
seperti biasa saya mengutarakan persoalan ini kepada adik-adik kesayangan saya, dan inilah hasilnya setelah menselatankan mereka.



Ada sebuah cerita dari Untaian Kisah Para Wali-Wali Allah oleh Syed Ahmad Semait :
Seorang pemuda dengan bangga memerhatikan rumahnya yang sedang dibina dengan begitu cantiknya dan kemudian lalulah seorang Wali Allah yang kebetulan berdiri... di sebelah pemuda itu.
Berkata Wali Allah itu, "Rumah ini sangat indah tetapi ada 2 kelemahannya,"
"Apakah kelemahan-kelemahan rumah ini, Wahai Pakcik, semuga hamba dapat memperbetulkannya?"
"Pertama : Rumah cantik ini tidak akan kekal lama kerana akan rosak dimamah usia"
Termenung pemuda itu dengan bayangan maksud dari kalam Wali Allah tadi.
"Bagaimana yang keduanya pula Wahai Pakcik?"
"Keduanya? Pemilik rumah ini juga tidak akan kekal berada di dalamnya."
Wallahu a^lam.
(sharing dari saudara Ali Yahaya Aljahsyi)
sharing is caring, :)
1 comment:
sharing yang sangat bermakna.....
Post a Comment