir. Kebanyakannya ruang terbuka bagi lelaki dan perempuan bersolat. Malahan ada yang “bercampur” saf antara lelaki dan perempuan.

(perbahasan tentang kedudukan “bercampur” solat jamaah bagi lelaki dan wanita di Masjidil Haram akan saya tulis di kemudian hari, insya Allah).

MAKSUD SEBAIK-BAIK SAF BAGI LELAKI DAN PEREMPUAN adalah yang paling banyak mendapat pahala, mana kala SEBURUK-BURUK SAF BAGI LELAKI DAN PEREMPUAN adalah yang paling sedikit mendapat pahala. KEUTAMAAN SAF AKHIR bagi wanita (berjemaah dengan lelaki tanpa penghalang/tabir) adalah untuk mengelak fitnah dari lelaki melihat mereka (wanita) serta tertarik hati kepada mereka ketika melihat gerakan, wajah, mendengar ucapan mereka dan sebagainya.

d. ALLAH SWT DAN PARA MALAIKAT-NYA BERSELAWAT ATAS SAF PERTAMA

SAF PERTAMA adalah yang paling banyak mendapat selawat. Ini disandarkan kepada hadis Abu Umamah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-NYA berselawat atas SAF PERTAMA. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah atas SAF KEDUA juga ? Baginda saw menjawab, “Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-NYA berselawat atas SAF PERTAMA. Mereka bertanya lagi, Wahai Rasulullah, apakah atas SAF KEDUA juga ? Baginda menjawab, “Iya, pada barisan kedua juga.” – Riwayat Ahmad dan Ath-Thabrani

Dari Nu’man bin Basyir, dia bercerita, aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya Allah swt dan para Malaikat-NYA berselawat atas saf pertama atau beberapa saf pertama.” – Riwayat Ahmad

Manakala al-Bara’ bin Azib r.a bercerita dari Nabi saw bersabda:

“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-NYA berselawat atas saf-saf terdepan.” – Riwayat An-Nasa’i dan Ibnu Majah

e. NABI SAW BERSELAWAT ATAS SAF PERTAMA SEBANYAK 3 KALI SEDANGKAN ATAS SAF KE-2, SATU KALI SAHAJA

Perkara ini ddasarkan kepada hadis al-”Irbad bin Sariyah r.a bahawa Rasulullah saw berselawat atas SAF PERTAMA sebanyak 3 kali dan 1 kali atas saf kedua. Menurut Ibnu Majah bahawa Baginda Rasul saw memohon keampunan untuk saf pertama, 3 kali dan untuk saf kedua, sekali.

WALLAHU’ALAAM WALHAMDULILLAH

****************

Subhanallah, betapa Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah kepada hamba-NYA yang berusaha untuk mencapai keredhaan-NYA. Segala kelebihan-kelebihan dalam beribadah yang diberi Allah kepada manusia merupakan kurnia MENGINTIP JALAN KE SYURGA. Sesiapapun berhak meraih kemuliaan di sisi Allah, jika keinginan itu ada pada dirinya.

Oleh itu, bukalah ruang kekuatan tenaga yang ada untuk kita membesarkan Allah, mengagungkan perintah-NYA dan menanam dalam diri kita bahawa kita adalah hamba Allah yang paling kecil dan paling hina di hadapan-NYA. Hilangkan rasa sombong dan ego yang hanya menjadikan kita, hina pada pandangan Allah. Wal’iyazubillahi min dzalik.

Setelah kita mengetahui dan memahami kelebihan-kelebihan SAF PERTAMA, marilah bersama mencapai keredhaan Allah dan berusahalah menempatkan diri di saf pertama dalam solat. Hanya kita yang membuat keputusan, MAHU atau TIDAK MAHU meraih sesuatu yang hebat buat bekalan hidup kita di akhirat. Aamiin.

No comments: