Sesiapa yang teringin mengikuti training ESQ 165 lebih lanjut dari saya. Training ini boleh diikuti oleh kelas Profesional, dewasa, mahasiswa, remaja dan juga kanak2..

SHAHRIEN SHAHAR
014-7194165
(PUBLIC PROGRAM EXECUTIVE)

ESQ LEADERSHIP CENTER SDN BHD,
ACT CONSULTING & EDUCATION SDN BHD
E-602, EAST WING BLOCK, METROPOLITAN SQ,
NO. 2, JALAN PJU 8/1, DAMANSARA PERDANA,
47820 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
03 - 77251651 / 03 - 77281650
Saya juga seorang Perawat Rawatan Islam Benteng mukmin Sg.Buloh & Jurubekam Profesional
014-2399365 / 014-7194165

Monday, April 6, 2015

Sebuah Rumah Itu...

Wajib baca....
Seorang Supervisor yg telah berkhidmat 30 tahun di dalam sebuah syarikat 'property developer' ingin bersara dan mengemukakan surat permohonan kpd majikannya.

Pengarah syarikatnya bersetuju tetapi dgn syarat supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek sebuah rumah.

Supervisor dengan berat hati bersetuju. Kerana tidak sabar untuk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dgn pantas tetapi tidak menjaga kualitinya.

Setelah siap rumah tersebut, terkejut si supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kepadanya.

Amat menyesal dalam hati supervisor tersebut kerana tidak di 'Design' rumah yg bakal didudukinya dengan sebaik mungkin.

Sebenarnya, inilah yg terjadi pada setiap dari kita.
Kita sekarang sedang 'Design' dan membangun di TEMPAT TINGGAL kita di akhirat kelak...

Kita beribadah untuk Allah tapi pahalanya untuk diri kita sendiri. Kerana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita.

Sebaliknya kita yang sangat sangat memerlukan Allah. Sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sedang 'Design' dan membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri..

Jika kita designkannya dengan sambil lewa, maka tak sempurna kejadiannya.
Jika kita membangunnya dgn baik akan berbaloilah hasilnya.
Renungan Bersama...

TAHUKAH ANDA DI MANAKAH DOSA ANDA DILETAKKAN SEWAKTU ANDA BERSEMBAHYANG?

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
" Sesungguhnya seorang hamba yang bersembahyang sedang dia membawa semua dosa kesalahannya diletakkan di atas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia ruku' dan sujud maka berguguranlah dosanya itu".
( Riwayat at Tabarani dengan sanad yang sohih )


Hai !, mereka yang gopoh gapah dalam ruku' dan sujud, panjangkan sedikit ruku' dan sujud mu agar mampu gugurnya dosa anda.
Jangan terlepas ganjaran ini.

Peringatan :
Sila sebarkan mesej ini;
jangan sembunyikan ilmu yang baik ,
anda akan beroleh ganjaran pahala..

Saturday, March 7, 2015

6 LANGKAH BERDEPAN FITNAH



1) TIDAK GELABAH
Kadangkala fitnah datang tanpa disangka dan dijangka umpama tsunami. Namun, jangan mudah panik. Jadilah insan yang bijak membuat keputussan. Berfikirlah dengan mata hati bukannya ikut hati. Buatlah keputusan dengan berhati-hati. Fikirkan implikasi bagi setiap keputusan yang ingin diambil.

2) PANDANG JAUH KE HADAPAN
Orang yang bijak ialah orang yang berfikiran jauh agar fitnah yang datang tidak bertambah parah. Jauh pandang ke hadapan juga bererti tidak membuat keputusan terburu-buru yang hanya memberikan kelebihan jangka masa pendek, bahkan kebiasaannya mengakibatkan kesilapan.Fikirlah dengan matang dan lihatlah ke hadapan kesan dan faedah jangka masa panjang.

3) SABAR
Sabar langkah proaktif awal berhadapan dengan fitnah. Fitnah yang dilontarkan pasti menggores hati insan yang difitnah. Sekiranya difitnah, latih diri untuk tidak bertindak di luar kawalan. Tenangkan diri dan hadapinya dengan iman dan akhlak.

4) BERSANGKA BAIK
Anggaplah fitnah yang dilontarkan itu kesilapan yang dilakukan secara tidak sengaja.  Anggaplah maklumat yang betul tidak sampai kepada orang yang menyebarkan berita fitnah tentang diri kita. Bersangka baik akan menjadikan diri kita sentiasa berada pada tahap pemikiran yang positif yang akan turut menghasilkan tindakan positif. Namun sekiranya kita sudah pasti bahawa berita yang sampai itu fitnah, maka bertindaklah dengan penuh hikmah.

