Sesiapa yang teringin mengikuti training ESQ 165 lebih lanjut dari saya. Training ini boleh diikuti oleh kelas Profesional, dewasa, mahasiswa, remaja dan juga kanak2..
SHAHRIEN SHAHAR
014-7194165
(PUBLIC PROGRAM EXECUTIVE)
ESQ LEADERSHIP CENTER SDN BHD,
ACT CONSULTING & EDUCATION SDN BHD
E-602, EAST WING BLOCK, METROPOLITAN SQ,
NO. 2, JALAN PJU 8/1, DAMANSARA PERDANA,
47820 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
03 - 77251651 / 03 - 77281650
Saya juga seorang Perawat Rawatan Islam Benteng mukmin Sg.Buloh & Jurubekam Profesional
014-2399365 / 014-7194165
Tuesday, March 11, 2014
Kisah Pisang Dan Hati...
Hani, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid2nya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokkan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing2. Ada yang membawa 3 biji, ada juga 5 biji dan yang paling banyak 8 biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Hani.
Kanak2 tersebut menyimpan pisang masing2 di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik2 dan akhirnya menjadi busuk. Kanak2 itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi2 lagi murid2 Hani sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okay semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Hani. Semuannya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu?" beritahu Cikgu Hani.
Cikgu Hani mengingatkan anak2 muridnya supaya membuang jauh2 perasaan benci daripada membebani hidup...
Betul kan??? Sebab nanti diri sendiri yang rasa insecure dan tak senang duduk...chillex sudah... perkataan kena seiring dengan jiwa... kalau tak seiring tak ada makna berkata2... betul tak???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment