Sesiapa yang teringin mengikuti training ESQ 165 lebih lanjut dari saya. Training ini boleh diikuti oleh kelas Profesional, dewasa, mahasiswa, remaja dan juga kanak2..

SHAHRIEN SHAHAR
014-7194165
(PUBLIC PROGRAM EXECUTIVE)

ESQ LEADERSHIP CENTER SDN BHD,
ACT CONSULTING & EDUCATION SDN BHD
E-602, EAST WING BLOCK, METROPOLITAN SQ,
NO. 2, JALAN PJU 8/1, DAMANSARA PERDANA,
47820 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
03 - 77251651 / 03 - 77281650
Saya juga seorang Perawat Rawatan Islam Benteng mukmin Sg.Buloh & Jurubekam Profesional
014-2399365 / 014-7194165

Tuesday, September 30, 2014

Pesan Suami Buat Isteri...



Kalau suami diam, bukan berarti acuh.
Mungkin ia sedang berpikir keras menyelesaikan
masalahnya.

Kalau suami terlihat tegar, bukan karena ia tak
pernah sedih.

namun ia ingin tetap kuat dan mampu melindungi
istrinya.

Kalau suami terlihat gembira, tidak selalu berarti
dia sedang bahagia.
Bisa jadi karena ia ingin membahagiakan istri dan
anak-anaknya.

Kalau suami manja di hadapan istri, bukan karena
ia tak dewasa.
Namun ia butuh menstabilkan emosi dan
menyegarkan semangatnya.

Dibalik suami hebat ada istri luar biasa slalu
mendukungnya.

Setujuu..???

"AKIBAT SELALU MEMIKIRKAN DUNIA"




Rasulullah SAW Bersabda :

"Barangsiapa yang bangun di pagi hari dan hanya dunia yang dipikirkannya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat hak Allah dalam dirinya maka Allah akan menanamkan 4 penyakit dalam dirinya :
1. Kebingungan yang tiada putus-putusnya.
2. Kesibukan yang tidak pernah ada ujungnya.
3. Kebutuhan yang tidak prnah terpenuhi.
4. Keinginan yang tidak akan tercapai." 

(H.R.Imam Thabrani)

Na'udzubillahi Mindzalik.

Aminkan Doa ini agar kita bisa menghindarinya.

"Ya Allah.. Ingatkanlah jika kami lupa kepada-
Mu.
Ingatkanlah jika kami lupa kepada Nabi-Mu.
Ingatkanlah jika kami lupa pada urusan akhirat.
Agar kami senantiasa berada dalam petunjuk-Mu.
Ya Allah..
Kami hamba yang lemah di hadapan-Mu.
Bimbinglah dalam setiap langkah kami.
Jauhkanlah kami dari perkara yang Engkau tidak ridhai.
Dekatkanlah kami pada perkara yang Engkau ridhai.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.

HIDAYAH ITU DIJEMPUT, BUKAN DITUNGGU



Jika hidayah adalah cahaya, maka hati adalah ruangan.
Cahaya tidak dapat masuk ke dalam ruangan kalau jendelanya tertutup. Apa yang menjadi jendela ?
Hati kita…

Buka jendela, siapkan ruangan, siapkan diri dan cahaya akan masuk. Insya Allah…
Bukalah hati, siapkan diri dan hidayah akan menerangi kita. Insya Allah…

Membuka hati itu bisa dari membaca dan mengkaji al qur'an, membaca buku agama, mendengar ceramah, membaca motivasi agama, mendengar nasehat yang baik dan bergaul dengan orang sholeh.

Allah Subhana Wata’ala berfirman:

''Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu (Al-Quran) yang menjadi nasihat / pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyak it batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.''(QS. Yunus: 57)

Jadi hidayah itu Insya Allah menuju kita jika kita menjemputnya dengan membaca al qur’an, mengkajinya dan amalkanlah....

Manfaat Menuntut Ilmu



Dengan ilmu akan terlahir Kemuliaan, walaupun orangnya hina.
Dengan ilmu akan terlahir Kekuatan, walaupun orangnya lemah.
Dengan ilmu akan terlahir Kedekatan, walaupun orangnya jauh.
Dengan ilmu akan terlahir Kekayaan, walaupun orangnya fakir.
Dengan ilmu akan terlahir Kewibawaan, walaupun orangnya rendah hati.

Jangan terpenjara oleh kemalasan dan kebodohan, jebol dindingnya dengan menuntut ilmu dan mencintainya serta dekat dengan para pencinta ilmu dan lingkungannya.

Pesanan dr ALLAH S.W.T melalui Al-Quran...


Kepada sesiapa yg sedang diuji..semoga perkongsian ilmu yg sedikit ini,menjadi asbab turunnya hidayah...serta bertambah yakin dengan qadar yg telah ditetapkan oleh Nya...

Kenapa kte diuji?
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : " Kami telah beriman"' sedang mereka tidak diuji lagi? 
[Surat Al-Ankabut ayat 2-3]

Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta
Kenapa aku tidak mendapatkan apa yang aku idam-idamkan? 
[Surat Al-Baqoroh ayat 216]

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu ; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Kenapa Ujian seberat ini?
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. 
[surah Al-Baqarah ayat 286]

Rasa Kecewa?
Janganlah kamu bersifat lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajadnya), jika kamu orang-orang yang beriman. 
[Surat Al-Imran ayat 139]

Bagaimana nak mghadapi kesukaran tu?
hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (diperbatasan hegerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. 
[Surat Al-Imran ayat 200]

Jadikanlah sabar dan sholat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',
[Surat al-Baqarah ayat 45]

Apa yg kte dapat drpd semua ini?
sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.
[Surat At-Taubah ayat 111]

Kepada siapa nak diharapkan?
Cukuplah allah bagiku; tidak ada Allah selain Dia Hanya kepada-Nya aku bertawakal.
[Surat at-taubah ayat 129]

Hati semakin bputus asa
dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.
[Surat yusuf ayat 87]

5 Perkara Sedang Menunggu Kita




Solat Buang Masa???


Jadi, jangan tinggal solat! 

Sunday, September 28, 2014

Aku Dalam Bahaya




AKU MASIH BERADA DIDALAM BAHAYA YG AMAT SANGAT SEANDAINYA AKU TIDAK PERBETULKAN DAN BERUSEHA BERSUNGUH2 UNTUK BERUBAH.

Apakah aku benar2 ikhlas didalam berdakwah semata2 untuk mencari redho dan kasih sayang Allah....

Tanpa keikhlasan segala yg aku usehakan sia2 dan tidak dinilai oleh Allah.

AKU DALAM BAHAYA.

Apakah hari ini aku telah benar2 beriman yg mana Allah dan Rasul mengiktiraf keimanan aku....

Apakah sifat mazmumah telah benar2 terhakis didalam hati ku ini.

Sedangkan tidak akan masuk syurga barang siapa yg ada sebesar zarah sifat sombong didalam diri.

AKU DALAM BAHAYA.

Hanya Allah dan aku sahaja yg megetahui nya.

Di masyar nanti kesemuanya akan didedahkan di khalayak ramai. Tentang apa yg sebenarnya berada di dalam hati ini.

Mazmumah dikira belum selesai sekiranya aku masih mahukan orang memuliakan dan menghormati aku.

AKU DALAM BAHAYA.

Masih lagi rasa terhina apa bila di keji dan di maki dan rasa marah apa bila manusia tidak mengenang budi yg aku taburkan.

Masih lagi mengharapkan pembalasan dari makhluk atas setiap useha yg aku usehakan.

AKU DALAM BAHAYA.

Rasa geram dan benci, apa bila anak didik tidak mendengar kata. Dan aku tidak mendoakan kebaikan untuk mereka.

Rasa senang hati dan rasa puas apa bila musuh aku jatuh.

Rasa cemburu dan tak senang hati apa bila musuh aku berjaya.

AKU DALAM BAHAYA.

Masih keras hati dan merasakan diri sentiasa betul.

Sentiasa cari jalan untuk membela diri.
Sentiasa mencari kesalahan dan kelemahan orang lain.

AKU DALAM BAHAYA.

Rasa diri lebih mulia, lebih hebat, lebih bijak, lebih berkuasa, lebih kaya, lebih popular dan ramai pengikut, serta rasa lebih dahulu dari orang lain.

Aku melakukan sesuatu agar dihargai  dan dipuji oleh orang lain. Bukan benar2 mengharap redho Allah.

AKU DALAM BAHAYA.

Apa sahaja yg aku lakukan, semata2 mencari kepentingan diri aku didalam dunia ini.

Sedang kan matlamat akhirat hanyalah sekadar topeng untuk memenuhi keperluan aku di dunia ini.

Setiap tindakan yg aku lakukan semata2 untuk mencari kelebihan duniawi.

AKU DALAM BAHAYA.

Perjalanan hidup aku penuh dengan pura2. Apakah aku layak di pangil sebagai orang2 yg bertaqwa...

Sedang kan aku mengetahui, tanpa Taqwa, pasti aku akan ke neraka. Apakah syurga itu sebagai satu angan2 kosong bagi ku.

sedangkan sifat munafik jelas didepan mata ku. Ungkapan lidah ku tidak selari dengan tindakan yg aku lakukan.

AKU BENAR2 BERADA DALAM BAHAYA YG AMAT SANGAT.

Siapa Musuh Kita Sebenarnya?




KENALI LAH BETUL2, AKAN MUSUH KITA YG SEBENAR2NYA.

Musuh utama kita adalah NAFSU, yg  mana sangat jahat pada diri kita.

Yg sentiasa beruseha mencari jalan untuk menjahanamkan dan membawa diri kita untuk terjun ke neraka.

Sabda Nabi saw... peperangan yg paling besar dan yg paling utama adalah berperang dengan nafsu2 kita sendiri. Kerana inilah musuh utama kita.

Membela diri bermakna membela musuh...
Mencari kepuasan diri bermakna memberi kepuasan pada musuh.

Mementing kan diri bermakna mementingkan musuh.
Membangakan diri bermakna membangakan musuh.

Mencari kepuasan diri bermakna memberi kepuasan kepada musuh.
Ikut kata hati bermakna mengikut kehendak musuh.

Ini bermakna. .. kita perlu merendahkan diri, 
iaini merendahkan martabat musuh,

Tidak mencari kepentingan diri, 
iaini tidak beri kepentingan pada musuh.

Tidak akan membela diri, 
iaini tidak akan membela musuh.

Tidak akan meningi diri dan membanggakan diri.  Iaini tidak akan meninggikan dan membanggakan musuh.

Tetapi bukan bermakna kita boleh lakukan sesuka hati pada musuh2 kita.

Didalam beragama, 
Kita tidak di benarkan untuk menghianati musuh, 
atau pun mengaibkan musuh.

Ini Bermakna...kita tidak boleh menghianati diri dan mengaibkan diri kita sendiri.

Amalan untuk mendapat NIKMAT KUBUR.




Amalan untuk mendapat NIKMAT KUBUR.

1) Menjadi orang yang bertaubat kepada Allah. Bagaimana kita nak jumpa Allah kalau penuh dengan dosa?

2) Perbaiki amalan amalan wajib. Qada' mana yang tertinggal.

3) Memperbanyakkan amalan sunat. Kalau tak mampu buat banyak perkara sunat. Cukup satu dan istiqomah.

4) Tukarkan harta kita kepada harta akhirat. Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh. Seperti hadith Rasulullah s.a.w.

5) Amalkan Surah Al-Mulk. Pendinding di alam barzakh.

6) Banyakkan berdoa kepada Allah. Mohon perlindungan Allah dari azab kubur.

7) Perbaiki amal kita sedikit demi sedikit. Tunaikan hak orang.

8) Perbanyakkan zikrullah. Istighfar kepada Allah 100x sehari. Banyakkan selawat paling kurang Allahumma Solli Alaa Muhammad 100x sehari. Banyakkan menyebut Lailahaillallah 100x sehari. 
9) Mendoakan kedua ibu bapa.

10) Mohon doa orang soleh.
InshaAllah. Moga bermanfaat bersama. Allahumma Aamiin. 

Thursday, September 25, 2014

Kisah Lelaki Takut Isteri


Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang memerintah kawasan jajahannya. Dia seorang yang tegas dan cekap menjalankan tugasnya sebagai seorang raja. Hanya satu kelemahannya, iaitu dia sangat takut pada sang isteri, iaitu permaisuri.

Bagi mengatasi masalah tersebut, pada suatu hari raja memerintahkan semua lelaki yang telah beristeri berkumpul di satu kawasan lapang. Maka berkumpullah lelaki-lelaki di kawasan lapang itu.

Raja pun bertitah, "Siapa yang takut isteri, sila berkumpul di sebelah kanan beta,"

Maka ramailah lelaki yang bergerak ke sebelah kanan raja tersebut. Raja terkejut bukan kepalang. Namun ada seorang lelaki yang masih berada di tempat dia mula-mula berdiri tadi.

Raja mula berasa kagum. Dia mula turun dari takhta dan menuju ke arah lelaki yang masih di tempatnya tadi.

Raja bertanya, "Kenapa kamu masih di sini? Apa kamu tidak takut pada isteri kamu?"

Sang lelaki menjawab, "Kalau saya ikut diorang ke sebelah sana, nanti isteri saya marah. Dia suruh saya jangan pergi mana-mana tadi,"

Sang raja, "!@#$%^&*!. Takut bini juga rupanya!"

Moral of the story : jangan takut isteri, tapi hormati dia sebagai pasangan hidup anda. Kena ada persefahaman.

Rahsia Penggunaan Bantal


Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-


1) Memeluk Bantal


Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.


2) Menggunakan Banyak Bantal


Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharianmereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuatkeputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal


Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.


4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki


Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.


5) Tidur tanpa Bantal


Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!!

Wednesday, September 24, 2014

3 TANDA APABILA KUCING DATANG PADA KITA




Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini, saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain,

Pertama

Allah sedang beritahu makanan kita, hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.

Kedua

Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.

Ketiga

Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.

Kredit: Ustaz Shukri Harun

12 Sifat Sahabat


PINJAM 3 MINIT UTK BACA NI




1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
- USTAZ AZHAR IDRUS

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
- Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
- ustaz haslin baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
- Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
- Sheikh Abdullah Jahaf.

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
-Ustaz Dasuki Rani

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
- TG Harun Din"

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol.

Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.
SELAMAT BERAMAL ..JGN LUPA KONGSI.

Tuesday, September 23, 2014

Sahabat...


Maafkan aku andainya aku ada melakukan kesalahan, wahai sahabat... 

Monday, September 22, 2014

Kisah Ular dan Gergaji




Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan per.ut ular terluka.

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."

(HR Bukhari & Muslim)

Kongsi bersama

SEGMEN: Kapas Putih October Bloglist


Pasir Kehidupan Manusia



Gambar rajah umur manusia atau modal d dunia...
          
BEKAS BERISI PASIR INI MELAMBANG KAN JANGKA HAYAT ATAU UMUR MANUSIA SEMASA HIDUP D ALAM DUNIA

JUGA D IBARAT KAN SEBAGAI MODAL YANG ALLAH BERIKAN UNTUK D NIAGAKAN 
DAN MERAIH KUNTUNGAN BAGI MEREKA YG PANDAI MEMANFAAT KAN MASA HIDUP D ATAS DUNIA...

BAGI YG LALAI MODAL AKN HABIS BEGITU SAHAJA...

'MASA ITU D IBARAT EMAS' DAN NILAI PASIR ITU LEBIH MAHAL DARI EMAS...

SETIAP MANUSIA MEMPUNYAI BEKAS YG BERBEZA SAIZNYA KETIKA LAHIR D DUNIA...

PASIR BAHAGIAN ATAS AKAN TURUN KE BAWAH SECARA PERLAHAN2 TANPA HENTI SEHINGGALAH IANYA HABIS MENANDA KAN MANUSIA AKN MASUK KE ALAM YG KEKAL ABADI...

PASIR INI JUGA ADAKALANYA AKAN HABIS TANPA MEMBERI APA2 TANDA AMARAN DAN WAKTU ATAU SAAT INI,KITA TIDAK TAHU SEBERAPA BANYAK BAKI PASIR YANG TERTINGGAL???

ITU PUN KITA NK BUAT DOSA LAGI....
MASYAALLAH

Friday, September 19, 2014

Pencen Pahala :)


Perkongsian daripada AGPU Benteng Mukmin. Ingin tahu mengenai Benteng Mukmin? Sila klik SINI

Apa Yang Kita Tanam?


Perkongsian daripada AGPU Benteng Mukmin. Ingin tahu mengenai Benteng Mukmin? Sila klik SINI

Berdoalah...



Ini adalah di antara tempat yg sangat baik untuk memohon sesuatu hajat pada Allah swt. Termasuklah memohon keampunan.

Kita hanya perlu tunjukkan kesunguhan kita untuk memohon ampun dan bertaubat atas setiap kesilapan lalu. 

Dan pastinya Allah swt akan mengampun kan nya.
Bersangka baik lah dgn Allah swt dan Allah tidak mungkin memungkiri akan janji2nya.

Allah tidak akan memberi keampunan sekiranya kesalahan itu berlaku sesama makhluk.

Kesalahan dgn makhluk perlulah diselesaikan dgn makhluk juga.

Jika tidak selesai... pasti akan di bawa ke mahkamah Allah di Masyar nanti. Tiada sesuatu apa pun yg akan berlalu atau terlepas begitu sahaja. 

Kesemua nya pasti akan di hisab dan di sediakan pembalasan nya walau pun sebesar zarah.

Maka itu.. kesilapan yg dilakukan dgn manusia perlu di selesaikan secepat mungkin. Agar tidak di bawa ke akhirat.

Kerana pembalasan di akhirat jauh lebih besar dan jauh lebih berat.

Kesalahan yg di maksudkan adalah hak2 manusia.. hak ibu bapa... hak isteri.. hak anak2. .. hak jiran... hak tetamu... hak sahabat.... hak irang islam... hak orang miskin... hak haiwan...dan berbagai2 hak lagi. 

Itu baru hak.. ..belum lagi tuntutan mengumpat... menginaya... mengecil2kan... menyakit kan hati serta menyinggung perasaan.. memfitnah...tidak berlaku adil...berhutang...dan banyak lagi.

Selesaikan secepat mungkin sebelum nafas berhenti dan sebelum kita berpindah ke alam barzakh...
Wallahualam. ..

Perkongsian daripada AGPU Benteng Mukmin. Ingin tahu mengenai Benteng Mukmin? Sila klik SINI

UMAT ISLAM DI TINDAS SERTA DIZALIMI.



Keadaan ini berlaku di sebabkan kelemahan kita sendiri,
Terlalu sibuk mengejar serta mengatur penghidupan di dunia,
Sedangkan agama hanya tingal pada adat dan nama sahaja.

Kita tidak mampu melawan takdir Allah. 
Mereka dapat atas apa yg mereka perbuat..
Yakinlah bahawa Allah itu maha adil....

Dunia ini hanyalah pentas ujian untuk menguji sejauh mana keimanan 
dan ketaqwaan kita pada Allah saw.....
KEHIDUPAN YG SEBENAR2 ADALAH DI ALAM AKHIRAT.

Kesemua Kita tengah diuji dgn berbagai2 cara dan mengikut bahagian masing2.. 
Ada yg di uji dgn kesakitan, ada yg di uji dgn kemiskinan, ada yg di uji dgn peperanggan, 
Ada yg di uji dgn penindasan, ada yg di uji dgn kesenangan dan kemewahan.

Dalam banyak2 ujian ini, ketahuilah bahawa ujian kitalah yg paling merbahaya.
Kita sedang diuji dgn kesenangan serta kemewahan. 
Sehingga kita tidak perasan kita berada di kancah bahaya yg paling besar.

Yakin lah... Allah itu maha adil... setiap orang akan dapat atas apa yg mereka usehakan.
Jika Allah berkehendak, Allah boleh hantar hujung kepak jibril as,
untuk memusnahkan golongan kafir yg menindas ini.
Walau apa pun, mereka tidak akan terlepas begitu sahaja.

APA YG PERLU KITA PERBUAT SEKARANG INI IALAH.....

Perkemaskan diri kita masing dengan iman yg benar2 kukuh serta taqwa yg sebenar2 taqwa.
Disamping perkemaskan akidah dan hidari jauh2 sifat mazmumah yg penuh bersarang di hati2 kita.

Buang dahulu sifat cinta dunia melebihi akhirat. Kerana kesemua ini adalah ajaran Toghut.
Selagi kita masih lagi ada sifat Toghut ini......jangan lah memasang angan2 untuk berjihad.
Kalau bangkit pun, hanya dgn hawa nafsu dan sudah pasti hasilnya kegagalan.

Sentiasa menjadikan Rasulullah saw sebagai panduan atas setiap gerak kerja yg ingin kita lakukan.
Semasa Rasulullah saw di zalimi dan di tindas ketika di Makkah, 
Rasulullah saw tidak bangkit dan mengajak para sahabat untuk berjihad dan mencari syahid. 

Malah Rasulullah saw berundur dan mengajak para sahabat untuk hijrah ke Madinah 
untuk membena serta memantapkan iman dan taqwa serta menyusun strategi semula.

Apa bila akidah umat islam benar2 mantap, dan iman serta taqwa benar2 sebati dgn umat islam,
Barulah membalas serangan musuh serta mempertahan kan islam.

Hari ini, islam yg sebenar mengikut al quran dan sunnah, telah jauh di tinggalkan. 
Iman hanya dibibir, taqwa hanya kepada adat dan warisan,
Akidah pula separuh2. Tidak meletak kan 100% keyakinan dgn Allah, 

Hampir semua manusia telah di suntik dgn akidah susunan Toghut.
Pengamalan islam hanya di sudut ibadah semata2,
Akidah dan iman lintang pukang disamping sifat mazmumah yg melampau2.

beruseha lah agar diri kita sendiri, terselamat dalam ujian yg Allah hantarkan untuk kita.
Selamat kan diri, mak dan ayah, isteri dan anak2, adik beradik 
dan sahabat agar benar2 beriman serta bertaqwa pada Allah,
Agar tidak sengsara di alam barzakh dan di padang Masyar nanti.

Perkemaskan iman, buang cinta dunia, buang sifat mazmumah, masuk kan sifat mahmudah,
Yakin serta letakan pengharapan dan bergantung 100% dgn Allah swt, 
tidak lagi meletak kan kepandaian, pangkat, harta, sijil, kekuatan, kelebihan dihadapan dan Allah di belakang. 

Dalam apa keadaan sekali pun, pastikan Allah dan Rasul sentiasa di hadapan.
In shaa Allah.... wallahualam....

Perkongsian daripada AGPU Benteng Mukmin. Ingin tahu mengenai Benteng Mukmin? Sila klik SINI

Thursday, September 11, 2014

PANDUAN JIKA ANAK DEMAM

[ JIKA ANAK DEMAM ]



Panduan Untuk Ibu2, moga bermanfaat 

✔ Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

✔ Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali Nasa ada selsema, alhamdulillah maksimum pun 3 hari.

✔ Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytym die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)

✔ Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

✔ Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ....

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

JOM KITA KONGSIKAN utk PENGETAHUAN BERSAMA 

Tuesday, September 9, 2014

Siapa Orangnya?

Siapakah orang yang sibuk?..
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?..Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?..
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?..
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?..
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?..
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?..Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?..
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?.. Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT?..
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang mesej ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada orang lain..

Monday, September 8, 2014

Kaitan Iman Dengan Duit



ulama bgtaw iman nie mcm duit..

kita ada duit sekupang..bila member tanya ada duit kew?ada gak sekupang..
kita ada duit seringgit..bila member tanya ada duit kew? ada gak seringgit..
kita ada duit sepuluh ribu..bila member tanya ada duit kew..?ada gak..sepuluh ribu..
... 
tapi 
dengan sekupang awak boleh sampai kew dari kL p sabah..?
dengan seringgit awak leh sampai kew dari kL p sabah..?
dengan sepuluh ribu ringgit pown lom pasTi lagi sampai kL ke sabah..

begitu juga dengan iman..
dengan iman sekupang awak leh bawa kew jumpa Allah?
dengan iman seringgit awak leh bawa kew jumpa Allah?
dengan iman sepuluh ribu ringgit pown lom pasTi kita bawa jumpa Allah..

ketahuilah..
iman sebezar zarah kita bwa jumpa Allah..
syurga 10xganda besarnya dunia Allah bagi..

kajian saintis bgtaw..
diujung jarum 2 ada seribu zarah..
mcm mana besarnya 1 zarah?

perbezaan orang yang bawa iman dengan orang yG xbawa iman jumpa Allah..

bila ditimbang orang yang bawa iman sebezar zarah dengan orang yG xbawa iman langsung di alat penimbang...ala alat penimbang yg kedai 2..
jarum penimbang langsung xbergerak..xdak perbezaan kan?

tapi kesan dia tuan..
iman sebezar zarah kita bawa jumpa Allah..10x ganda besarnya dunia syurga Allah bagi..dengan orang yang xbawa iman langsung..

hidayah seluruh alam.

Thursday, September 4, 2014

KISAH SUAMI YANG TERTEKAN



ISTERI: Kenapa abang call?

SUAMI: Abang tertekan.

ISTERI: Abang ok?? Abang ada
masalah apa? Citer la kat saya...

SUAMI: ??? Saya  tertekan jer...
Mana ada masalah apa-apa...

ISTERI: Kalau abang ada masalah
cerita laa....

SUAMI: Masalah apa nye... Saya
ok jer... Saya cuma tertekan
jer...

ISTERI: Ye la... Kalau abang
tertekan.. abang kena cerita kat
saya...

SUAMI: Adoii… Tertekan pun kena
cerita ke? Masa keluarkan telefon
dari poket, saya  tertekan nombor
telefon awak , saya dah cakap
‘TERTEKAN’ tapi awak tak faham-
faham…ni yg buat aku betul2 tertekan ni!!                                             
ISTERI: Laaaa...