Apabila melihat orang lebih tua, fikirkan...
Mungkin bakti dan pahalanya lebih banyak daripada kita.
"Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang umurnya lagi baik amalannya." (Riwayat al-Tirmizi)
Apabila melihat orang lebih muda, fikirkan...
Mungkin maksiat dan dosanya lebih sedikit daripada kita
Apabila melihat kanak-kanak, fikirkan...
Mereka masih suci daripada dosa dan maksiat. Rasulullah SAW suka menyapa dan bergurau dengan kanak-kanak.
Apabila melihat orang lebih miskin, fikirkan...
Mereka lebih berpeluang besar ke syurga.
"Aku berdiri di pintu syurga lalu aku dapati kebanyakan yang memasukinya ialah orang miskin." (Riwayat Muslim)
Apabila melihat orang lebih kaya, fikirkan...
Mungkin mereka lebih banyak membela agama dan membantu manusia daripada kita.
"Tidak boleh dengki melainkan terhadap dua orang : orang yang dikurniai Allah SWT harta lalu dia habiskan demi kebenaran." (Riwayat al-Bukhari)
Apabila melihat ibu tunggal, fikirkan...
Mereka lebih dekat dengan Rasulullah SAW berbanding kita.
"Aku dan penanggung anak yatim seperti ini. (Rasulullah SAW mengisyaratkan dua jari baginda)" (Riwayat al-Bukhari)
Apabila melihat orang jahat, fikirkan...
Mungkin ada suatu amal baiknya yang menyebabkan Allah redha lalu mengampuninya.
"Diampunkan dosa seorang pelacur yang mendapati seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga dengan lidahnya terjelir. Kehausan hampir membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat tali kasut itu dengan tudungnya lantas dia mencedok air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu." (Riwayat al-Bukhari)
Apabila melihat orang kafir, fikirkan...
Mungkin suatu masa nanti dia menjadi Muslim lalu lebih baik Islamnya daripada kita.
No comments:
Post a Comment