5) BERFIKIRAN PENGKAJI
Dunai fitnah memperlihatkan maklumat yang disebarkan tidak diketahui kesahihannya. Oleh yang demikian, setiap berita yang sampai kepada kita perlu dianalisis, diteliti dan dikaji terlebih dahulu.

Pastikan sumber dan kesahihan setiap berita yang diterima, serta tidak menyebarkan berita tersebut dengan terburu-buru kerana bimbang akan menjadi fitnah. Oleh itu Allah memerintahkan agar kita meneliti setiap berita yang sampai supaya kita tidak menghukum seseorang tanpa mengetahui keadaannya terlebih dahulu.

6) JAUHI FITNAH
Berusahalah untuk menjauhi pintu-pintu fitnah kerana itulah yang dilakukan oleh Saidina Umar Al-Khattab ketika memerintah negara. Menjauhi tidak bermaksud melarikan diri dari fitnah. Sebaliknya berusaha untuk menjauhi perkara-perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam kancah fitnah. Cubalah sedaya upaya untuk mengunci pintu-pintu fitnah walaupun sukar untuk dilaksanakan. Sekurang-kurangnya kita menutupnya walaupun tidak rapat

Sumber : Majalah Solusi

Wednesday, March 4, 2015

Ustaz Tampar Isteri?


Gambar sekadar hiasan 

Seorang ustaz muda baru beberapa bulan bertugas di sebuah sekolah. Entah bagaimana, tersebar cerita yang dia menampar isterinya di pasar minggu depan orang ramai. Dengar kata, dia marah kerana isterinya bersembang dengan lelaki lain.

Bukan setakat guru-guru, hatta dalam kalangan pelajar juga heboh dengan cerita tersebut. Tetapi ustaz itu hanya berdiam diri. Bahkan tiada seorang pun yang berani bertanya kepadanya secara langsung. Bukan sedikit guru dan pelajar yang hilang hormat kepadanya.

Sehinggalah tiba hari Jumaat, semasa perhimpunan beliau berucap:

“Pertama sekali, saya tidak pernah menampar isteri saya di pasar minggu itu.

Kedua, isteri saya tidak pergi pun ke pasar minggu itu pada minggu tersebut.

Ketiga, saya sendiri pun tidak ke pasar minggu itu pada minggu tersebut.

Terakhir, saya belumpun berkahwin.”

Pengajaran : Jika tidak pasti, bertanya pada empunya diri sebelum menyebarkannya. Kalau tidak, sia-sia sahaja mendapat dosa percuma. Heh. 

Friday, February 20, 2015

Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Mac-April 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 31 Januari 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 28 Februari 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 



  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Mac-April dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mac 2015.
SENARAI PESERTA
Kredit untuk Kak Mialiana
                                                    

SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH


Wednesday, February 18, 2015

UJIAN



UJIAN

Ramai orang yang berubah apabila terhantuk dengan parah. Apabila Allah menguji dengan ujian yang kecil, kita tidak hiraukan dan enggan berubah. Kemudian Allah akan timpakan dengan ujian yang lebih berat. Justeru, mari kita sentiasa hisab diri dan segera berubah sebelum Allah turunkan musibah yang berat.

KEBAIKAN

Jika Allah ingin memberi sesuatu kebaikan kepada kita, maka Dia timpakan musibah kepada kita. Jika kita insaf dan perbaiki diri pasti kebaikan demi kebaikan kita terima selepas ini. Bersyukurlah dengan ujian sebab itu tanda kasih Allah untuk kita. Allah tidak pernah membiarkan hambaNya bersendirian malinkan ada kebaikan untuk semuanya.

KESABARAN

Ingatkan diri untuk sentiasa bersabar dengan setiap ujian. Kekuatan tidak akan terlihat selagi belum menghadapi realiti. Mungkin kita merasakan tidak mampu menghadapi, hakikatnya dengan kekuatan yang Allah pinjamkan dan senjata doa yang menjadi perisai diri, semuanya akan dipermudahkan.

Insya Allah.

(Sumber : Majalah Solusi)

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada sharing ini.

Tuesday, February 17, 2015

Amalan Ketika Makan Untuk Kurus 10KG Dalam Masa 2 Minggu

1. Kalau nk kurus.. bila makan nasik , makan dgn ayam sebab ayam akan makan nasik tu dalam perut

2. Jgn makan sayuq dan buah yg ada bijik sbb dia akan tumbuh dlm perut

3. Ikan bandaran baik untuk menghilangkan perut buncit.. telan ikan hidup2 dan ikan bandaran akan makan lemak2 dlm perut

4. Jgn makan ikan diikuti air yg byk.. dikhuatiri ikan akan berenang didlm perut

5. Hati lembu dan semua hati binatang yg halal baik utk mengubati sakit hati


LOLZ! jgn marah! kwn dlm blog yg share.hahahaha